Assalamualaikum wbt
Allah. Sollu alan Nabi Muhammad saw
Masih aku ingat pesan dari seorang 'Sahabat'. Ketika itu boleh dikatakan 'Sahabat' ini ketua dalam spotcheck untuk kelas aku. Selepas siap selesai, sementera menunggu untuk spotcheck tempat duduk, 'Sahabat' ini mengambil peluang untuk berpesan atau lebih kepada nasihat. Dan hebatnya dia, dia membuat aku menitiskan air mata. Fist time kut aku menangis dalam suasana spotcheck.
Katanya, "Walaupun antunna sorokkan barang haram itu di mana-mana pun, kalau Allah nak tunjuk dia akan tunjuk jugak. Ingat perancangan Allah itu lebih hebat dari perancangan Allah."
[Lepas tu tak ingat]
Kemudian dia ambik botol air yang isinya hanya sedikit. "Bayangkan ini Islam antunna. Kalau kita tak pergi haji, okey lah sebab tak mampu lagi. Dah kurang air ni. Kalau kita tak bagi sedekah, kurang lagi air ini. Kalau kita tak puasa, mula-mula tak biasa lepas tu biasa. Kurang lagi air kita. Lepas tu kita mula tak solat. Kurang lagi air ini dan jadilah sedikit ini." Botol itu dilepaskan. "Tengok sudah hancur Islam kita kalau tinggal syahadah sahaja."
Masa tu, terus zuppp! Dalam hati. Hatiku terasa sebu. Pedih.
"Ingatlah, kalau kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu. Biar semua manusia kita tak jaga, tapi biar Allah kita jaga. Tak yah risaulah bila Allah kita jaga, sebab Allah akan jaga kita lebih dari kita jaga Allah."
"Beraturlah dalam keadaan tersusun cantik. Masa thobur, bercelaru habis. Cuba buat barisan elok saja. Kan cantik?"
Ingat aku kisah seorang kafir masuk Islam sebab tengok saf orang solat Jumaat. Subhanallah. Masyallah. Allah nak bagi hidayah sekelip mata saja, macam-macam keadaan. Dan Allah nak tarik 'nikmat' hebat ini pun sekelip mata.
Allah yang Maha Membolak-balikkan hati hambanya.
Wallahu a'alam