Pages

Tuesday 5 March 2019

Melarikan Diri

Petik dari Pintrest, Behance

Amran. Penceritaan kali ini adalah daripada pandangan peribadi dari insan yang baru sahaja melambai pada umur dua puluhnya. Masih belum terlambat untuk menutup laman ini jika anda tidak mahu menghayati tulisan budak hingusan ini.

Tapi, sangatlah tidak sopan jika anda sudah sampai ke sini tapi tidak menyudahkan tulisan kali ini seperti orang datang bertandang tidak sempat tuan rumah menyudahkan air untuk dihidangkan sudah mahu pulang. Tiada hormat orang kata. Hehehe

Sekitar sebulan yang lalu, aku mengambil keputusan yang sungguh luar biasa dalam hidup aku. Aku menyahaktifkan laman sosial terbesar aku iaitu Instagram dan Twitter atas sebab-sebab berikut.

Pertama, aku merasakan laman sosial tersebut lebih-lebih lagi burung biru itu teramat banyak toksik. Aku sehingga kadang-kadang murung dengan respon orang kita. Semuanya mahu dikritik bagai setiap perbuatan mereka sangat betul, tingkah laku mereka sangat sopan, seakan mereka tidak membuat dosa walau sezarah. Keadaan itu sangat membuatkan aku termenung dan perlu mencari identiti aku sendiri. Sangat tidak sihat!

Kedua, aku rasa rendah diri teramat sehingga rasa tak berguna menguasai diri aku setiap kali aku lihat keindahan yang dipamerkan. Aku kadang-kadang berusaha untuk menampakkan diri aku indah seperti yang lain sedangkan aku tahu yang tiada kisah pun dengan aku. Situasi ini sangatlah mengganggu hidup aku.

Selama aku menghilang dari dua laman itu, aku mampu untuk merasa bangga dengan diri aku. Aku dapat hilangkan rasa kedukaan dan kesedihan aku sebelum ini. Aku rasakan hidup aku lebih bermakna. Dan, aku suka akan keadaan itu yang mana aku tak lagi bergaul dengan orang sejarah sebelah pihak yang tiada komunikasi lagi. Hidup aku lebih sedikit bahagianya.

Kemudian, aku percaya yang status Whatsapplah menjadi penyelamat dalam segala hal kerana aku tidak terasa diperlekehkan (ni aku rasa, bukan yang lain buat terhadap aku). Tapi, satu hari aku perasan yang status ws selalu menjadi tempat meluahkan kesedihan mereka, ketidaksukaan dengan apa yang menimpannya dan segala yang negatif dan ianya langsung tidak menggembirakan aku. Ia hanya buat aku lebih kusut.

Setelah itu, aku bagai tersedar dari lamunan yang sangat panjang yang mana sepatutnya media social sewajarnya menjadi tempat perkongsian yang memberi faedah kepada orang yang menjengahnya walau seorang. Itu yang sepatutnya media sosial lakukan.

I know this entry lead to nowhere but it's okey. I just want to share what I feel toward media social nowadays and I know that we can be better than this. Force people to change is something impossible but force ourselves to change is something possible. 

For me now, it is the time to take a deep breathe and feel what is happening around ourselves. Feel it as much as you can and trust me it is worthy.

Jarang aku menulis dalam bahasa dunia ini sebab aku kurang yakin tapi hari ini aku katakan pada 'yakin' supaya berlapang dada jika ada yang menegur baik pujian atau pembetulan. Hidup sangat membosankan jika asyik semuanya betul.


Nota kaki

  • Sebenarnya, aku menulis kali ini sebab aku pening baca buku Hamka setelah lama aku tak tenggelam dalam kata pujangganya sangat sukar untuk aku memahami kembali. 
Mohon dipermudahkan untuk memahami karya beliau!

Thursday 20 September 2018

Dia, Pencuri Impianku



Ini entri penghargaan buat dia. Dia yang telah mencuri impianku.

Masa diputar, diputar ke enam tahun lepas. Ketika, aku berada di satu fasa perubahan dan juga satu lipatan kisah hidup yang baru dengan suasana yang baru bertemu dengan orang baru. Dan, keadaan ini detik pertama pertemuan aku dengan dia membawa kepada satu bab dalam hidup aku yang indah.

Pertama kali aku menjejak kaki ke tanah gersang Maahad tapi tidak begitu gersang bila awal tahun sebab musim tengkujuh seakan tak mahu berlalu pergi lagi. Segenap tanah yang tak rata menakung air hujan di malam hari, kadang-kadang air dari longkang azimat tempat kebanyak budak Maahad mengulangkaji pelajaran sebelum masuk dewan peperiksaan boleh melimpah keluar airnya.

Kisahnya bermula...

Awalnya, aku ditempatkan di kelas kelima daripada sepuluh(ditegaskan disini nombor kelas hanya sekadar nombor, kesemuanya mempunyai potensi hebat) tetapi rombakan berlaku di tengah-tengah bulan pertama jika aku tak silap kemudian aku dinaikkan satu tangga di atas. Segala barang aku kemas dan beralih ke kelas baru. Nasib jugak aku tak begitu rapat dengan semua ahli kelas lama, kalau tak boleh murung juga hari perpindahan aku.

Dan, di sinilah aku bertemu dia. Tempatnya hujung di belakang kelas di sebalah kiri. Aku memilih tempat di hujung sekali dekat dengan tingkap, sepanjang aku berada di Maahad aku rasa tahun pertamalah aku jumpa 'port' yang best untuk landing masa belajar.

Oh lupa, aku belum perkenalkan dia lagi, kan? Dia, dengan muka arab, hidung tinggi, antara terlawa dalam kelas(sebab ada yang lagi lawa daripada dia, haaa). Tinggi daripada aku yang telah tersedia kontot dan comel ini. 

"Nama saya Farah."

"Nama saya Aisyah"

Fuh, pertama kali aku memperkenalkan diri sebagai Aisyah. Canggung rasanya.

