Pages

Wednesday, 14 October 2015

Bila Mood Nak Exam Singgah Be Like...

Duk baca entry dolu-dolu, terasa kagum dan bersemangat gitu. Tak sangka yang buat diri sendiri. *uhuks* . Sebab jarang untuk aku bangga dengan diri sendiri sebab selalunya malu dengan diri sendiri. Haha, boleh pulak camtu, kan? Ah, lantaklah boleh ke tak asal diri tau kat tahap mana berdiri.

Baiklah, exam nak dekat dah. Sebelum ni, selalu pikiaq yang kalau aku duk kasi cerita pasai,

"Esok exam!"

Atau seangkatannya dengan itu, bila datangnya hari tahu keputusan dan keputusan agak tak memuaskan macam malu gitu. Ape yang aku meraban nih?

Tapi bukan itu soalnya, cerita lain yang aku mahu sajikan. *ececeh*

Key, buatk aku khususnya dan kamu amnya mohon betulkan niat sebab belajar ini kerana Allah, nak bagi sumbangan kepada ummah bukan kepentingan diri semata-mata. Sebab niat kita kena lebih kedepan daripada pandangan orang lain. Kita harus fikir lebih kedepan.

Arghhh! Apa yang aku katakan, aku harap sampailah maksud aku. The point is niat lillahitaala. Lagi-lagi sebelum masuk dewan. Masa tu wajib niat bebetul, tau?

Seterusnya, bergantung hanya pada Allah, Tuhan kita. Bukan hafalan, bukan kepandaian, bukan segalanya. Ade faham? Kalau Allah nak uji masa tu kita tak ingat, blank, blur, baru nanya kita tau.

Lepas tu, mohon minta maaf dengan mak especially. Aku tau kita ni memang banyak sangat salah ngan mak. So, kuatkan usaha, turunkan ego dan minta maaf. Semoga itu sebagai tanda kita jawab exam dengan barakah bukan laknat mereka. Harap boleh buat, key? Kalau kita dapat buat, reward Allah bagi special punya.

Aku harap korang boleh menahan muka manis dan tenang. Senyum. Klik! Haha

Last sekali aku kira tolong,tolong,tolong dan tolong jangan stress, jangan tertekan dan sebagainya. It's not good for student yang nak masuk exam. It's too dangerous. Haha. Caranya ada banyak. Bagi aku, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Just imagine yang korang lepaskan tu stress korang, tertekan korang.

Then, minum banyak air masak. Ianya baik untuk kesihatan dan sebagainya.

Ataupun korang boleh joging petang-petang, pi pantai tengok ombak, atau pi hutan tengok pokok-jangan hang kena ngap sudahlah-.

 Kalau ada cara lain yang boleh overcome korang punya stress dan tertekan tu hang buatlah. Risau masuk dewan hang pengsan. Aku sayang hang kut. Haha *bajet sweet, ye tak?*

Setakat ini sahaja yang dapat aku meraban sebelum exam. Nak release stress yang aku tak tertekan. Tengok ayat pun berbelit. Memang time nih tulis je apa yang ada dalam otak.

Last sekali lagi, hehe

Saya Nik Aisyah Ilnani Nik Asbullah memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa, idea yang hambar, terasa seperti aku tak perlu pun buat entry sebab baca macam membaziaq masa, tersalah tulis dialek kedah dengan salah, tak guna dialek sendiri dan aku tak mampu lagi list kesalahan saya. Jadi, saya memohon kemaafan segalanya. *sebenarnya ni first time minta maaf kat mana-mana media social, sebelum ni tak penah, haha. Mood mai tetiba* Akhir sekali saya mohon dimaafkan.

K, tau hang dah bosan, nak pi lahni.

K, salam.

Wednesday, 15 July 2015

Accept the Differences between Us



Okey, let's talk about what happened previous day back. Haha.

Masa nak ambil wudhuk. Aku melangkah lah ke ruangan ambik wuduh. Suasana memang tak perlu kasi cerita ramai sangat manusia. Nasib baik oksigen cukup. Haha .

Mata tertangkap satu benda, akal mentafsir supaya kekal dengan keadaan itu, hati mula berbicara.

*tak rasa can gempak ke?*

Aku lihat bagaimana sahabat-sahabat mengambil wudhuk, macam-macam cara. Bagaimana mungkin dalam satu institusi madrasah boleh ada cara ambik wudhuk bermacam. Menggelang aku.

