| nxdratun |
Walaupun ultraman tu nampak macam nak keluarkan kuasa dia,
kucing tetap rilek buat muka sebab tahu ultraman tu patung. Hahaha
Bercerita soal pendamping bukan bermakna aku ingin mengutarakan atau membedah soal saka, jin dan sebagainya tapi aku ingin meceritakan al-kisah tentang seorang insan yang unik yang aku jumpa sepanjang hidup aku. *unik ke pelik?*
Aku melihatnya sewaktu tingkatan empat. Itu pun usha-usha dari jauh. Dan itupun dalam dewan peperiksaan SMU-Sijil Menengah Ugama-. Masa exam SMU saja yang korang akan jawab 15 minit je dan anda boleh yakin dapat mumtaz-cemerlang-, masa yang lebih korang boleh tidur, menyanyi secara perlahan atau seangkatan dengannya.
Tapi, minah ni dari mula exam sampai ke titisan akhir mesti dia akan menulis. Koordinat dia, baris, sebelah aku belah kiri, depan satu meja dengan aku. Aku suka perhati dia, kesungguhan dia menulis boleh bergegar meja, kerusi sekali dengan badan-badan pun ikut rentak juga hati aku pun boleh bergegar tengok perilakunya. *pehal?*
Dan tanpa disangka bertemu pula dia masa tingkatan lima, ya tahun ini sebab satu kelas. Dalam kelas awal tahun dulu, dia lah manusia yang aku tengok paling rajin selak dan baca buku. Orang lain duduk hula-hula tapi dia dengan tenangnya buat kerjanya tanpa hirau keadaan sekeliling.
Ketika pemilihan ketua dan penolong kelas, aku dan Asma' dipilih. Tapi 'perjuangan' aku bersama Asma' tak panjang mana sebab dia lebih memilih untuk menerima tawaran menjadi dhobitoh*aku rasa semua dah tahu maksudnya tapi aku akan cakap sekali lagi, pengawas maksudnya*.
Masih aku ingat ketika aku dipanggil bersama Asma' dan Cik Mayinos sebelah nih dan sorang lagi kawan aku untuk di-interview untuk menjadi dhobitoh. Kebetulan aku dapat dengan Ustazah Noraini, ustazah yang dah biasa aku bergurau senda tapi orang cakap dia garang, entahlah, dengan aku rilek je.
Masa tu semua masih tak tahu tentang interview dhobitoh cuma hanya mengagak. Aku melangkah masuk ke ruangan tersebut dan duduk. Dahlah main duduk saja, buat gaya selamba badak macam tu je. Bagi salam pun tidak, entahapapa lah aku ni. Masa aku duduk, aku tanya ustazah,
"Ada apa ni ustazah?" Dengan muka seposen tak berapa nak seposen sangat.
Ustazah pun balas macam selamba dek je, "Ooo, Aisyah! Awak nak jadi dhobitoh?"
Aku berkelip-kelip tiga saat dan aku laju menjawab, "Tak kut ustazah."
Ustazah tanya lagi untuk kepastian dan sama juga jawapannya. Selepas puas hati dengan aku punya keputusan, beliau pun membenarkan aku keluar.
Semasa aku keluar dari ruangan tersebuat sambil mengerling dekat sahabat aku yang masuk dulu sebelum aku tengah disoal-siasat dengan penuh kesungguhannya. Semasa melepasi pintu, aku tersengih macam orang tengah win kerata sebijik. Sahabat diluar tak percaya yang aku masuk tak sampai lima minit. Haha
Panjang pula penceritaan aku, bukan jadi kisahnya pula.
Dan setelah Asma' menjadi dhobitoh, diadakan undian semula untu melantik penolong kelas dan mengikut persetujuan semua memilih beliau.
Pada awal perjuangan kami, sebenarnya pada awal anggapan aku terhadap dia, mesti aku tak ada chemistry dengan minah ni. Rasa awkward giler kut dengan dia. Mungkin sebab dia budak yang baru pindah tahun lepas. Kira bongkaklah aku dengan 'freshie' *pehhh*. Aku pun takut-takut nak ajak borak sebab sekali pandang cam bukan jenis berbual kosong macam aku.
Buat pertama kalinya aku ajak beliau untuk beli barang kelas pada suatu hari. Dalam otak aku, aku dah dapat agaknya yang perjalanan kami akan senyap, tak terkata dan janggal.
But, who knows?
Beliau elok aje bercerita soal family beliau kat aku dan aku pula merasakan macam best je dengar kisah beliau. Kisah family beliau sama unik dengan makhluk yang berada di depan aku. Hahaha.
Beliau yang menjadi anak kesepuluh dalam family aku dapat nampak bertapa dia kurang kasih sayang-actually fakta ini dikongsi oleh beliau sendiri, bukan aku cakap tanpa asa, key-. Banyak benda beliau cerita walau baru sangat kenal beliau dan aku sendiri terhibur dengan kisahnya.
