Pages

Thursday, 2 May 2013

Sahabat, kau tabah...


Syafiq senang bermain dengan adik-adiknya. Keluarganya datang melawatnya di asrama. Syafiq kadang-kadang tergelak melihat telatah adik-adiknya. Ibunya setia melayan kerenah Syafiq dan adik-adik. Syafiq perasan yang ayah dan ibunya seperti ada masalah. Ayahnya kurang berbicara, cuma tersenyum dan menjawab apabila perlu. Hati Syafiq rasa ada sesuatu dengan ayah dan ibunya, mahu ditanya, tapi tidak berani.

Hari sudah semakin senja, keluarga Syafiq mula beransur pulang. Ayahnya ada cicipkan wang lebih dari kebiasaan kerana tiga minggu Syafiq tidak pulang kerana sibuk untuk membuat persedian untuk peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Jauh termenung." Satu suara menggetarkan gegendang telinga Syafiq. Syafiq menoleh kebelakang, kemudiannya tersenyum. Irfan, sahabat baiknya di sini. Irfan baru lepas mandi. Jelas kelihatan ramabutnya basah. Baru dia perasan yang sudah sepuluh minit dia merenung ke luar tingkap. Entah apa yang difikirkan.

"Jauh tak lah jauh mana. Takat asrama puteri itu saja." Sempat Syafiq berseloreh sambil memuncung ke arah luar tingkap.

"Sudah terpikat dekat mana-mana mawar berduri di sebalik pagar dawai besi ke? Alamatnya kena gagal dululah." Irfan hanya mengikut rentak sahabatnya berseloreh. Pelajar perempuan sekolah mereka memang rapi terjaga oleh pihak sekolah. Jarak antara asrama mereka bagaikan langit dan bumi. Kelas mereka memang telah terasing. Masa rehat juga tidak serentak. Pelajar lelaki akan diberi laluan dahulu. Perjumpan pelajar lelaki dan perempuan akan bertemu cuma pada waktu perhimpunan - itupun dipisahkan dengan tirai - , mesyuarat MPP dan jika ada sebarang majlis atau program.

"Mana ada. Hati belum terbuka untuk mana mawar. Hati ini tetap terkunci dengan cinta yang agung sahaja." Syafiq memutuskan untuk berhenti berseloreh.

"Afiq, cepat pergi mandi. Sebelum solat Maghrib, kita jumpa Ustaz Muhammad untuk tasmi' al-Quran. Nanti lambat tak sempat pula. Rugi." Irfan menyarung baju melayu dan kain pelekat.

"Baiklah, encik Irfan Farhan." Syafiq tersengih sambil mengambil tuala yang tersangkut di kepala katil.

******

Fikiran Syafiq blank, terkejut mendengar berita daripada ayahnya ketika menelefon ayahnya tadi. Syafiq menyadar di kepala katil. Memikirkan masalah yang sungguh berat dirasanya. Selaku anak sulung, dia risau memikirkan keadan adik-adiknya.

"Syafiq, apa yang difikirkan itu. Pelik saja abang tengokkan." Seniornya, Abang Idham menggoncangkan kakinya. Syafiq hampir melatah tapi ditukarkan kepada istighfar sambil melerut lembut dadanya.

"Tak ada apa-apa lah, abang Idham." Syafiq cuba menyembunyikan perkara sebenar. Mukanya dicover sebaik mungkin supaya abang Idham tidak mensyakki apa-apa. Tapi usahanya sia-sia. Abang Idham tetap boleh menghidu permasalahan yang dihadapi oleh Syafiq. Masakan tidak abang Idham ini naqibnya dalam usrah, lagipun abang Idham ini agak rapat dengannya.

"Ya ke? Abang tengok dari mata Syafiq ini macam ada masalah sebesar bangunan ini sahaja." Abang Idham memang terkenal dengan menceriakan suasana dengan pelbagai lawak dan tersohor dengan kepakaran menambat hati orang.