Walaupun aku dan dia berada dalam satu bumbung, tapi sebab beradanya kami di Maahad jauh berbeza. Aku berada di sini kerana ini sekolah impian aku. I'm struggle a lot to come here. Tapi, bukan bagi dia. Aku tak pasti sama ada kehadirannya di sini oleh sebab baba atau uminya. Aku hilang memori untuk bahagian ini.

Tahun pertama, tahun perkongsian pelbagai dilema sebagai anak murid sekolah kebangsaan yang sedikit liberal masuk ke sekolah agama. Semangat untuk berubah ke jalan diredhoi dan berjihad fi sabilillah itu berkobar-kobar. Tapi, persamaanya adalah ibu kami menghalang keras perubahan fizikal lebih-lebih lagi pakaian kami. Kata mereka, tak perlu ubah lagi pakaiannya, yang penting ilmu dan akhlak baik kemudian nanti datanglah ia. Nanti, kemudian hari kamu akan berjumpa dengan pelbagai fesyen dan kamu akan teringin untuk berubah. 

Dan, ya itu adalah sangat benar. Tapi, jiwa kami masih mentah pelbagai dalil agama dan kelogikan otak kami cerna. Bila aku mengimbas saat ini, mahu tergelak tambah nak hentak dekat dinding sebab tak fikir panjang. 

Tahun kedua dan ketiga, kami berpisah. Dia jauh meninggalkan aku di belakang dan dipilih menjadi dhobitoh(pengawas). Saat ini, aku segan nak tegur dia. Dia dah ada geng-geng hijau yang digeruni oleh pelajar saat itu. Aku pula sudahlah jauh dibelakang, pelajar biasa lagi. Saat inilah dia berjumpa dengan geng-geng kuat dakwah Maahad untuk batch aku dan digemari oleh senior. Aku kurang pasti perjalanan dan cabaran yang dia tempuh sepanjang dua tahun ini. Cuma aku pernah tengok dia dari jauh kebahagiannya(tetiba rasa geli tulis part ni).

Tahun keempat, kami ditakdirkan satu kelas lagi. Dia dibelakang aku sahaja. Tahun ini, tahun paling ekstrem aku kira. Dan kali ini bukan kisah aku dengan dia lagi, tapi kisah 'geng' kami. Mahu diulang tayang satu-satu mahu keras perut gelak tentang perangai lama. Tapi, itulah manis pahit kehidupan kami. Sepanjang aku berada di Maahad tak pernah aku menangis melibatkan apa-apa pun tapi di depannya aku termenangis sebab aku penolong kelas dan kawan-kawan tak nak dengar aku cakap(sekarang, kalau aku boleh pinjam mesim masa Doraemon aku dah cepuk kepala Aisyah 16 tahun supaya sedar itu semua, DUNIA!). Dialah yang menjadi bahu yang aku bersandar dan tudung cendawannya basah kerana aku.

Tahun terakhir, kami kembali berpisah. Tapi, hubungan kami tetap utuh. Selalu sahaja bertegur sapa dan sesi luahan hati sentiasa ada. Tahun terakhir, aku klasifikasikan sebagai tahun aku menghargai classmate aku. Rasa cinta dan sayang terhadap mereka buat aku tahu yang aku tak keseorangan untuk tahun terakhir. Aku tahu yang ramai sayangkan aku dan kami saling melengkapi dan mendorong satu sama lain.

Selesai, cerita di Maahad, sepanjangnya dialah yang ada saat aku mula-mula mengenal sekolah agama dan sehingga aku graduasi dari Maahad. Sometimes, we share same laugh but sometimes deep inside we cry together because of obstacle that we need to face throughout it. 

Fasa anak remaja mengenali dunia sudah berakhir dengan salutan agama. Dan, kami akhirnya bersyukur sebab berada di Maahad. Mungkin kalau bukan kami di Maahad, kami takkan jadi macam ni sekarang.

Seterusnya, fasa konfius dan dilemma dalam memilih matriks atau universiti. Aku kebetulan mendapat matrik sama dengan dia, KMPk dan juga diploma di universiti pendidikan terulung negara. Minat aku terhadap sains terlampau mendalam tapi desakan kelaurga melampau segalanya dan akhirnya aku ke Tanjung Malim bumi paling nyamam yang pernah aku alami. Detik ini pelbagai drama yang kami mainkan. Drama pukul 7, drama sinentron.

Akhirnya, dia survive setahun di matrik manakala aku survive empat bulan di UPSI kemudian menyambung minat aku di IIUM. Lagi, drama berlaku ketika peralihan aku tapi seingat aku dia sibuk saat ini di matrik dan drama ini lebih dirasai oleh sahabat aku, Maryam.

Selesai kisah aku dan dia di Maahad dan sedikit di alam pra-universiti.





********************************************************




Beralih kepada kisah dia mencuri impianku

Sepanjang aku kenal dia, walau banyak perangainya aku tak berkenan dan menguji keteguhan iman aku, tapi dialah yang menyenangkan. Sayangnya mahal untuk ditunjukkan, cinta sukar diungkapkan, tulus hatinya jarang diluahkan.

Pertama kali aku dapat tahu yang dia bulat hati mahu ke bumi impianku, terus seribu satu perasaan menerpa. Dulu pernah di zaman Maahad untuk ke sana bersama. Tapi, apakan daya, rezekinya di sana dan aku di sini. Pertama kali sepajang hangatnya persahabatan ini, aku menangis kerana dia.




Buat dia, ini kalam aku yang teristimewa buatmu;

Perginya engkau kerana cita membawa bersama impianku. Mesir satu destinasi pengajian yang amat aku mahukan tapi aku sudah padamkan lesap dalam diriku kerana sayangku terhadap ibuku, mungkin ada peluang tapi bukan sekarang. Maka, belajarlah sesuatu dengan Mesir. Mesir satu negeri yang sangat unik yang aku kagumi sebelum aku kagum dengan Desa Maninjau, Indonesia. 

