Pages

Thursday, 20 March 2014

Tomorrow, the Rainbow will be appear

Irama muzik santai menggetar gegendang telingaku. Suasana tenang dan nyaman di kelilingi oleh orang-orang kaporat. Hanya aku yang remaja tunggal yang berada di dewan besar itu. Suasana mewah dan megah sungguh menawan, tetapi sepertinya itu semua tidak menepati rasa hatiku ini. Jiwaku tidak dapat ditafsir, sama ada mahu puas hati atau apa-apa.

"Kamu ini anak Dato' Ahmad, bukan?" Seoarang yang berbaju kemeja putih diselindungi dengan kot hitam dan bertai merah hati menegur dengan perempuan muda yang cukup menjolok mata di sisinya. Aku mengangguk.

"Di mana dia sekarang?" Pemuda yang mungkin likungan 30-an bertanya lagi. Aku menunjukkan ke arah seorang yang sudah berumur sedikit tak jauh daripada aku. "That's my dad." Walaupun dalam hati mendoakan agar apa yang aku tunjukkan itu benar.

"Farez, kenapa duduk sorang-sorang di sini. Puas ayah cari." Seorang lelaki yang sebaya dengan lelaki yang aku tunjukkan tadi menepuk perlahan bahuku. Pemuda yang tadi mahu melangkah terhenti seketika, mengangkat kening tinggi bertanya. Aku menepuk dahi. Malu dengan tindakanku sendiri. Wajahnya mengatakan seperti ayah sendiri pun tak kenal? Ah, lantaklah.

Bagaimana aku mahu mengecam wajah ayahku sendiri jika hampir setiap hari aku tidak dapat melihat wajahnya. Aku bangun dari tidur, ayahku telah pergi ke tempat kerja. Aku pulang dari sekolah, ayah masih belum pulang. Aku sudah tidur baru ayah balik. Jika terserempak pun, ketika kau berjaga untuk menonton perlawanan bola, itu pun pada tidak jelas kerana aku berada dalam gelap. Waktu hujung minggu, ayah turut sibuk. Aku lebih mengenal orang gaji dan pemandu dari ayah sendiri! Hanya satu benda yang aku cam itu ayahku, cuma suaranya, keran setiap masa rehat ayah pasti menelefonku.

Waktu ini baru aku dapat bersama dengan ayah di majlis yang entahapapa. Aku sendiri tak mengerti. Ayah berbual sekitaka dengan pemuda itu. Hal orang dewasa jangan masuk campur. Pandanganku menebar sekali lagi pada dewan, masih sama, terasa kosong. Aku melonggarkan sedikit tali leherku supaya dapat bernafas sedikit, sudah terasa seperto trakea aku tersumbat dek tali leher.

Setelah ayah selesai dengan urusannya, ayah mengambil tanganku untuk ke meja makan. Ah! Bosannya hidup.

***

Hujung minggu, aku keluar jogging di sekitar taman. Udara segar aku tarik sedalam-dalamnya. Aku lepaskan bersama keluhan yang berat. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini rasa rindu pada ibu semakin menebal. Rindu setiap belaian ibu yang menyenangkan, leteran ibu yang menghanguskan kepala. Aku menarik senyum segaris. Tapi, itu tinggal kenangan. Ibu sudah pergi. Aku tak pasti sama ada ibu akan kembali atau tidak. Ibu ... .

Aku menyepak batu yang berada berhampiran, melepaskan segalanya. Dalam keasyikan aku melayan perasaan, tiba-tiba belakangku dirempuh. Hampir terjatuh aku, nasib baik aku sempat berpusing untuk mencari keseimbangan. Lelaki yang merempuhku tadi, meminta maaf sambil menarik earphone yang tersumbat di telinga. Aku senyum dan menggeleng. "Tak apa, saya ok. Abang tu ok tak?" 