"Kalau saya ceritakan pun, abang Idham tak boleh bantu." Syafiq tetap tidak mahu bercerita.

"Kalau Syafiq tak cerita mana Syafiq tahu yang abang nak bantu." Abanag Idham terus memujuk.

Syafiq terdiam seketika, kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. "Ayah dan ibu saya bercerai. Saya risaukan keadaan adik-adik saya." Ujar Syafiq terselit sebak.

Abang Idham tekedu sebentar. Memerah otak untuk berbicara sesuatu. "Syafiq, kamu tahu kisah sahabat baikmu, Irfan?" Tenang abang Idham menutur kata.

"Kisah? Kisah apa abang?" Hairan.

"Kamu tahu Irfan punya ayah tiri?"

"Ya, saya tahu."

"Kamu tahu ayah tirinya bagaimana?" Syafiq cuma menggeleng. Setiap kali dia mahu mengetahui cerita tentang keluarga Irfan, pasti Irfan mengubah topik lain. Jadi, Syafiq memutuskan tidak bertanya lagi kerana takut menyinggung perasaan sahabat baiknya.

"Ayah tirinya sangat zalim, panas baran dan tidak mempunyai hati perut. Ayah tirinya sentiasa mendera ibunya sehingga menjadikan ibunya sebagai seorang orang gaji. Setiap hari tidak sah kalau badan dua beranak itu tidak dipukulnya. Setiap kali ayah tirinya mendengar nama ayah kandung Irfan pasti disepak terajang dan dilibas dengan tali pinggang. Tubuh badan sahabatmu itu seperti sudah tiada deria sakit lagi. Sudah lali dengan sebatan dan sepak terajang" Abang Idham bercerita sungguh menusuk hati. Mata Syafiq bergenang.

Syafiq teringat ketika balik ke asrama, masa itu dia memegang tangan sahabatnya. Irfan pelahan menarik semula. Ternampak jelas jalur berwarna biru, apabila di tanya pelbagi jawapan diberinya. 

"Tapi sahabatmu itu sungguh hebat imannya. Sungguh tinggi sabarnya. Tidak pernah merungut, malah sentisa ceria. Kisah hidupnya tidak pernah mematahkan perjalanannya dalam urusan dakwah di sekolah ini. Bukankah Irfan yang membawa kamu kepada cahaya kebenaran?" Syafiq mengangguk pelahan. 

"Sesungguhnya, cabaran yang dilalui olehnya lagi hebat daripadamu. Jadi, abang nasihatkan jangan kau bersedih, kuatkan imanmu dan pandanglah kehadapan. Allah tidak akan memberi satu ujian kepada hambanya jika hambanya tidak dapat menampung dugaan itu." Abang Idham meletakkan tangannya di atas dada Syafiq. Setitis-setitis air matanya jatuh, menginsafi diri. Abang Idham mengusap kepalanya cuba meredakannya.

Kebetulan Irfan baru pulang dari bilik warden, Syafiq pantas menerpa ke arah Irfan lantas memeluknya erat. Irfan terpinga-pinga. Irfan memandang abang Idham tersenyum dan mengangguk, Irfan faham yang abang Idham menceritakan kisahnya. Irfan membalas pelukan sahabatnya. Erat. Kehangatannya terasa ada satu kuasa yang cas-cas kelemahan diri.

"Sahabatku, kau tabah. Aku tidak mungkin dapat menampung penderitaanmu. Kau hebat, sahabatku." Syafiq masih menangis. Hampir lenjur baju Irfan.

"Jangan mengaku orang beriman sebelum diuji. Sudahlah, sahabatku. Tak macho menangis begini." Irfan cuba menenagkan sahabatnya. Pelukan terurai. Syafiq mengesat air hujan pada matanya. Mereka berdua ketawa bersama.

Mereka akhirnya menjadikan kisah hidup mereka sebagai peransang untuk menjadi lebih baik dari hari sehari.  

Friday, 19 April 2013

Awatif Eliyyin [2]


Lima tahun kemudian.