Ini baru permulaanmu di sana. Maka, seribu satu cabaran yang mendatang. Akan ku selalu iringkan doa untuk keselamatanmu dan kejayaanmu. Belajarlah bersungguh, carilah support system yang baik di sana, jangan tenggelam dengan kata manis lelaki(terlampau penting dan ingatan untuk diri ini jua). Jelajahlah segenap inci bumi anbiya' itu.

Masa berubah dan juga pesanku juga akan berubah dan bertambah. Dalam pesanku sebenarnya aku menagih pesanmu jua. Besar harapanku permergianku menjadikan kita berdua lebih kuat dan semangat.

Walau sebesar mana pun ranjau yang kau hadapi, aku selalu ada untuk mendengar, aku selalu ada untuk menjadi sandaran mayamu. Janjimu akanku pegang yang kau akan belajar bersungguh-sungguh membawa semangatku bersama. 

Wallahi, aku cinta dan sayang kamu selamanya. Tiada rindu yang lebih berat yang aku tanggung kecuali rindu kali ini. Sudah terlampau banyak perkara kita kongsikan dan untuk berjauhan sejauh ini dan selama yang lama sungguh ia sesatu yang berat.

Sungguh, kau telah mencuri impianku dan aku sukakanya kerana kamu yang mencurinya. Dan, sungguh akan aku jejak kakiku di sana suatu hari nanti dan saat itu kau yang akan menyambutku.



--------------------------------------------------------



Nota kaki entri;


- Niat asalku adalah mahu aku postkan ini saat keberangkatanmu supaya dalam penerbanganmu dapat dihiburkan dengan entri lemau penuh semangat aku, tapi kengkangan masa menghalang aku.

Hari keberkatan kamu, Allah takdirkan aku keluar, kalau aku berkelana dalam bilik mungkin boleh banjir bilik mungkin. Dan, hari tersebut kita memakai baju sama tapi tujuan dan waktu yang berlainan.





***************************************************





Nota maaf dari hati;

-Maaf jika ada fakta yang diubah

-Maaf jika entri ini masih tak boleh buat kau menangis. Itu niat sebenarku, walau air mataku gugur bersama tanganku menari di keyboard

-Maaf saat terakhir kita berjumpa, aku tak menunjukkan bertapa sedinya aku perpisahan ini, sebab kita tak pernah berpisah hanya berjauhkan, kan?





---------------------------------------------------------------





Nota pencerahan;

Dia tidak mencuri impianku, tapi dia terus mengejar impiannya yang lama dia usahakan. Doakan dia berjaya dunia dan akhirat. 

Monday 10 April 2017

Deskmate



Jasa baik acik Google



Alyaa menarik nafasnya dalam-dalam sehingga penuh dadanya kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Haaah!! Nyaman sungguh. Tidak sedikit pun menipu. Matanya dibentangkan seluas cakerawala Bukit Broga ini. Cantik.


Tak semena-menanya Izzah datang melabuhkan punggungnya di atas batu besar bersebelahan dengan Alyaa. Penumpuan Alyaa tidak diganggu sedikit pun sehinggalah Alyaa meyedari kehadiran Izzah di sisinya disebabkan haba dari badan Izzah. Makin kuat terasa haba selepas penat mendaki bukit ini.


Alyaa memandang lama ke arah Izzah. Sangat lama seperti seorang nujum menilik nasib. "Kau ada masalah ek?" Tebak Alyaa terus mengena. Air muka Izzah sedikit berubah.


"Macam mana kau tahu?" Tanyanya sambil melemparkan pandangan jauh ke pelusuk alam. Acah-acah malu biawak. 


"Aku dapat rasa gelombang permasalahan daripada kau." Jawab Alyaa berseloroh. Kini Alyaa mengalih kedudukannya memandang Izzah supaya dia boleh mengagak permasalahan yang dihadapi sahabatnya.


"Kau gaduh dengan Nad eh?" Tebak Alyaa lagi. Kali ini, laju Izzah memandang Alyaa seoalah-olah bertanya, sejak bila kau jadi nujum ni?


"Kau takyah buat muka pelik cenggitulah. Aku ada ternampak korang bertekak minggu lepas dekat taman. Apa masalahnya ni?" Alyaa menjelaskan keadaan sebenar.


Izzah mengeluh berat. "Entahlah, Yaa. Aku pun tak tahu macam mana nak cerita. Tak tahulah sama ada dia tak faham aku atau aku tak faham dia." Luah Izzah keberatan. 


"Biasalah tu dalam kita berkawan ni mesti ada gaduh sikit-sikit. Tu baru dikatakan asam garam berkawan, Zah." Ayat cliche sahaja yang mampu diberikan Alyaa setelah melihat sahabatnya berduka. Haaa


"Banyaklah kau. Kalau gaduh siki-sikit takpalah jugak. Ni kalau tiap-tiap masa, aku tak rasa ini hal yang normal weh." Izzah seperti bangkit mempertahankan situasinya sungguh berlainan sehingga tiada jalan penyelesaiannya yang mampu untuk dicari gali lagi. Gaya futur terselah diraut wajahnya.


"Aku rasa aku kena stop kawan dengan dia supaya aku takyah pening-pening pikir pasal dia." Sambung Izzah lagi. Ini dah kes parah nampaknya.


"Huish, takkan sampai macam tu sekali. Jangan kita putuskan tali ukhuwah kita, Zah. Lidah pun lagi tergigit, inikan pula persahabatan." Alyaa menepuk-nepuk belakang Izzah dengan harapan kerasionalnya kembali normal. "Kau nak dengar cerita aku tak?" Keningnya diangkat dua kali gaya macam gempak sangat.


"Cerita apa? Kalau setakat cerita novel aku tak hadap." Izzah buat muka. 


