Pages

Saturday, 23 May 2015

Pujuk .

Pujuk .

Alkisahnya

Tahun lepas. Aku siap-siap nak balik. Aku sorang  yang ada dalam kelas. Tetiba datang sorang akhawat nih masuk dalam kelas. Aku buat tak kisah lagi. Sebab tengok jam dah lambat nih.

Aku padang akhawat tuh duk berdiri kat meja cikgu. Membelakangi aku. Bahunya terhingut-hingut. Macam tengah nangis. Aku mula gelabah. Ahh, sudah. Dalam otak terfikir-fikir mahu pujuk atau tidak? Bab ni yang aku memang fail. Aku lebih rela jawab addmath dari pujuk orang. Jahat tak?

Lama-lama duk pikiaq punya pikiaq, dengan sejemput semangat aku dekati beliau. 

"Kenapa ni Nisa?" Aku cuba berbicara. Bahunya aku paut rapat ke tubuhku. Harap beliau akan bertenang.

Awalnya hanya menggeleng masa tu memang aku mati akal dibuatnya. Aku mencuba lagi dan lagi.

Akhirnya dia menceritakan hal yang sebenar. Dia hilang dompet rupanya. Satu masalah yang tak terlalu besar bagi pelajar berulang tapi masalah tera besar bagi yang duduk di asrama.

Rest of the story, aku memang buta dalam bab ni. Nak kata hati batu rasanya tak sangat. Ada jugak time aku leleh jugak. Entah. *jongket bahu*.

Nampak macam tak ada mesej , kan? Kan Kan? Sebab sekarang mood exam week. Jadi idea pun mengarut. Haha.

Sunday, 10 May 2015

Penolak troli .

Penolak troli.

Inspirasi darinya.

Semalam keluar berbelanja dengan umi dan kakak. Selalu jadi girl's outing. Haha. Ok, biasalah perempuan banyak tempat yang jadi persinggahan sebelum ke tujuan asal. Jadi masa singgah kat bank tuh adalah peminta sedekah. Aku perhati saja dia. Sementara kakak tengah bank in duit sebab ramai orang jadi lama lah aku duk perhatinya.

Kesian. Ya kesian. Tapi alangkah bagusnya dia bekerja dari hanya meminta. Kesian pada dua hal ke atasnya. Satu pada nasibnya, kedua pada tidak mahu berusaha.

*sambung story

Masa habis berbelanja siap masukkan barang dalam kereta. Aku mahu meletakkan troli ke tempat asal. Kebetulan ada orang yang kutip troli. Kesian aku tengok masyarakat sesuka hati main letak aje troli luar kawasannya. Ubahlah.


Aku duk perhati je dia. Bagusnya dia biarpun kerja hanya itu tapi tetap beruasaha untuk mendapatkan wang.

Apa yang aku dapat biarpun hanya penolak troli tapi memberi impak yang besar kepada orang sekeliling. Banyangkan jika dia tiada siapa yang nak kumpul troli yang diletakkan bersepah. Tak membelilah kita. Dan memberi kesusahan pula until kita .

Aku belajar buatlah kerja apa-apa pun beribu lagi bail daripada meminta. Nabi sendiri bersabda

"Tangan diatas lagi baik dari tangan dibawah."

Bukan gituh?

Dan ingatlah kalau tiada orang dibawah tidak akan kita di atas. Jadi banyakkan syukur dan ingat nikmatnya.

Inspirasi itu boleh datang dari sesiapun asalkan kita perhati dan berfikir.