"Hana, benda ini haram. Nanti Allah murka." lembut suara itu menerjah masuk gegendang telingaku. Tapi sangat perit memanah hatiku. Najihah, Taqiah Najihah, yang sedang menegurku tentang hubungan cintaku dengan Farhan. Najihah sahabat baikku dari tingkatan satu lagi, tapi sejak dia tahu hubungan aku dengan Farhan, dia tak henti-henti menasihati dan menegurku. Hatiku terlalu keras untuk menerimanya.
"Najihah, kenapa halang hubungan Hana dengan Farhan, Hana yakin dengan hubungan ini akan berakhir dengan sebuah ikatan yang sah. Farhan cintakan Hana, Hana pun begitu." Sedikit keras nada suaraku. Memang pertama kali aku bersua dan berkenalan dengan Farhan, aku begitu tersentuh dengan kebaikannnya, mengambil berat tentangku, lagi-lagi aku tinggal dengan datuk dan nenek, aku kekurangan kasih sayang ibu dan ayah sejak kecil lagi.
"Hana dalam Al-Quran Allah telah berfirman." Najihah melantunkan ayat 32, surah Al-Isra' dengan baik sekali."Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" Najihah menarik nafas dalam-dalam sebelum mengembusnya pelahan.
"Ya. Hana tahu ayat itu. Tapi Hana tak pernah melakukan zina, kalau Hana jumpa dia pun dia akan bawa kawannya sebagai mahram. Kami pun bukan duduk di kawasan tertutup, tapi terbuka." Belaku dengan hujah yang aku fikir logik.
"Tahu. Tapi Hana setiap masa mengingatinya, merinduinya dan Hana selalu menelefonnya dan bergayut lama-lama sampai tengah malam. Tanpa sedar Hana telah melakukan zina hati dan zina telinga. Setiap masa Hana bergelumang dengan dosa. Hana tahu kan kalau kita dapat dosa balasannya neraka kan? Lagipun Najihah tak nak Hana kecewa suatu hari nanti." Pelahan Najihah menutur kata-katanya yang terakhir. Aku hairan dengan kata-katanya.
"Mengapa?" Soalku dengan kening terangkat.
"Hana kalau Hana nak tahu dia tu buaya darat. Najihah tak nak sahabat Najihah jadi mangsa dia keseterusnya.Najihah ada nampak dia berfoya-foya dengan seorang perempuan dekat belakang bangunan makmal hari itu." Ada nada risau dalam kalamnya. Hatiku membara mendengar kalamnya.
"Najihah, dia bukan lelaki jenis begitu, dia baik orangnya, dia setia. Kenapa Najihah nak mereka cerita begini? Najihah cemburukan?" Tengkingku sambil berdiri. Najihah cuba memegang tanganku untuk memujuk tapi segeraku tepis. Manik-manik jernih gugur menuruni pipi Najihah. Hatiku lagi rasa tidak keruan. Bercampur-aduk antara kisah Najihah ceritakan dengan air mata itu. Aku tidak pernah buat dia menangis, tapi mengapa kerana seorang lelaki yang baru dikenaliku, dia telah sanggup membuatkan sahabat sendiri menangis. Aku mahukan ketenangan. Segera aku ke masjid asrama yang terletak tidak jauh dari dormku. Hanya tempat itu sahaja aku dapat menenagkan diri. Teringat aku dengan pesanan nenek, kalau sedih ingatlah pada Al-Khaliq.
******
Seusai aku menunaikan solat sunat dua rakaat dan membaca ayat-ayat suci al-Furqan, jiwa sedikit tenang. Perbualanku dengan Najihah seketika tadi bermain dalam mindaku, seperti tayangn vedio yang diulang-ulang. Hatiku meronta-ronta untuk mencari kebenarannya. Tak mungkin Najihah sanggup mengkhianati aku, tapi tak mungkin juga Farhan mengkhianati aku. Perasaan aku berbelah bahagi antara seorang sahabat dengan seorang 'pasangan'.
Semasa aku menuruni tangga aku ada terlihat satu susuk tubuh yang amat aku kenali, Farhan dengan seorang perempuan duduk di bangku yang agak tersorok, tapi cukup buatku untuk melihat mereka. Mereka kelihatan seperti sedang bercanda, mesra sekali. Kakiku tergerak untuk mendekati mereka tanpa fikiranku menghadam situasi sekarang. Emosiku meninggi. Sedih, marah, geram, semuanya terkandung dalam hatiku. Sesampainya aku di situ, mereka terkejut besar dan kemudinannya berdiri tegak. Masing-masing menggelabah, mungkin sedar dengan apa yang mereka lakukan.