"Ya, abang ok." Balasnya kembali sebelum masuk ke dalam pagar rumahnya. Eh? Jadi, dialah tuan rumah ini rupanya. Minggu lepas ada orang masuk rumah sebelah, tetapi tak pernah aku tahu siapa. Aku menumbuk dadaku, apahal dengan aku ni? Tiba-tiba nak kenal dengan jiran sebelah pulak ni.

Akan tetapi, kaki lebih laju mengambil tindakan berbanding otak. Kaki melangkah masuk ke arah rumah sebelah tu.. "Hai abang!" Ujarku apabila melangkah masuk. Abang tadi duduk berehat di anjung rumah.

"Eh? Kamu yang abang langgar tadi? Kamu mahu balas dendam ke? Abang mintak maaf sangat. Abang tak perasan kamu tadi." Bersalah betul muka abang ni. Hatiku tergeketek.

"Tak delah abang ni. Patut ke tuduh saya macam tu? Tak bertamadun betullah abang ni." Aku dengan selamba sahaja duduk di kerusi hadapannya. "Tak pe kan saya duduk sini?" Aku sengih. Abang tu hanya mengangguk.

"Kamu duduk di mana? Tak pernah tengok pun?"

"Tu." Aku menjuih mulut ke depan menunjukkan rumah sebelahnya.

"La, kita berjiran aje lah. Sebelum tu, Saiful." Abang yang menggelarkan dirinya Saiful menghulurkan tangan. Aku menyambut senang.

"Farez. Abang duduk sorang jelah sini?" Aku bertanya. Entah kenapa hari ini lebat pulak aku bercakap. Dengan stranger pulak tu. Terasa Abang Saiful ni ada aura tersendiri yang menarik orang lain untuk berkenalan dengannya.

"A'ah. Kamu pulak anak tunggal ke?" 

"Yes, I am. Abang kerja apa kat sini?" Aku meneroka kawasan rumahnya. Rumah punyalah besar, kecil sikit dari rumah aku. Kereta, motor macam doktor aje. Dahlah duk kawasan orang kaya.

"Imam masjid depan tu." Abang Saiful menjawab selamba. 

"What" Terbuntang mata aku.

"Yes, I did. Why? Tak percaya ke? Tak caya sudah." Abang Saiful meneguk air sejuk di hadapanya sambil sengih yang tak pernah padam.

***

Sejak Abang Saiful pindah sini, tiap-tiap petang aku datang rumah dia. Macam-macam aku buat dengan dia, main badminton, main cheese, main bola-first time selama aku duduk sini main dengan orang taman ni-, berbual fasal segala macam hal. Dia tak pernah sebut pun fasal agam, setiap kali aku bercakap dengannya. Sedikit demi sedikit fikiranku terhadap orang macam dia terhakis. Aku sangka imam, tok bila, dan sewaktu dengannya tau fasal dunia dia aje tanpa fikir benda lain. Tapi, abang Saiful, bukan macam tu. Dia macam biasa, aku rasa macam ada abang kandung pulak.

Fist time masuk rumah dia, satu rak buku yang penuh dengan kitab arab yang aku tak tau nak baca. Mungkin beginilah hidup pelajar Mesir dengan buku yang bermacam saiz. Lain sungguh dengan rumah aku, rak buku rumah aku penuh dengan buku bisnus ayah dan komik serta majalah hiburan. 

Lagi membuatkan aku terpaku apabila masuk bilik dia, tergatung guitur di tepi meja studi. Aku pernah bertanya ... .

"Abang betul ke tu guitur abang?"

"Yelah, dahtu kau ingat sapa punya."

"Abang pandai ke main?" Cabarku.

"Jangan pandang abang sebelah mata." Dia ambil guitur tersebut dan memetik lagu This I Promise You. Aku tenganga sebentar. Bibirnya mengungkapkan bait-bait lagu itu.

"Are you serious?" Aku bertanya tak percaya.

"Kau ingat orang macam aku tak de life ke?" Dalam diam ouh-key.