Hari ini, in sha Allah Fairus akan kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajiannya di Al-Azhar. Hadiah terakhirnya sentiasa menemani aku, menjadi motivasi untuk aku terus berjuang ketika aku jatuh tersungkur di medan jihad. Warkah daripada Fairus sentiasa dibalas. Kata-kata motivasi tidak pernah diinggalkannya dalam setiap kalamnya.

Aku mengeluh pelahan. Pening melihat gelagat sahabat-sahabat sebayaku hanyut dalam kealpaan. Hari-hari kes buang bayi tidak pernah tidak ada. Sehinggakan aku takut untuk menghadapi hari esok.Takut terjebak, takut terkandas, takut terpesong akidah. Ini baru kes terlibat dengan virus cinta yang merebak bagaikan tiada penwar. Kes merempet, pecah rumah, merompak, membuli, merokok dan banyak lagi. Apa yang membuatkan aku kesal adalah kes-kes ini dimajoritikan oleh pelajar muslim. Langsung tidak menunjukkan keindahan Islam. Adakah mungkin kami tidak ditarbiyah atau anasir luar yang mempengaruhi? Jika anasir luar, bukankah Islam memberi panduan? Jika dikatakan tidak ditarbiyah, bukankah di sekolah banyak program untuk mebina sahsiah pelajar? Keras betul hati ini.

"Assalamualaikum, Awatif." Gemersik sungguh suara itu, tapi cukup membuatkan aku tersentap. Aku berpaling ke belakang, lihat seorang perempuan yang cantik di dalam jubah dan niqobnya. Aku cuma tersenyum. "Waalaikumusslam, kak Wajihah. Buat terkejut Watif saja." Ada rungut manja dalam nadaku.

Wajihah ketawa kecil. "Sorrylah, Watif. Akak tak sengaja. Tengok Watif termenung saja dari tadi, sampaikan tembus tasik Watif tengok." Aku turut ketawa mendengar katanya. "Mana ada sampai tembus tasik tu. Watif  tengah fikir kenapa remaja/i sahabat kita terlalu rosak akhlaknya. Tapi kalau bab akedemik memang tip-toplah" Wajahku menjadi sayu. Wajihah juga aku rasa merasa risau akan keadaan ummah sekarang.

Wajihah Safiyyah, seorang sangat kuat pada pengangan agama. Wajihah datang ke sini semasa berumur 12 tahun. Wajihah kehilangan orang tuanya sejak berumur 10 tahun, sebelum dihantarkan ke sini, Wajihah dijaga oleh mak saudaranya, tetapi atas kekurang kewangan, Wajihah dihantar ke sini. Orang tuanya meninggal ketika menjadi sukarelawan di Palestin. Wajihah selalu cakap bahawa dia mahu mengikut jejak langakah seperti orang tuanya yang syahid di bumi penuh dengan kebrkatan. Wajihah tua setahun daripadaku. Walau bagaimanapun, Wajihah seorang muslimah yang menjadi ikon di Pusat Kebajikan Muhibbah. Keimanan dan ketaqwaannya sungguh hebat. Wajihah yang sangat bersungguh-sungguh menggerakkan usrah bagi memantapkan iman di jiwa. Wajihah menjadi hafizah ketika berumur 11 tahun, dan dia akan muraja'ah bacaannya dengan Walid setiap selepas Maghrib. Setiap malam pasti akan bangun qiamulail dan akan mengajak sahabat untuk sama-sama qiamulail. Peribadi dan sahsianhya sungguh menawan hati untuk mencintai Sang Pencipta. Ketulusan dan kejujuran sangat diteladani pada setiap diri masing-masing.

Wajihah tiba-tiba menarik senyum, aku boleh lihatnya dari bentuk matanya. "Akak kenapa senyum pula? Watif seriuslah."

"Akak senyum sebab akak happy ada adik macam Watif.." Ujarnya gembira.