"Yang ni tak. Ni kisah real punya. Aku janji." Alyaa meletakkan duduknya supaya lebih selesa sebelum mengambil roh penglipur laranya.


"Camni, Zah. Masa aku zaman sekolah dulu, sepanjang aku digelar budak sekolah menengah, aku memang ditakdirkan sedeskmate dengan orang-orang yang kuat sangat merajuk. Rajuknya masyaAllah sungguh menyakitkan jiwa mak oii. Sampai satu tahap meleleh jugak sebab dia taknak bercakap dengan aku. Dahlah lama sangat dia merajuk." Mulut Izzah semakin membesar tapi dibiarkan tidak ditegur oleh Alyaa.


"Dan yang paling teruk ialah time aku form five. Bapak eh punya manusia. Seorang suka merajuk walha perkara yang remeh dan temeh. Seoarang lagi tak boleh orang lebih pada dia. Boleh murung aku dibuatnya."


"Takkanlah teruk sampai macam tu sekali, tekanannya." Sampuk Izzah dicelah-celah lara ditambah lagi dia ketawa. Bersabo ajo


"Sunnguhlah aku cerita ni. Tapi, apa yang aku buat ialah setiap kali sahabat aku ni merajuk aku lebih suka untuk berdiam diri. Tak akan aku bertanyakan kenapa dan mengapa. Aku lebih suka menyalahkan diri aku sendiri tu pasal boleh nangis aku sorang-sorang. Lagi-lagi aku tak reti bab pujuk memujuk ni. Lama-lama dia akan tegur dan masa tu jangan pernah tanya kenapa dia merajuk. Biarkan ia berlalu seperti debu di tasik madu."


"Berhati tisu jugak kau ya." Sesuka hati membuat pemongtongan tidak berhemah di tengah-tengah cerita si budak Izzah ni.


"Kau ni kan." Alyaa memberi amaran sambil mata ke atas.


Sambung penglipur lara lagi. "Sebab dalam persahabatan ni satu hal yang kita harus belajar iaitu memaafkan dan melupakan. Mungkin ramai yang boleh memaafkan tapi tak ramai yang boleh melupakan. Sakit tu memang sakit. Siapa yang tak sakit makan hati berulamkan jantung. Peritnya sukar untuk dilupakan." Alyaa manarik nafas sebelum meneruskan kerjayanya.


"Tapi, kita kena ingat, kita tak boleh ubah manusia tapi manusia boleh berubah dengan berubahnya kita. Belajar merendahkan diri bukan menyatakan kita ini lemah dan senang ditindas lagi-lagi dengan sahabat. Tapi, merendahkan diri tandanya kita kuat untuk memaafkan dan melupakan sekaligus kita keluar dari kepengecutan berada di atas." 


Alyaa kembali diam. Izzah di hadapannya ditenung kembali. "Kau paham tak aku cakap ni? Macam cakap sorang-sorang pun ada aku ni."


Izzah mengangguk laju. "Kiranya, kau nak kata bahawa dalam persahabatan ini perlu ada tolak ansur. Kalau sahabat kita dah keras, kita kena jadi lembut, kan?" 


"Yup, betul tu. Kita tak bolehlah nak tungggu orang lain untuk bertolak ansur kalau kita sendiri tak memulakan. Cuma kena ingat satu hal sahaja, kita dengan sahabat perlu ada perbezaan, carilah perbezaan." Alyaa berhenti buat suspen.


Izzah dah muka cam tak paham sepatah haram pun. "Apahal pelik sangat formula kau ni? Selalunya orang suruh cari titik persamaan, kau apahal suggest perbezaan pulak dah ni?" Izzah sudah menggaru kepalanya yang tidak ada kutu walau seekor itu.


"Nah ini point pentingnya. Perbezaan, kau akan berusaha untuk melengkapi antara satu sama lain. Manakalah persaaman akan membawa kepada kebosanan dalam kehidupan. Tapi, harus diingat perbezaan ini perlu dipandang dari sisi yang positif bertitik tolak dari itu kau akan dapati persahabatan yang sangat bermakna. Ada paham?" Alyaa menerangkan dengan penuh kesungguhan di samping penerangan yang sangat panjang.


"Cenggitu rupanya." Izzah mengangguk-angguk bak burung belatuk. Tapi, burung belatuk pun kalah dengan gayannya. "Kalau boleh aku tahu apa yang terjadi kepada dua orang deskmate kau tuh?"


"Alhamdulillah, Fatin dah berjaya membanggakan mak ayah dia dengan result gempak dia dan Izzul seperti biasa dia kena lebih pada orang, jadinya result pun lebih selalu dari orang lain. Walaupun, result aku taklah dapat membanggakan mana-mana pihak.


Tapi, aku orang yang paling bahagia dan bangga tengok result diorang sebab tak sia-sia perit aku duk melayan kerenah mereka." Alyaa gelak sendiri sebelum menyambung kembali. "Sebab dalam diri mereka ada hal yang aku dapat belajar dan jadi teladan bagi aku. Kami berbeza tapi perbezaan kami adalah melengkapi bukan berkelahi."


"Wow! Dahsyat sangat cerita kau, Zah. Kau berpegang pada janji. Kau tak tipu." Izzah gelak. Muncul sinar kebahagian ala-ala Cinderella dapat pergi majlis tari menari aje gayanya.


"Alyaa!" Ada suara yang memanggil. Kedua-dua gadis di atas batu berpaling. "Mak telefon!" Jerit Safwan, ketua rombongan Cikkiah daki bukit kali ini. 


Alyaa pantas turun untuk terus mendapatkan telefon itu. Izzah sudah termangau dengan situasi yang terjadi. Sejak bila Alyaa dan Safwan jadi adik beradik pulak ni? Otaknya cuba mencari hipotesis yang sesuai dan lojik dengan keadaan sekarang.