Kata mereka salah? Itu bukan point yang nak aku sampaikan.

Yang aku mahukan katakan, kita ni unik dan istimewa. Sebab kita punyai akal dan perasaan serta manusia dicipta berbeza watak dan personaliti. Membuatkan kita takjub dengan kehebatan Tuhan. Jadi kita tak boleh anggap perbezaan itu perkara yang buat kita kata,

"Kau tak sama dengan aku punya cara, so kita tak leh jadi kawan."

Kita tak boleh lah judge friendship based on differences between both of us. Friendship is all about acception. Bagaimana kita terima kekurangan kawan kita dan mengawal kita punya hati dengan kelebihannya. Kan?

How we want to give them support. Untuk jadi bahu yang tumpangkan kepala. Untuk jadi telinga mendengar. Untuk tumpang mengalirkan air mata. Untuk sama-sam lontar topi segi ke langit selepas grade nanti. *sebak tetiba ni kenapa?*

Tak mungkin lah kita nak berkawan dengan orang yang sama spesisi dengan kita baru boleh get along together. Sebab dunia ni Allah jadikan bermacam-macam jenis manusia.

So, apa mahu ditekankah, tolong amankan persahabatan anda supaya terhindar dari sengketa. Berkawan dengan orang yang tak sama dengan kita buat kita terfikir dan lebih memuhasabahkan diri sebenarnya.

Don't know lah canne boleh jadi entry yang lame camni.

Senyum. Klik!


Tuesday, 14 July 2015

Ilusi Tentang Kaca Mata

Okey, actually ini merupakan sambungan tetang 'Ilusi Tentang Kasut' yang dulu. *tu pun kalau tengok lah*

Baiklah aku teruskan tugasku sebagai penglipur lara.



Kisahnya bermula apabila ...

Saat itu aku melangkah ke tempat menanda kehadiran kerana aku sudah membuat kesilapan menanda bilangan yang hadir. Oleh sebab tugas diamanahkan, ikrar yang telah aku lafazkan aku halakan kakiku ke sana.

Dalam perjalanan aku, someone tegur aku. Err sebenarnya cikgu. Hee.

Beliau meminta aku untuk menghantar sesuatu ke seorang guru. Aku turut katanya, tapi selepas aku selesai menanda. Haa.

Kemudian aku tunaikan perintah yang aku terima. Bungkusan itu aku genggam erat. Sesampai aku ke tempat dituju, aku serahkan bungkusan tersebut. Guru tersebut meminta aku memberi duit bayaran bagi bungkusan itu. Aku suakan senyuman dan mengangguk.

'Bulan puasa elok buat amal.' Hati memujuk. *patutkah pujuk benda yang tak merajuk? Haduu*

Kemudian tangan memegang erat wang yang diamanahkan dan aku serahkan kepada guru.

Dalam aku turun dari tingkat satu untuk ke kelas, aku menarik kaca mata dari muka dan aku sangkut kemas di baju. Tangkanku menyapu muka sedikit kasar. Bagi segar sikit.

Kemudian aku melangkah di tangga, dengan gaya yang selamba cool kerana aku jarang tiada kaca mata di muka. Sebab, aku tak leh hidup tanpa kaca mata, even nampak nerd *yeke?* aku abaikan demi sebuah penglihatan. Semasa melangkah aku tersadung kaki dan seperti bertebangan. 

Dalam hati, ' Rosak gaya aku, cis!' 

Aku reda untuk mecium tanah, akan tetapi aku tak merasa baju aku kotor. Aku kemudiannya mengangkat muka. Wow! Pemuda syurgakah ini? Mataku tak beralih dari mukanya yang bersih dan suci itu.

Dia berdehem kecil, mungkin segan dengan pengamatan yang membunuh itu. Aku tersedar dan membetulkan kedudukanku.

Baru aku perasan, aku landing baik punya kat bahu dia. Rapat betul pulak tu. Minyak atar apakah yang dia guna? Wanginya bukan kepalang. Pipiku mula memerah. *even aku tak cerah pun, haa*

"Nanti hati-hati jalan, tengok kiri kanan, ya." Pergh, suara! Tergugat imanku. 

"Err, baiklah." Ujarku gagap.

Dia mula melangkah, tetapi aku teringatkan sesuatu.