"Apa sebabnya?" Keliru.

"Sebabnya Watif ada rasa tanggungjawab ke atas ummah sekarang. Sebelum kita berdakwah kita perlu ada rasa tanggungjawab. Seperti Abbas as-Sisy melihat keadaan masyarakat yang rosak dan akhirnya dia menangis kerana merasa beratnya tanggungjawabnya terhadap masyarakat. Risaunya dia terhadap kerosakan masyarakan yang tenggelam dalam kebejatan sosial. Hassan al-Banna yang ketika itu berada di sebelahnya berkata: Ketika ini barulah kau faham erti dakwah." Panjang lebar penjelasannya.

"Subhanallah. Hebatnya. Tapi kak, apa yang Watif perlu buat?" Aku kembali menunduk.

"Apa yang Watif perlu buat adalah memantapkan diri dengan cara menunjukkan qudwah hasanah kepada sahabat-sahabat kita. Jika tidak dengar juga, berilah nasihat. Jika tidak dengar juga, gunakan hati dengan membenci kemungkaran yang mereka lakukan dan berdoa semoga Allah buka pintu hatinya."

"In sha Allah. Akak pun kena bimbing Watif sebab Watif bagaikan layang-layang yang perlu talinya sentiasa dijaga supaya tidak terlepas." Ujarku kembali ceria.

"In sha Allah. Kita sama-sama tampal mana yang berlumbang, ya. Sekarang jom pergi bilik Ummi, ada seseorang yang sangat istimewa." Ada usik dalam nadanya.

"Siapa kak?" Keningku sedikit terangkat.

"Adalah sayang. Ayuh." Wajihah menarik tanganku dan mengatur langkah ke bilik Ummi. Pintu bilik terbuka. Ada satu susuk tubuh yang duduk di hadapan Ummi.

"Assalamualaikum, Ummi. Boleh kami masuk." Ummi mengangguk, Wajihah menarik tanganku dan masuk ke dalam. Pemuda tadi berpaling dan menarik senyum. Fairus! Aku segera memeluk Fairus yang aku sangat rindui. "Abang! Bila sampai?" Soalku.

"Baru tadi." Ummi tolong menjawab. Ummi tersenyum gembira, Wajihah pun begitu.

"Abang, Watif rindu sangat. Ceh, makin macho abang sekarang." Ujarku gembira

"Mestilah tengok abang siapa." Fairus ketawa kecil.

"Dah-dah pergi rehat Fairus. Watif kahsian lah dekat Fairus." Ummi membebel.

" Ok-oklah Ummi. Jom abang. Kak Wajihah tak mahu join kitaorang?" Aku menoleh kearah Wajihah.

Wajihah menggeleng. "Akak bagi Watif melepas rindu."

Kami keluar dari bilik Ummi. "Abang jangan rehat lama-lama. Kita ada misi lagi besar dari berehat."

"Kenapa pula?" Dahinya berkerut sampaikan keningnya lebatnya hampir tercantum.

"Misi menyelamatkan ummah. Abang kan sudah banyak ilmu. Lepas ini abang kena sebar-sebarkanlah." Ujarku teruja.

"Ewah-ewah adik abang ini. Sudah matang, ya."

Aku cuma tersengih. Aku mahu lihat mayarakatku menjadi mukmin dan mukminah dan menolak anasir-anasir buruk. Aku mahu generasi akan datang hidup dalam suasana Islam yang sebenar-benarnya.

Friday, 5 April 2013

Awatif Eliyyin


Petang yang indah. Angin pantai lebut menyapa pipiku. Pukulan ombak sungguh mengasyikkan. Tanganku melukis sesuatu di atas pepasiran pantai. Fairus tekun membaca novelnya, entah keberapa kali novel itu diulangnya, apa yang menarik di dalamnya tak pernah aku kaji.

"Abang tetap nak  pergi ke sana?" Soalku memecah kesunyian di antara kami. Fairus mengangkat muka, dia mengukir senyuman manis. Novelnya dikatup. Dia menggosok pelahan-pelahan kepalaku, memang sudah jadi tabiatnya.