Tak sampai lima minit, Alyaa kembali ke tempat Izzah. Tak sempat punggungnya menjejak batu soalan cepu cemas sudah mendarat ke telinganya. "Apa hal dengan mak Safwan pulak?"


Kini, giliran Alyaa menggaru kepalanya yang bersih daripada kotoran kutu. "Kau ingat tak yang aku ambil cuti bulan depan?" 


"Ya. Jadi, apa kaitannya cuti kau dengan mak Si Safwannya?" Makin pelik Izzah dibuatnya.


"Aku cuti sebab aku nak kahwin bulan depan dan mak Safwan tu bakal mak mertua aku." Senafas Alyaa menerangkan. 


Melopong lima saat Izzah. "Kau ulang lagi sekali!"


"Aku tak rasa yang kau pekak, Zah." Jawab Alyaa selamba sambil beredar ke arah tunangnya untuk diminta makanan kerana dia lapar disebabkan terkerja overtime hari ini. Haaaaaa.


Dan Izzah masih tak boleh terima bahawa hipotesisnya tiada yang betul. Haaaaaa.







-TAMAT SUDAH-






-----------------------





nota dari tangan - bukit broga adalah antara virus yang melekat tak sembuh-sembuh setelah tengok orang duk daki walaupun jasad ini belum pernah menjejak. Kira cunlah aku ada impian yang murni. Tapi, siapa yang mahu kisah(?)


nota dari hati - cerita kali ini lebih kepada penghargaan buat yang teristimewa. Dan sangat mustahil untuk aku garapkan kesemua yang tersayang kedalam satu cerita. Mungkin di kisah dan cerita yang lain. InsyaAllah. Doakan kesempatan supaya dicari. Heeee





---------------------






Mereka-mereka yang teristimewa ..






- Fatin dan Izzul  -  Deskmate form five yang sangat bertabah aku melayan. Tahniah dan syabas. [Bangga ahh weh aku rakamkan cerita kita dalam ni.]






- Alyaa  -  Atau nama sebenar Dina Alyaa. Idola sepanjang masa. Lembut dia mak aih, mahu luruh hati aku. Elok-elok belajar. Nanti boleh rawat saya *wink*






- Izzah  -  Manusia yang amat aku bersyukur Tuhan ketemukan aku dengan dia. Antara sebab aku yakin untuk menulis adalah disebabkan support oleh beliau. Alfu mabrouk sahabat. Biar kita berpisah jasad, jangan berpisah kenangan indah. 






- Nad  -  Budak femes yang panas sangat. Tulisan dia hebat-hebat boh! Boleh usha-usha, kalau nak buat bini kena jumpa mak dia. Hahaha.. [nxdratun] 






- Safwan  -  Kawan SKD(1) dulu. Muka cam kebapaan gitu [berminat, pm tepi]. Sebab aku yakin bahawa beliau tidak akan baca maka aku sesuka-suki bubuh nama dia. Haaaaa. ==' emoji yang selalu beliau buat. Ini kut istimewanya beliau. Haaaaaa
[tetiba berdebar pulak nak describe beliau ini, haihhh]








---------------------








"Satu-satunya jalan untuk mempunyai sahabat adalah menjadi seorang sahabat" - Ralph Waldo Emerson -




Monday 30 January 2017

335/366 Hari


sabrina_mnordin


Dari Januari hingga November. Dari strangers hingga jadi family. Dari senyap hingga meriah. Dari malu-malu hingga tak tahu malu. 




Semua itu kenangan. Segalanya terlakar sebagai memori. 





So, here we go. 







syahnani
                                      



maryam
                                    


najwa



asma'
                           


sher



maiy
                                  


syathirah



alya



ida



piqah



liza dan aina






izzul




dijah dan ateng



hasya



zati



iffah



jiaa



jibs dan wa tehah



syifa'



hanis amani



ima dan mani



tisam



farisha dan izzah



syahira


yda(wahida)



aufa



lisya



hanan



dina



fatin athirah



fatin arisha dan hannani



shahida





**********



Waktu itu, 



"I look around me and see a sweet life."





Saturday 28 January 2017

Antara Dua Benua


fairuzhasnan



Biskut keju dipatah-patahkan kecil lantas dimasukkan ke dalam blender. Susu sejat dituang perlahan. Tangan mencapai penutup blender. Switch on. Pisau tajam menghancurkan biskut, lumat bercampur susu.


“Aleen!!!” Hanan entah dari mana-mana datang mendekati secara mengejut.


Aleen berpaling. “Kau ingat aku terkejut kau buat macam tu? Aku dah lali lah, Han.” Dia ketawa lepas. Tiap-tiap hari Hanan buat macam tu, mana tak biasa?


Hanan turut ketawa.


“Tu, tolong tengok agar-agar dalam periuk tu, hancur tak lagi.”


Hanan melihat isi periuk. “Dah okey dah ni, Aleen. Kau nak buat apa kali ni?”


Isi blender dituang ke dalam periuk. Tangan mencapai senduk dan mengacau adunan supaya sebati.


“Puding keju. Teringin sangat nak makan. Last buat masa SPM. Dalam empat tahun lepas.”


“Tak sabar aku nak rasa.” Mata Hanan bercahaya. Dia memang juara makan. Tapi badan maintain slim. Untunglah…


“Eh, aku buat bukan untuk kau. Aku buat untuk aku. Siapa entah nak bagi dia makan.”


“Alaaa… Nak rasa jugak. Kau ni, masak apa pun sedap. Kau belajar mana masak sedap-sedap ni? Untunglah siapa dapat kau.” Hanan senyum mengusik.


Aleen gelak. “Tak payah merepeklah, Han. Datang sini jauh-jauh nak belajar, bukan nak cari jodoh. Tolong ambil Tupperware biru tu, Han. Dah siap ni.” Api dapur ditutup.


Tupperware biru diletakkan atas meja. Aleen menuang adunan puding ke dalamnya. Kismis dalam bekas kaca dicapai untuk menghias puding agar lebih menarik.