"Anda siapa?" Yelah, sekolah ni perempuan sepenuhnya, tang mana datangnya lelaki. Pelawatkah?

"Err, saya putera wilayah Senggerik datang ke sini untuk melihat suasana di sini. Adik saya terlampau menginginkan kemari bagi melanjutkan pelajarannya, jadi saya wajib membuat pantauan terlebih dahulu bagi memastikan sekolah ini yang terbaikkk." Panjang pulak dia cakap tambah pulak gaya pemalu gitu. 

Hati kembali berbunga. Femes jugak sekolah aku sampai ke wilayah Senggerik tambah lagi diketahui pembesarnya. Tuah apakah aku hari ini?

"Ouh. Begitu. Terima kasih soal tadi." Ujarku seperti malu-malu kucing gitu.

"Sama-sama bidadari syurga!" Heh? Dia sempat mengenyitkan matanya. Terpukau lagi.

"Woi, kau termenung apa tuh?" Berkecai lamunankan mendengar suara lantang sahabatku.

'Hish, potong lainlah.' 

"Kenapa?" 

"Apa yang kenapa? Kau duk tercengat kat situ sejak takdih buat apa? Dahlah gaya tersadung, freez tetiba. Pehal?" Panjang omelan dia.

Eh?

Kemudian aku tarik senyum.

"Kau tersengih ni pehal?" Pantas aku menggeleng.

Putera Senggerik. In memorial. Haa.

Sunday, 21 June 2015

Bercinta ? Ya, saya sedang becinta. Ehem


"Kau pernah bercinta?"

"Ya." Yakin.

"Serius?" Yelah,budak stok tudung labuh, jubah segala bagai mana pernah bercinta masuk kamus hidup.

"Mesti kata becinta dengan Allah dan Rasul, kan kan?"

"Uh, awat klise sangat. Tu ofkos lah tapi memang aku bercinta sekarang." Senyum sampai ke telinga+nak ketawa bagai nak pecah perut. Hehe.

"Biaq betui hang nih?" Riak tak caya yang akan menang award lah punya. Huh

"Betui lah." Senyum makin hambar sebab bosan layan dia punya soalan yang sangat 'mencabar' minda. *uhuk*

Bercinta?

Ya, saya sedang bercinta. Atau lebih tepat belajar bercinta. Ya, saya baru setahun jagung dalam bidang ini. *ecech*

Tajuk jer gempak. Haha.


Everything


Aku belajar bercinta dengan buku-buku ilmiah yang dulunya bagai musuh dan kawan baik bila exam menjelma. Hehe. Aku bukan pelajar baik sebenarnya.

Tapi sekarang aku berusaha macam mana rasa bercinta dengan buku-buku atau lebih tepat dengan ilmu.

Lagipun subjek tahun ni payah tahap tera kut. Tak tega aku kecundang. Huhu

Tidak dapat tidak, ilmu penerang hidup, pembetul ibadat dan yang boleh menaikkan darjat.

Betul tak?

Jadi ilmu sangat-sangat-sangat penting. Kan?

Dulu tengok buku pun penat, malas, tak bermaya, lemah gemalai.
Tapi tengok phone bertenaga, mata cerah, tak mengantuk.

Haha, teruk bena.

Tapi itu realiti.

Tapi bila pikir-pikir balik, sampai bila? Nak memilih untuk sengaja jahil daripada kesedaran ilmu, kan?

Mungkin aura SPM tahun depan, dan SMU just beberapa bulan meresap masuk ke jiwa.



Nak kata aku takut pada exam. Tak rasanya. Kan takut kepada Tuhan.
Nak kata aku harap exam boleh bagi kejayaan. Tak rasanya. Kan harap kepada Allah.

Rezeki datang dari Allah.

Sebab boleh jadi kita dah baca sungguh-sungguh tapi Allah tak benar otak keluarkan apa-apa, fail jugak examnya. Ye tok?

Tapi jika aku khususnya dan sahabat sana amnya tak rebut peluang untuk belajar dan mengaji, kerugian menanti. Susah jadi orang jahil. Tapi lagi susah jadi orang cemerlang peperiksaan tapi jahil aspek kehidupan. Dua-dua rugi.

Jadi sebagai pelajar(aku) wajar belajar sungguh dalam kelas bukan sahaja niat nak pass exam semata, tapi bersungguh dalam mengurus kehidupan.