***

Balik dari sekolah, aku menyuruh Abang Malik memberhentikan kereta dekat masjid. Great, baru azan Asar. Aku melangkah masuk. Aku sendiri tak tau kenapa aku di sini. Aku ikiut kata hati sahaja. Melangkah ke masjid ni, aku rasa ketenangan yang berbeza. Apakah ... ?

 Masjid inilah yang abang Saiful jadi imam. Aku menuju ke tempat ambil wudhuk. Aku terdiam seketika, eh? Aku lupa. Aku lupa. Aku lupa macam mana nak ambil wudhuk. Terinta-intai aku dengan hujung mata pak cik sebelahku. Aku follow dia punya step baik punya. 

Selepas 'ambil wudhuk', aku ke dewan solat. Imam melaungkan iqomat. Aku lambat-lambat melangkah supaya aku boleh berada di saf belakang. Satu lagi, apa yang aku kena baca, hah? Hatiku menjawab, ikut sahajalah.

Selesai memberi salam dan usai berdoa, aku duduk seketika.  Tak tau kenapa aku duduk seketika. Jemaah lain ada yang balik, ada yang baca Al-Quran dua tiga helai. Aku menebar ke seluruh masjid, amazing. Tak tahu lah pulak yang masjid taman aku ni secantik ini. Baru pertama kali menjejakkan kaki. tiba-tiba ada satu rasa macam malu sangat. hatiku menuturkan kalimah Allah. Berulang kali. rasa begitu lain. Mataku tiba-tiba berair. Baru aku merasakan diriku lemah, begitu lemah.

"Farez." Satu tangan yang memegang bahuku. Mataku kabur dengan air mata. Tidak dapat melihat dengan jelas siapa, tapi suaranya cukup aku kenal. Abang Saiful. Aku peluknya seerat yang mungkin. Abang Saiful menggosok bahuku.

"Abang, macam mana nak mintak ampun dengan Allah?" Tiba-tiba soalan itu meluncur keluar. Abang Saiful mendekatkan bibirnya ke telingaku dan menyebut astagfirullahazim. Makin bertambah air mataku. Ungkapan itu aku ulang di dalam hati sesungguh-sungguhnya.

***

Sejak peristiwa di masjid itu, aku mula belajar solat kembali, baca Al-Quran semula, ingat balik hafazan surah yang aku lupakan. Hidup dengan cara Islam. Makan dengan tangan. Tahu adat dan resam orang Melayu. Kenal Rasulullah. Dan kepada abang Saiful aku cerita fasal ibu. Abang tak putus memberi harapan, harapan bahawa ibu akan kembali.  Kata abang Saiful :

"Berharaplah dengan apa yang kamu inginkan dan teruslah berharap. Dan berdoalah sesungguhnya Allah yang memakbulkan doa dan Maha Membolak-balikkan hati manusia"

Ibu meninggalkan aku tiga tahun lepas ketika kau berada di tingkatan satu selepas ayah menceraikan ibu. Aku tidak tahu apa puncanya, dan sejak itu ibu tak pernah menelefon aku dan sejak itu jugalah aku jarang melihat ayah dan hampir tidak mengecamnya. Bukan kerana benci, tetapi selepas aya menceraikan ibu, ayah terlalu sibuk dengan kerjanya. Aku tidak pernah membenci ayah. Aku bukan seperti yang lain akan membenci dan memberontak, tetapi aku lebih suka menyangka bahawa ayah dan ibu tak dapat hidup bersama. Apa yang membuatkan aku kecewa ialah ibu tak pernah hubungiku selepas peristiwa itu.

"Hei, Farez sudah beritahu ayah, kau mahu tidur sini?" Aku mengangguk. "Kalau macam tu, sudahlah tengok tv tu, masuk tidur, esokkan nak bangun awal. Nak rasa macam mana qiamulail. Jadi, malam ni, tidur biar cukup." Abang Saiful berpesan. Dia mahu melangkah ke biliknya.