“Alah kau ni, sambil menyelam minum air lah. Nanti dah grad, sibuk kerja pulak. Tak tercarilah kau.” Hanan membebel. Bar chair ditarik lantas diduduk.


Aleen juga turut duduk. “Hoip, hoip. Bersyarah pasal jodoh pulak dia.”


Hoip lah sangat. Tu kat jari tu apa? Bila tunang? Balik Malaysia baru ni eh? Dahlah balik sekali dengan Fakhrul dan Faiz.” Hanan senyum menyenget, mengusik.


“Haha. Dah lah, Han. Cakap dengan kau tak pernah habis.” Soalan menjerat Hanan ditepis bijak. Biar kawannya itu tertanya-tanya.


Helleh, malu lah tu.” Bahu Aleen dicuitnya perlahan.


Aleen buat tak layan.


“Eh, kau nak pergi Utah and Arizona minggu ni kan?” Hanan meminta kepastian. Tak salah dia, batch diorang kali ni nak pergi Grand Canyon. Hanya dia tak pergi sebab kena balik Malaysia, kakaknya kahwin.


Aleen angguk. “Yep, insya-Allah minggu ni. Kitorang cadang nak ke Grand Canyon, Antelope Canyon, Horseshoe Bend, Arches National Park, Monument Valley em…” Aleen berfikir sejenak. Banyak sangat tempat nak jejak, sampai tak ingat nama. “Oh ya, Bryce Canyon National Park and The Wave. Kalau sempat nak jejak Saguaro National Park sama. Lagipun, Faiz dah booked flight ticket siap.”


“Woah, bestnya pergi banyak tempat. Oh, naik flight kali ni? Kenapa tak drive?”


“Gila kau? Jauh la Washington ke Arizona-Utah. Mahu sakit belakang drive ke sana. Setakat nak ke California and Nevada macam tahun lepas boleh la, tak jauh sangat. Lagipun, harga tiket agak murah. Kau kenal kan Faiz tu, pakar mencari flight ticket murah-murah. Faiz kata, nak gerak, sewa kereta dari sana.”


“Ye tak ye jugak kan? Oh ya, Ida cakap kawan kau yang dari UK nak ikut sekali. Siapa nama dia? Shira? Syura?”


“Sara lah. Haah, memang dia nak ikut sekali. Esok dia sampai sini.” Aleen bangun mengambil gelas. Air masak dituang. Dahaga la pulak. “Yang kau tu, kenapa tak ikut kitorang? Rugi la weh. Bila lagi nak sampai Grand Canyon tu kalau bukan cuti macam ni.” Aleen duduk sebelum minum.


“Nak buat macam mana, aku kena balik lah. Kakak aku kahwin.” Sedih juga tak dapat ikut ke Grand Canyon. Tempat lawa tu. Siapa je yang tak kenal?


“Tak apalah, nak buat macam mana. Lagipun, kau kan dah pernah ikut trip ke Cali dan Nevada last year. Kira okeylah tu.” Aleen cuba memujuk.


Hanan mengangguk. “Hmm, tulah. So, tahun ni pun sama macam last year lah?


“Yep. Fakhrul ketua trip and imam. Faiz photographer, videographer, drone-grapher, editor etc. Aku, Ida dan Sara bahagian makanan. Insya-Allah lusa kitorang ke Walmart cari barang. Taqim, Adi dan Lia bahagian survey tempat dan beli tiket. Yang lain kerjanya mengikut dan menurut dengan taat.”


Sejak sampai Seattle, Washington tahun pertama lagi, memang dah tubuhkan organisasi untuk trip. Senang nak uruskan trip. Mula-mula masuk University of Washington semua duk malu-malu, lama-lama rapat macam family.


“Dija, Jiaa, Ishak and Faris dari Auburn pun ikut sekali.” Aleen menambah lagi. Empat orang tu kawan Fakhrul. Students dari Green River College. Fakhrul tu memang jenis peramah. Kebanyakan Malaysian kat Washington kenal dia.


I see…” Hanan mengangguk-angguk. “ Aleen, dah lama aku nak tanya. Apa rahsia friendship kau dengan Sara? Dahlah dia tu kawan kau sejak sekolah rendah. Biasanya memang ramai orang yang lost contact dengan kawan sekolah rendah. Macam aku.”


Senyum tersungging manis di bibir Aleen.


“Kau nak tahu satu benda tak? Sebenarnya Faiz tu pun kawan sekolah rendah aku.”


Hanan melopong. “Seriously?! Kau tak pernah cakap pun. Patutlah kamceng semacam je kau dengan dia. Ingatkan ada apa-apa. Boleh pulak jumpa sekali kat US balik.” Dia tak pernah tahu pun perkara ini. Aleen tak pernah buka cerita.


“Haha. Mengarut aje kau ni. Aku dengan dia kawan jelah. He was friend-zoned by me for eleven years. Sebab boleh jumpa tu, aku lah yang suruh dia isi borang ke sini sekali. Tak sangkalah pula Faiz tu ikut cadangan aku. Sara pun sama, aku pun suggest jugak kat dia minta Washington. Tapi dia dari dulu lagi nak ke UK.”


Hanan tumbuk bahu Aleen perlahan. “Oh, pandai simpan rahsia ye? Okey, sambung cerita kau pasal Sara. Aku nak dengar.”


“Eh kejap. Mana yang lain?” Kepala Aleen terjenguk ke ruang tamu.


“Asma’ tengah packing. Syahnani dengan Maryam layan Kuch Kuch Hotai. Rindu katanya. Ida tengah skype dengan family dia masa aku lalu bilik tadi. Lia tengah kuak lentang. Dah, dah. Sambung la cepat.” Hanan menggesa Aleen. Lambat betul nak cerita!


Aleen periksa tekstur puding. Dah sejuk. Lantas Tupperware ditutup dan dimasukkan ke dalam peti. “Lia tu selalu je tidur. Tapi result exam selalu gempak. Tak faham aku.”