Betapa ramai orang bijak dalam pelajaran tapi kecundang dalam soal sosial.

Jadi seimbang. Itu yang terbaik.

Kita tak boleh terbang daripada sistem kita, Pelajar stress *yeke?* dengan exam bukan pelajarannya. *harap menteri pendidikan tak baca entry ini, nati macam-macam sistem baru yang pelik-pelik muncul, hehe*

Niatnya belajar untuk memberi sumbangan pada ummah bukan sahaja mahu pandai sendiri. Okeyh?




Actually entry ini lebih untuk sendiri sebenarnya. Haha. Entah macam rasa nak sesi luahkan hati. Hehe. Cam bicara dari hati ke hati gituh.

Stoplah, bosan dah rasanya. *ketuk kepala aisyah*

K, kita stop.

K,salam

Saturday, 23 May 2015

Pujuk .

Pujuk .

Alkisahnya

Tahun lepas. Aku siap-siap nak balik. Aku sorang  yang ada dalam kelas. Tetiba datang sorang akhawat nih masuk dalam kelas. Aku buat tak kisah lagi. Sebab tengok jam dah lambat nih.

Aku padang akhawat tuh duk berdiri kat meja cikgu. Membelakangi aku. Bahunya terhingut-hingut. Macam tengah nangis. Aku mula gelabah. Ahh, sudah. Dalam otak terfikir-fikir mahu pujuk atau tidak? Bab ni yang aku memang fail. Aku lebih rela jawab addmath dari pujuk orang. Jahat tak?

Lama-lama duk pikiaq punya pikiaq, dengan sejemput semangat aku dekati beliau. 

"Kenapa ni Nisa?" Aku cuba berbicara. Bahunya aku paut rapat ke tubuhku. Harap beliau akan bertenang.

Awalnya hanya menggeleng masa tu memang aku mati akal dibuatnya. Aku mencuba lagi dan lagi.

Akhirnya dia menceritakan hal yang sebenar. Dia hilang dompet rupanya. Satu masalah yang tak terlalu besar bagi pelajar berulang tapi masalah tera besar bagi yang duduk di asrama.

Rest of the story, aku memang buta dalam bab ni. Nak kata hati batu rasanya tak sangat. Ada jugak time aku leleh jugak. Entah. *jongket bahu*.

Nampak macam tak ada mesej , kan? Kan Kan? Sebab sekarang mood exam week. Jadi idea pun mengarut. Haha.

Sunday, 10 May 2015

Penolak troli .

Penolak troli.

Inspirasi darinya.

Semalam keluar berbelanja dengan umi dan kakak. Selalu jadi girl's outing. Haha. Ok, biasalah perempuan banyak tempat yang jadi persinggahan sebelum ke tujuan asal. Jadi masa singgah kat bank tuh adalah peminta sedekah. Aku perhati saja dia. Sementara kakak tengah bank in duit sebab ramai orang jadi lama lah aku duk perhatinya.

Kesian. Ya kesian. Tapi alangkah bagusnya dia bekerja dari hanya meminta. Kesian pada dua hal ke atasnya. Satu pada nasibnya, kedua pada tidak mahu berusaha.

*sambung story

Masa habis berbelanja siap masukkan barang dalam kereta. Aku mahu meletakkan troli ke tempat asal. Kebetulan ada orang yang kutip troli. Kesian aku tengok masyarakat sesuka hati main letak aje troli luar kawasannya. Ubahlah.


Aku duk perhati je dia. Bagusnya dia biarpun kerja hanya itu tapi tetap beruasaha untuk mendapatkan wang.

Apa yang aku dapat biarpun hanya penolak troli tapi memberi impak yang besar kepada orang sekeliling. Banyangkan jika dia tiada siapa yang nak kumpul troli yang diletakkan bersepah. Tak membelilah kita. Dan memberi kesusahan pula until kita .

Aku belajar buatlah kerja apa-apa pun beribu lagi bail daripada meminta. Nabi sendiri bersabda

"Tangan diatas lagi baik dari tangan dibawah."

Bukan gituh?

Dan ingatlah kalau tiada orang dibawah tidak akan kita di atas. Jadi banyakkan syukur dan ingat nikmatnya.

Inspirasi itu boleh datang dari sesiapun asalkan kita perhati dan berfikir.