"Abang!" Panggilanku mengehntikan langkahnya. "Farez nak tidur dengan abang, boleh?" Aku membuat muka simpati. Aku melompat dari sofa setelah menutup tv dan berdiri di hadapannya. Abang Saiful masih terkaku di situ. Tanpa sedar, tangannya diletakkan di dahiku.

"Kau ni apa hal, Farez? Deman ke apa nak tidur dengan abang?" Abang mengangkat keningnya.

"Alah, abang ni, buat request pelik sikit kata demam lah buang tabiat lah, memang mentaliti orang Melayu selalu begitu." Aku menarik muncung.

Abang Saiful sengih. "Uduh betul, dia buat macam tu. Lebih pada budak perempuan tahap merajuknya. Yelah, jomlah." Abang Saiful menutup suis lampu ruang tamu dan menarik leherku. Aku menjerit sakit kerana ditarik sebegitu. Tak cukup dari itu, abang Saiful mencucuk-cucuk punggangku.

"Abang, tercabut kain ni baru free aje." Aku menjerit. Abang Saiful ketawa melihat gelagat aku. Sudahlah aku baru belajar pakai kain pelekat. Mau tercabut kain ni kang, malu tujuh keturunan tak habis.

"Dah manja sangat. Meh sini tidur." Abang merebah badan ke katil. Aku turut melakukan perkara sama.

"Abang, abang tak rasa macam gay ke kita?" Tiba-tiba soalan itu memecahkan kesunyian malam.

"Banyaklah kau. Abang kena cari zaujah-isteri- lah ni. Tidur sorang lah kau." Abang Saiful mengusik.

"Mana boleh!" Aku menarik senyum. Ini dah lebih macam abang kandung ni. Aku menggeleng.

"Kenapa geleng-geleng ni?"

"Tak de apa-apalah. Teringat kat ibu." Tak tau lah sama ada tipu atau tidak, tapi hatiku jauh mengakui bahawa tringat pada ibu.

"I hope tomorrow, the rainbow will be appear." Ujar abang Saiful tiba-tiba.

***

Pagi itu, aku pulang ke rumah. Abang Saiful turut bersama. Sampai aku di ruang tamu, kelihatan seorang wanita yang sebaya dengan ayah duduk membelakangi aku. Teragak-agak aku mahu mengur. "Are you wan to find someone?" Wanita itu berpaling. 

"Farez." Wanita itu mengcilkan mata dan matanya mula bersinar-sinar. "Farez, ini ibu, sayang." Aku terkejut. Aku pandang abang Saiful. Dia senyum dan mengangguk. Aku menrapati wanita itu, dan dalam sekelip mata aku berada dalam dakapannya. Dadaku tiba-tiba sebu, kolam air mataku pecah. "Ibu," bibirku menutur.

"Ibu rindu Farez sangat-sangat. Maafkan ibu, because I didn't call you. Ibu takut ayah marah, sayang." Ujar ibu silih berganti dengan esakan.

"Ibu, no. He was not angry. He also hopes that you will be here again. Please don't leave me anymore. Please, I'm begging you." Aku menangis seperti anak kecil.

"Yes, I'll never leave you again, son." 

"And, will you marry me?" Suara ayah tiba-tiba menerjah. Ibu terpaku seketika. 

"Yes, she will." Aku pantas menjawab bagi pihak ibu. Ayah mengangkat kening ke arah ibu, masih bertanya.

"Yes, I'll for my son sake." Ibu menjawab tenang. Ayah tersenyum lebar.

"Like what I say, the rainbow was appear." Abang Saiful bersuara setelah melihat drama kami sekeluarga.

"Yes, you right my big bro." Aku mengangkat kening dua kali. "And, thanks for giving me the encouragement to continue forward."

"My pleasure little bro. But, thanks to Allah was totally important than me." Abang Saiful tersenyum, dan aku tersenyum bahagia, keran Allah memberi kebahagian selepas aku patuh kepadanya. Ibu dan ayah tersenyum bahagia kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul kembali.