 “Aleen…! Cepatlah cerita…!” Hanan naik geram.


“Woi relax, Han. Hmm nak start dari mana ye? Aku cerita tentang apa yang kitorang buat untuk kekalkan friendship lah. Boleh?” Aleen masih tarik tali. Suka tengok Hanan naik angin.


“Iye iye. Cepatlah.”


Aleen kembali duduk di bar chair. “Sara, sahabat yang baik. Selalu dahulukan aku daripada diri dia sendiri. Tak pernah ada orang buat macam tu selain family aku kecuali dia. Pernah sekali tu, dia beli buku. Dia suruh aku balut dan baca dulu, lepas tu baru dia baca. Then dia suruh aku simpan buku tu, untuk aku katanya.” Kenangan lama cuba diimbas kembali ke dalam kotak memori. Aleen tersenyum sendiri.


“Dia juga selalu ingat dekat aku. Kalau dia nak pergi mana-mana, mesti ajak aku. Walaupun kemungkinan besar aku tolak invitation dia. Tapi dia tak pernah kisah, asalkan dia nak aku tahu yang dia takkan lupakan aku. Kau tahu, every year dia ajak aku beraya rumah dia masa hari raya kedua walaupun dia tahu aku takkan pergi, sebab balik kampung. Tapi dia still ajak, dengan harapan aku dapat datang. Mana lagi aku nak cari orang macam tu?” Aleen menongkat dagu. Cuba mengupas memori lama yang tak pernah padam.


Hanan diam. Selesa mendengar tanpa mahu mencelah.


“Hmm… Lepas tu, dia ni tak pernah berkira dengan aku. Dulu, selalu je kitorang on-the-phone dekat sejam. Dia pula tu yang call. Sebab kalau aku call, dia payah nak angkat, aku tak tahu dia free masa bila. Ye lah, dia kan boarding school, aku pula duduk rumah.”


“Habis, duit kredit phone dia cair macam tu jelah?” Hanan mula bertanya.


Aleen angguk. “Yes. Aku pernah tanya dia, tak apa ke cakap lama-lama macam ni? Habis lah kredit dia. Nak call family lagi. Kau tahu dia jawab apa?”


Hanan angguk tanpa berkelip. Khusyuk benar.


Tiba-tiba Aleen tergelak. “Woitt kau ni! Khusyuk betul dengar cerita ye?”


Pap! Bahu Aleen dipukul perlahan. “Cepatlah!”


“Hish, tak sabar langsung. Lepas tu, Sara jawab, untuk kau, aku tak pernah kisah pun, Ama.”


“Eh, Ama? Oh, dia panggil kau Ama eh? Macam Faiz panggil kau.” Hanan musykil lagi. Memang patut pun dia ingat Faiz dengan Aleen ada apa-apa. Panggilan pun berbeza.


“Kawan-kawan sekolah rendah semua panggil aku Ama. Nama aku kan Amalina. Naik sekolah menengah dah jadi Aleen.” Aleen tekun menerangkan kisah sebenar. Cuma seorang makhluk je panggil dia In, iaitu Atikah. Sekarang tengah study kat UIA, jurusan undang-undang.


“Okey, lagi lagi?”


“Lagi… Sara ni jenis yang menghargai apa je yang aku buat. Contohnya bab makan. Aku kan suka masak. Masa result SMU keluar, aku buat agar-agar untuk dia, sebab sudi teman aku ambil result. Dia punya melantak tak ingat dunia. Sampai terpejam mata makan agar-agar tu. Padahal bukan menjadi sangat pun aku buat hari tu. Sampai dia suruh aku buat lagi. Senyum je aku tengok dia makan. Sebab dulu, ramai je tak berminat aku punya masakan. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata tak sedap, boleh tahan sedap jugak rasa dia.”


“Tapi kitorang suka sangat kau punya masakan. Kau goreng keropok pun sedap. Eh, salad buah hari tu kau buat macam mana eh? Rasa sedap dia lain lah.” Teringat minggu lepas masa Aleen buat salad buah. Rasa dia unik semacam.


“Aku campak-campak je lah. Haha bukannya susah pun. Alah, Ida pun pandai masak apa.”


Hanan mencebik. “Campak-campak pun sedap. Haish, tak faham aku korang ni.” Semua benda Aleen cakap dia main campak je dalam masakan dia. Tapi sedap dia tu kemain terangkat. Ida pun sama. Kalau dia buat kek, memang tak boleh nak kata apa. Sedap gila. “Okey, sila sambung Cik Amalina.”


“Tak percaya sudah. Janji makan apa yang aku masak. Hmm, Sara ni juga tak pernah nak menangkan ego dia bila dengan aku. Kalau dia ada buat salah, terus je minta maaf dengan aku. Kalau dia tak perasan dia salah, aku cakap dengan dia yang aku terasa hati dengan dia. Then, terus dia mintak maaf. Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan dia. Ye lah, aku ni jenis agak tinggi egonya, selalu je nak menang. Tapi dia mudah je rendahkan ego bila dengan aku.”


“Ego ye? Hmm, benda yang boleh rosakkan sesuatu hubungan sebenarnya.” Hanan menambah.


Aleen angguk setuju. “Yep, sebab tu, cubalah rendahkan ego so that tak berlaku keretakan dalam mana-mana hubungan. Lepas pada tu, aku pun cuba rendahkan ego aku bila dengan dia. Takkan dia je yang selalu kena mengalah bila dengan aku, kan?”


“Betul jugak. Lagi, apa yang korang buat?”