Friday, 20 March 2015

Mr. P

Kisahnya bermula kira-kira tiga bulan yang lalu, ketika itu baru tahun baru dan baru selesai banjir dan cuci sekolah, dan apabila start PDP dia pun datang cuba untuk mendampingi aku.

Pada awal perkenalan kami, kami dapat rasa keserasiannya kerana dia mudah mesra dan membuatkan aku senang. 

Banyak pengalaman dan memoro indah kami ciptakan sehingga ramai yang mencemburui kami, tapi kami abaikan.

Gayanya buat aku tertawan sehinggalah aku ke pusat tuisyen dan dia lebih diterangkan sifatnya dan perwatakannya membuatkan aku semakin menjauhinya kerana dia terlampau susah untuk difahami dan didalami. 

Sudah banyak usaha aku lakukan untuk aku terus mencintainya. Tapi, sifat dan perwatakkannya membuatkan aku upset sangat.

Sehinggalah hari ini, dia diterangkan menjadi suatu yang mudah dan senang, dan kini aku kembali mencintainya demi cita-cita.  

M,r. P bolehlah nak go dengan kau even sepatah haram abang aku ajaq aku tak leh nak hadam.. 

Haha.

 Mr. P please fall in love with me,then I will love you more.






Saturday, 10 January 2015

Ilusi tentang Kasut

Assalamualaikum wbt .

Dalam perjalanan panjang daku untuk pulang ke rumah dari sekolah , daku terbayang ...


Di saat panas terik menyengat kepala aku, tetiba berhenti sebuah kereta mewah di sisiku. 

"Cik, nak kemana?"

Aku menoleh ke arah suara itu, wah ! Wajahnya persis putera kayangan, terjeda aku seketika sebelum otak mula mentafsir kata-katanya.

"Saya nak balik rumahlah." Loyar burukku bagi mengujinya. Hati ini melonjak-lonjak ingin menanyakan soal dirinya tapi mampu di tahan lagi.

"Taulah nak balik rumah, tapi dimana letaknya rumah cik ini?" Ujarnya lembut dalam menahan geram. Aku tersenyum menutup malu, macam terkena kepada aku balik aje.

"Rumah saya selepas simpang kedua nanti." Jujurku tanpa ragu. Ditahan untuk menyoal perihal dirinya.

"Kalau begitu, naiklah! Kita satu jalan. Kasihan kepada cik berjalan di tengah panas ini." Lembut sekali katanya.

"Boleh saya tahu encik ni siapa?" Yang ditahan tadi memuntahkan soalan.

"Saya putera raja dari kerajaan sebelah."

Terpempan aku dibuatnya. Oleh kerana otak terkawal lagi aku terus masuk ke dalam keretanya tanpa sedar sebalah kasut saya terlucut dari kaki.

Malam itu pintu rumah kami diketuk dengan ganas sekali, saya yang buat-buat berani membukakan pintu bila sudah selamat menutup aurat. 

"Apa yang anda mahu?"

"Kami  dari perutusan putera raja Jelasin." Ujarnya formal. Takut pulak kite.

 Dilihat dibelakang lelaki yang siap dengan sut hitam beberapa lelaki yang serupa. Aku makin terdiam kemudian turun seorang yang sangat kacak lebih kacak daripada yang petang tadi. Terkunci terus mulutku.

"Adakah ini kasut cik?" Ujarnya. Aku semakin tak tahu nak buat apa, secara refleksnya kaki ini terus dihulurkan dan putera tersebut sarungkan ala-ala Cinderella dan ...

"Oi, tak nak masuk dalam rumah ka?!" Umi menjerit mematikan segalanya.

Oh aku sudah di depan pintu rumah rupanya. ^^


Ilusi sentiasa aku rasakan apabila perlu balik dengan bas dan perlu berjalan kaki daripada tempat aku berhenti. Sangatlah jauh! Walaupun dalam perjalanan aku , aku sentiasa memikirkan perkara supaya ada yang berhenti untuk menumpangkan aku, aku tetap waras untuk tidak mengikut stranger.
Tak tipu aku katakan bahawa memang jauh sangat! Bulih kurus aku.

Tuesday, 6 January 2015

Sebenarnya mereka sayang

Jejalan sekitar bandar untuk mencari barang keperluan sekolah. Atau lebih tepat untuk melihat dunia luar. Sudah lama aku tak keluar ke bandar sibuk dikatakan. One thing yang amat aku terasa bila di bandar aku terasa seperti aku orang asing yang baru datang di Tanah Melayu. Sunguh aku rasa terasing. Mana mungkin tidak aku terasa seperti di bandar negara barat. Serius ini rare.