"Hana, saya boleh bagi penjelasan tentang ini." Ujar Farhan gelabah. Permpuan di sebelahnya hanya kaku seperti tunggul kayu.
"Tidak ada lagi penjelasan untuk diberikan, Farhan. Setakat ini sahajalah. Tak sangka awak ni buaya darat rupanya, selama ini awak hanya alim-alim kucing sahajalah." Suaru ditekan dan nada sedikit keras. Aku tak suka menjerit tak tahu fasal. Segera aku meninggalkan mereka ber'asmara' di situ. Terlintas satu nama dalam fikiranku, Najihah. Rasa sesal dalam hatiku sungguh berat. Langkahku dilajukan. Kelibat Najihah aku cari, tapi tiada. Aku tanya Amalia di sebelah katil Najihah, katanya Najihah balik tadi. Mungkin ada hal penting kut. Tapi hatiku rasa tak sedap. Pantas aku usir perasaan itu. Dua hari lagi dia datang balik asrama, aku mahu mohon maaf atas kekasaranku yang di luar kawalanku petang tadi.
******
Sudah empat hari kelibat Najihah tidak dilihatku. Hari persekolahan dan mula. Risau aku. Tak ada apa-apa kut. Aku cuba menenangkan hatiku. Tiba-tiba satu pengumuman dibuat. Pengumuman yang tidak disangka-sangka. Mahu pengsan aku dibuatnya. Tak percaya langsung. Tak mungkin secepat ini.
"Assalamualaikum w.b.t. Salah seorang pelajar sekolah kita, Taqiah Najihah bt. Muhammad Sobri, telah meninggal dunia dua hari yang lepas kerana menghidapi penyakit paru-paru berair. Sama-samalah kita mengsedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah"
Sungguh, hancur berkecai hatiku. Pelahan-pelahan air mataku turun membasahi pipiku. Pilu. Seperti di robek hatiku. Sedih yang teramat. Rasa bersalah menyelebungi diriku. Siapa sangka gadis yang ceria dan aktif itu menderita penyakit paru-paru berair. Aku kagum seketika, tabahnya dia. Najihah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit.
Petang itu, aku duduk di bangku. Mataku merenung padang yang kehijauan. Nyaman, tapi tidak bagi hatiku. Fikiranku memutar memori aku dengan Najihah. Lama aku 'hidup' dalam duniaku sendiri. Terasa ada sesuatu menepuk lembut bahuku. Aku mngesat mataku sebelum berpaling. "Kak Hana?" Tanya gadis itu. "Ya saya. Ada apa?" Tanyaku hairan. "Saya adik kak Najihah. Ini surat arwah untuk kak Hana." Ujanya sambil menghulurkan aku sepucuk surat. "Terima kasih, dik." "Sama-sama, kak."
Tanganku perlahan-lahan membuka surat itu. Aku menari nafas dalam-dalam sebelumku hembus semula.
Assalamualaikum w.b.t.
Sahabatku, Hana Maisarah bt. Zulkifli.
Mungkin semasa Hana mendapat warkah ini, Najihah dah tidak ada di dunia ini lagi. Entah kenapa hati ini tergerak hati mahu menulis warkah untuk Hana. Mungkin ini warkah terakhir buat Hana daripada Najihah.
Hana, sebab apa Najihah halang Hana bercinta dengan Farhan kerana Najihah takut daripada sekecil-kecil dosa akan menjadi sebesar-besar dosa. Najihah terlalu sayangkan Hana. Kalau Hana cakap bercinta kerana mahu ada yang mengasihanikan Hana, sebernarnya Allah, Rasulullah, datuk dan nenek lagi banyak mencintai dan mengasihani Hana. Mereka mesti sedih kalau Hana selesa dilambung angan-angan daripada lelaki durjana.
Hana, buat yang terbaik dalam SPM nanti. Tolong tunaikan impian Najihah. Tolong sambung misi Najihah. Tolong sambung perjuangan Rasulullah. Jadikanlah Kitab Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan Hana dalam mengahadapi liku-liku kehidupan.
Najihah tidak bagitau penyakit Najihah sebab Najihah takut Hana risaukan Najihah. Najhah minta maaf. Mohon Hana maafkan segala dosa dan kekhilafan Najihah. Kesalahan Hana sudah lama Najihah maafkan. Najihah mendoakan Han menjadi seorang perempuan solehah, mukminah dan mujahidah. Semoga kita berjumpa di syurga.
Uhibbukifillah wa ukhuwahfillah abadan abadan..
Sahabatmu,
Taqiah Najihah
Laju air mataku membasahi pipiku. Aku menangis sepuas-puasnya seperti anak kecil. In sha Allah, Najihah, Hana akan tunaikan permintaan Najihah. Uhibbukifillah abadan abadan...