Aleen membetulkan duduk di atas bar chair. Lenguh. “Sara selalu ada dengan aku masa aku susah. Aku pun sama, selalu ada untuk dia waktu dia susah. Kira macam orang first yang tahu lah. Dan memang kitorang share problem sama-sama. Kalau tak share pun, always there beside her. She might not show how weak she is but I know deep inside, she needs someone to always be by her side. Itu pun dah cukup menguatkan sebenarnya. Kalau aku down, and aku minta nasihat dari dia, terus dia bagi. Takdelah dia tolak lepas tu kata, dia budak biasa tak cukup ilmu agama untuk nasihatkan aku. Kadang-kadang, nasihat dia lagi baik daripada nasihat aku yang graduate dari sekolah agama ni. Kesimpulannya, kalau ada yang minta nasihat dari kita, kita bagi je. Sebab hati dia tengah dahaga dengan kata-kata tarbiah.”


“Apa lagi eh yang kitorang buat?” Aleen berfikir sejenak. Jari-jemari mula menggendang meja.


Aleen tepuk meja, perlahan. “Oh ya! Paling penting, hormat privasi dia. Even nak pinjam barang dia pun, minta izin dari dia. Contoh nak pinjam phone or laptop dia, sebab benda tu semua privasi. Lainlah kalau kau setakat nak pinjam alat tulis dia. Yang tu, aku pun main ambik je. Asalkan hantar balik.”


Hanan terangguk-angguk faham. “Ohh… Family kau macam mana? Dia kenal tak?”


“Eh lupa. Nasib baik kau tanya. Family aku dah macam family dia, dan aku pun sama. Rasa macam parents dia macam mak bapak aku sendiri dah. Asal pandai jaga batas. Sebab penting tau kenal background sahabat kita ni. Kalau boleh, kawan-kawan dia yang lain pun kita kena kenal sikit sebanyak.” Panjang ulasan Aleen.


“Dan, paling utama tau, kena selalu doakan dia. Minta Allah jaga dia untuk kita. Minta Allah kekalkan hubungan kita sampai Syurga. Sebab dia anugerah Allah untuk kita, so kita kena jaga dia baik-baik. Protect dia betul-betul walaupun benda tu boleh korbankan nyawa sendiri. Seriously, kalau kau try buat apa yang aku dengan Sara buat selama 11 tahun ni, kau rasa bahagia sangat. Sebab kau kawan dengan dia 100 peratus ikhlas kerana Allah. And kau takkan ada rasa dengki pun dengan dia.”


Tanpa sedar Hanan senyum nipis. “Rasa terharu lah pulak dengar cerita korang. Haha…”


Bibir Aleen mengupas senyuman.


“Bolehlah kau praktikkan nanti. Okey, sekian sahaja cerita pada hari ini. Dahlah, aku nak ke depan tengok Syahnani dengan Maryam. Rasa nak layan Hindustan jugaklah.” Aleen bangun dari duduk. Bar chair ditolak bawah meja.


Hanan turut bangun. Tiba-tiba, smartphone Aleen di atas meja berbunyi. Hanan mengintai sang pemanggil.


‘Fakhrul?’ Hati Hanan tertanya-tanya. Fakhrul jarang call kalau nak berurusan dengan perempuan. Selalunya hantar mesej melalui WhatsApp je.


Aleen menjawab panggilan Fakhrul. Hampir dua minit.


“Kenapa Fakhrul call kau? Dia tu kan jenis warak sikit. Payah nak call perempuan. Selalunya WhatsApp je.” Hanan cuba cungkil rahsia.


Aleen pandang Hanan. Dah masanya Aleen. Dia berfikir sendiri.


“Tanya tentang trip. Hal penting. Lagipun, em sebenarnya…dialah yang hantar cincin ni, Han.” Aleen tunjuk cincin di jari manisnya.


What?! Come again, Aleen…” Sah-sah Hanan terkejut.


Aleen gelak. “You heard me.”





TAMAT





nota tangan: washington dan washington dc ialah dua tempat yang berbeza. boleh tengok di map. dan jangan lupa google tempat-tempat menarik (atau lebih tepat ialah national park) yang aku senaraikan tu. 



nota kaki: semua nama watak tu wujud, dan mereka dekat di hati aku. tapi tak semua yang dekat di hati aku dapat coretkan dalam cerpen ni. insya-Allah mungkin di lain waktu(?)




*****




- aleen; study di us. instagram user yang perangainya gila-gila. instastory dia yang paling best adalah tentang parodi yusuf iskandar menangis sebab kena marah dengan hairul. klik sini kalau hang nak tengok.


- fakhrul; student us yang pertama followback aku. bermula dari dia and izzul fiqhri lah aku kenal habis student us yang lain. 


- hanan; orang pertama yang tegur tentang karya aku dalam majalah annur edisi 46. yang paling best sebab dia kawan baru aku (kami tak kenal lagi masa tu).


- ida; classmate of 5k2. lawa, baik, tak hipokrit, boleh masuk dengan semua orang, kelakar.


- dija, asma' dan jiaa; classmates of 5k2. manusia-manusia yang selalu buat aku terhibur.


-syahnani dan maryam; raidah dan naibah of 5k2. aku letak nama mereka sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka menjaga bayi-bayi of 5k2 (termasuk aku)


- sara; sahabat aku yang nama sebenarnya ialah sahira


- atikah; kawan masa sekolah rendah jugak. manusia yang sangatlah kelakar. tambah pulak kalau noob-nya datang. 


- faiz; kawan yang banyak tolong aku


taqim, adi, ishak dan faris; classmates of 6B when we were in primary school


- lia; classmate masa sekolah rendah. manusia yang pemalu. gelak je kerja dia. jarang menyampuk masa orang tengah bercakap. malu nak berinteraksi dengan lelaki. 




*****




“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: PertamaPemimpin yang adil. KeduaPemuda yang menyibukkan dirinya dengan beribadah kepada Rabbnya. KetigaLelaki yang hatinya terpaut dengan masjid. KeempatDua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. KelimaLelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang kaya dan cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’. KeenamOrang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya. KetujuhOrang yang berdzikir kepada Allah di kala sendiri hingga kedua matanya basah kerana menangis.” 

(HR. Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)