"Hey, mengelamun!" Tanganku panatas ke dada memeriksa sama ada masih ada tidak jantung aku. Dan ia masih ada.

"Terkejut aku. Lain kali bagilah salam bukan main terjah sebarangan begitu." Nasihatku dalam usaha untuk cover terkejut.

"Maaf tanpa niat."

"Aku rasa itu berserta niat. Ni abang kau bila nak datang dari tadi tak dapat batang hidung dia pun." Ujarku sambil membetulkan kedudukan ini gara-gara terkejut ala-ala kucing tadi.

"Tulah dah berpuluh kali missed call mesej semua dia tak angkat balas. Geram pulak aku. Nilah kalau bergantung pada abang kita yang jadi tukang tunggu dia jer." Bebel sahabatku, Tasnim(maaf lupa introduce awal-awal). Aku hanya ketawa melihat gelagatnya.

"At least dia akan datang ambik kau jugak kan?"

"Tunggu musang berjanggut pun tak selama inilah."

"Analogi apakah yang kau gunakan tuh? Tak masuk akal lah. Kau pernah tunggu ke?"

Ketawaku semakin galak. Dan pada masa yang sama fikiranku merewang ke lain.

*****

"Abang apasal parking jauh sangat ni? Dah lah creepy semcam je nih." Adu aku. Mohon berkalih parkir. Entah lorong mana dia parking pun aku tak tahu.

"Ek eleh banyak songeh pulak dia ni, takdih beria sangat nak datang ni banyak tanya pulak." Uajarnya sambil keluar dari kereta.

"Tadi dia juga yang ajak kita, kata kita beria pulak. Kita baru tanya satu soalan ape?." Gumamku rendah.

"Cepat Awatif nanti kedai tutup !" Abang Amir separa menjerit dari luar. Aku pantaskan langkah menghambatnya dari belakang.

List :
Tepung gandum
Minyak
Gula & garam
Softlaner
Sabun basuh
Bla
Bla

Ok done membeli belah untuk sebulan, umi tak leh keluar kerana tak berapa sihat. Sejak abah meninggal kerap pula umi sakit. Sakit rindu barangkali. Jadi Abang Amirlah yang menjadi ketua keluarga dan tanggungjawab itu telah menukarkan Abang Amir kepada seorang yang berbeza sebanyak 360 darjah tapi denganku tetap dingin semacam aja.

Kami beriringan seperti burung pulang petang kerana sudah senja. Tangan yang penuh dengan barang biarpun sudah banyak aku pass kepada Abang Amir tetap terasa banyak di tangan. Sampai di kereta , barang diletakkan di seat belakang.

Tetiba sekumpulan lelaki entah gangster mana yang datang, berkumpul di sekitar kereta. Jantung sudah mengepam darah lebih laju dari biasa. "Abang ni pehal pulak?"

"You should be sillence then." Ujarnya cuak. Kalau dia sekali cuak aku sepuluh kali cuak. Tanpa disedari tanganku sudah dipulas kebelakang. Abang Amir tampak terkejut.

"Kalau kau nak adik kau selamat berikan apa yang kau ada sekarang kalau tak adik kau jadi mangsa." Ujar salah seorang daripada gangster memberi amaran. Mana mungkin kitaorang ada wang semuanya sudah habis berbelanja. Tinggal lima ringgit jer, rasanya tidak cukup untuk mereka.

"Kami tidak ada wang, kami hanya ada lima ringgit saje, Jika mau ambillah." Abang Amir cuba untuk berkompromi dengan mereka.

"Ah! Tidak kira." Seorang daripada mereka bertindak agresif dengan menyerang Abang Amir, nasib baik Abang Amir dapat mengelak daripada pusat sasaran, Tangan lelaki itu dipulas dan satu tumbukan padu mengena tepat pada perut dan satu tendangan dilepaskan ketika lelaki itu mengguling di tanah. Satu sudah tumbang tinggal tiga lagi.

Satu persatu tumbang tinggal yang ada di belakang aku sahaja, baru sahaja dia mahu lari kerana lihat rakan mereka tumbang tapi sempat ditendang oleh Abang Amir. Yeah! Opps Alhamdulillah.