Maka hari-hari selepas itu, guruan kami hanyalah caci maki ala-ala manja sayang gitu. Banyak kami gaduh-gaduh sayang depan sahabat-sahabat yang lain. Tapi yang aku tak puas hati sebab dengan aku sorang je yang dia buat perangai macam tuh. *apa salah aku, wahai yam ?"
Beliau pernah cakap dengan aku, "Dengan kau je aku tunjuk diri aku yang sebenar. Sebab aku penat jadi hipokrit." Nampak tak bertapa pilih kasihnya beliau.
"Jadi dengan orang lain kau baik sebab kau hipokritlah?" Aku balas dengan nada merajuk-rajuk ala-ala gurau-gurau. *banyak pulak perkataan berganda aku guna*
Beliaulah sahabat yang teramatlah jujur. Beliau rilek saja kata,
"Kau memang teruk."
"Tulisan kau memang pun buruk."
"Aku benci kat kau tau."
"Sungguh, aku benci kat kau!"
Dan banyak lagi kejujurannya yang sangat-sangatlah membina. Selalunya aku yang dibuli. Konsep dia begini. Sekali aku buli beliau, sepuluh kali aku dibuli. Kau bayang, manusia mana yang boleh tahan dengan beliau. Kan kan?
Tapi beliau lah penasihat terbaik aku. Kira sahabat ala-ala suwik gitu.
"Aku ulang kaji exam yang belakang-belakang dulu." Kata beliau sebelum exam. Nampak sangat dia tengok aku macam memerlukan kata-kata nasihat ketika tu. Tu pun dia cakap tetiba.
"Ada senior aku suruh ulang kaji addmath."- Ni yang terkini. Siap bagi tajuk mana lagi suruh ulang kaji. Berbudi pekerti mulia sungguh sahabat aku ni. Nampak sangat beliau tahu otak aku sudah berkarat tentang addmath. Suruh polish balik lah tu.
Dan dia siap kata, "Aku sayang lah kelas ni." Oh, sudah semestinya tengok siapa yang mencadangkan rona dan mengecatnya. #belagaknya
Tapi, setakat ini dialah paling jujur dalam berkata-kata jika benda itu serius. Haaaaa
Ketika hari terakhir kami pertemuan. Kami jalan-jalan kat mall. Dahlah gedik-gedik jalan nak pegang tangan. Nasib baik takde yang tengok pelik. Kalau ada yang tegur saat itu memang aku humban beliau jatuh ke bawah. Macam-macam perkara serius yang kami diskusikan.
Akhirnya beliau terangkan tentang konflik yang berlaku antara kami. Pehhh.
"Aku treat kau macam family. Aku dengan family aku macam tu lah aku. Tapi serius aku kata. Aku sayang kau. " Lahai, beliau acah-acah suwikk pulak.
Aku gelak saja masa beliau cakap macam tuh. Dalam hati, "Kau ingat aku nak percaya."
"Aku cakap serius weh. Aku tak tipu." Beliau meyakinkan aku yang tak yakin dengan keyakinan yang diberikan olehnya kepada aku.
"Yelah-yelah." Aku jawab malas+gelak.
Tapi, tulah beliau. Manusia paling pelik. Lagi-lagi soal persahabatan. Aku tak tahu lah kalau soal cinta minah nih. Makin teruk kut perangai dia.
Walau bagaimanapun, dialah yang aku kagum. Semangat dia untuk menjadi seorang Doktor graduan dari Ireland tidak ada sesiapa boleh takwil. Belajar sungguh-sunguh.
Kerajinan dia melampaui batas yang wajar dan sepatutnya diteladani. Dialah yang duk menyapu kat 'stor' belakang kelas tu. Time hari raya orang makan tanpa menghiraukan sampah *normallah Melayu* , dialah yang kutip sampah dibuat sahabat sendiri tanpa sepatah pun merungut. Sangat hebat.
Nasihatnya yang buat aku malu dan akhirnya patuh dah lakukannya walaupun tidak memenuhi spesifikasi yang dia nak. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba. Kan? Usaha itu ada.
Si yang selalu menjaga hati orang *kecuali aku, pehhhh* terutamanya cikgu. Teramatlah terinspirasi. Segala rasa orang dia pikir.
Guru kimia untuk sahabat-sahabat. Ajar orang sampailah orang paham. Aku suruh dia jadi cikgu, dia taknak. Haishhh
Seorang yang tahu matlamat hidup dan sungguh-sungguh kejar impian dia.
Dan itulah Maryam Jamila Ali. Beliau telah banyak menginspirasikan orang. Idola ramai orang.
Kadang-kadang menjadi pelik dari orang lain bukanlah perkara yang memalukan tapi itu menambahkan warna dalam rona kehidupan orang lain.
Good job!