"Hebatlah abang!" Ujarku riang. Tanpa disedari yang belakang telah mengambil kayu lalu memukul belakang kepala Abang Amir. Terjerit aku. Abang Amir mengerang kesakitan.

"Sekarang kau pula, adik manis!" Aku sudah takut menggigil seluruh badan cuba untuk berfikir untuk melepaskan diri. Lelaki itu mengeluarkan piasu pemotong sayur lalu dengan lajunya ingin menikam aku. Aku pejamkan mata.

Beginikah pengakhirannya, terasa darah pekat mengalir di perutku. Sakit. Aku pandang sisi lihat lelaki itu tumbang, aku sedikit menjauh. Aku pandang hadapan lihat Abang Amir melambai-lambaikan tangan. Dia pantas mencabut pisau itu dan saat itu aku rasakan sakit yang teramat sangat dan aku tak mammpu bertahan lagi. Pandangan menjadi kabur.

*****

"Umi baliklah dulu biar abang yang jaga Awatif." Hanya suara itu yang dapat aku tangkap setelah aku sedar kemudian aku tidur kembali.

Pandangan sekeliling nampaknya berbeza dari bilik di rumah. Mataku semakin cerah. Aku cuba bangun tetapi sakit yang aku tanggung menghalang. Aku toleh ke sisi kerana tanganku kebas. Mana mungkin tanganku tak kebas kalau tidak digenggam begini lama. Aku baru sahaja ingin mengejutkannya tapi dia yang tersedar dahulu.

"Kau okey?" Ujarnya dalam mamai. Aku hanya mengangguk.

"Mana umi?"

"Umi pulang bagi umi rehat kejap."

"Sakit." Aduku

"Sakit di mana? Masih sakit lagi? Maaf ya." Wajahnya cuak semcam ja. Maaf? Adakah aku salah dengar.

"Apahal kalut sangat ni? Maaf tak boleh di terima." Usikku

"Kenapa pulak? Bukan main aku mintak umi balik semata nak jaga kau."

"Mengungkit! Tegakkan kan Awatif dulu." Dia hanya menurut.

"Ada apa lagi budak?"

"Ada. Nak hug?" Aku buat muka comel.

Dia memandang aku pelik tapi dilayan sahaja.

"Ni pehal gaya manja semacam je? Baru kena tikam." Abang Amir tersenyum sendirian.

"Rindu abah lah. Kalau abah ada taklah Awatif nak abang hug." Aku dan abah sangat rapat. Tanpa sedar air mata berguguran.

"Janganlah buat gaya sedih ala-ala nangis nih. I'm sorry okey? I'm not protect you. I make you hurt, sorry." Ujarnya lembut. Macam bersalah sangat. Tulus ikhlas bunyinya. Aku eratkan lagi.

"Sejak bila gaya abang mithali ni?" Usikku lagi.

"Sakit-sakit pun tak ubah perangai." Dia menggeleng.

"Mana tau kita perangai macam mana, dia bukan lekat kat rumah pun dulu."

"Because you're my adik lah,budak!"

*****

"Jauh sangat kau mengelamun sampai aku panggil kau banyak kai kau buat dek jer." Aku tersengih sahaja.

"Aku ke demensi lain tadi. Sorry. " Ujarku tanpa rasa bersalah.

"Abang aku dah datang, aku pulang dulu." Selepas bersalaman, datang pula kereta umi, aku tersenyum. Tapi bila lihat orang yang keluar tu bukan umi terus aku berlari mendapatkannya.

"Abang! Bila sampai? Amboi tak cakap pun." Omelku.

"Lima minit selepas kau keluar. Suprise tak?" Keningnya diangkat sebelah. Pelukan tadi dilepaskan.

"Tak." Aku buat muka.

"Tak? Tegar awak yer? Tak rindu kita lagi?" Huh sungguh menggelikan!

Sejak peristiwa dua tahun lepas, sifat dinginnya bagaikan di tiup angin monsun. Terlebih prihatin pula. Selama aku sakit dulu dia yang jaga. Dan lima bulan selepas peristiwa itu dia terbang ke Jepun untuk sambung belajar.

Nota dari hati

Kekadang seorang abang takkan tunjukkan kasih sayang tapi hanya lakukan. Mungkin menjaga kemachoan mereka. Entahlah. Yang pasti mereka hero keluarga selepas ayah jadi hormat dan bersangka baiklah terhadap mereka.