"Ya, Watif. abang akan tetap ke sana. Abang rasa dekat sana, Abang boleh bawa balik ilmu yang berguna  untuk beri kepada Watif dan ummah." Lembut dia membalas.

"Tapi, nanti abang akan tinggal Watif dekat sini sorang-sorang." Kepalaku menunduk sedikit. Tanganku berhenti berkeja.

"Mana ada. Umi, walid dan sahabat-sahabat kita dekat sini kan ada. Boleh temankan Watif." Dia memujuk lembut. Kami sebenarnya anak yatim piatu dan dipelihara oleh Pusat Kebajikan Muhibbah, dibawah jagaan Umi dan Walid. Orang tua kami sudah lama meninggal dan kami tiada saudara mara yang terdekat, mereka meninggal dalam sebuah kemalangan yang amat teragis. Aku dan Fairus juga terlibat dalam kemalangan itu tapi dengan izin-Nya kami terselamat. Apabila teringat peristiwa itu pasti aku mahu menangis. Peristiwa hitam itu sangat sukar untuk aku padam dalam kotak memoriku walaupun masa itu aku baru berusia sembilan tahun. Oleh sebab itu, aku tidak mahu Fairus pergi ke sana. Fairus adalah sebahagian daripadaku. Kami saling memerlukan, tetapi amanat orang tua kami sebelum mereka meninggal untuk Fairus belajar di sana.

"Tapi abang jangan lupakan Watif dekat sini." Fairus cuma menggelengakan kepala dan senyum mendegar kata-kataku. 'Takut sungguh dia,' gerutu hati Fairus

"In sha Allah, selagi kita dibawah lindungan rahmat dan keiman yang teguh. Kalau abang lupakan Watif pun, Allah kan tak pernah lupakan hambanya." Fairus mengusik. Aku mencebik, kemudian tersenyum kembali.

"Danh-dah, jom balik, dah dekat Maghrib ni. Nanti Umi cari." Fairus menarik tanganku, lalu digenggam erat. Aku cuma tersenyum, bersyukur ada abang yang sungguh penyayang.

"Abang, Watif sayang sangat abang." Kataku sambil tersenyum manis.

Fairus tersenyum,"Abang juga. Abang sayang Watif kerana Allah."

******

Aku berada di KLIA untuk menghantar Fairus ke Mesir dalam bidang perubatan. Fairus sudah selesai check in segala bagai, sekarang tengah berbual dengan sahabat seangkatannya. Aku lihat persahabatan mereka sungguh rapat. Apabila mereka bersama, seperti ada aura yang sungguh pelik tapi menyamankan. Bersalaman, berpelukan dan mencium pipi seperti buadaya yang tidak perlu malu walaupun di halayak ramai. Sunnguh Islam itu indah, Islam itu cahaya.

"Watif!" Panggil Fairus. Dia melangkah mendekati aku. "Abang dah nak pergi ni. Watif jaga diri tau. Jaga solat, jaga aurat, jaga akhlak. Ni abang tak ada ni jangan nakal-nakal, kahsian dekat Umi." Sempat Fairus berseloreh untuk menenagkan jiwaku. Dia tahu bahawa aku tidak redho dengan kepergiannya. "Watif jaga tali dengan Allah, in sha Allah, abang akan selalu merindui Watif." Itulah pesanan yang selalu diulangnya supaya aku sentiasa ingat pada Al-Khalik.

"In sha Allah, abang. Abang pun doakan Watif dekat sini. Belajar rajin-rajin supaya dapat jadi hero dan ikon Watif nanti" Tenang aku menjawab, aku tidak mahu dia kerisauan dengan keadaanku di sini, takut mengganggu pembelajarannya di sana.

"Abang kan selalu jadi hero dan ikon Watif." Fairus tersenyum mngusik. Dia mengeluarkan sebuah kotak berwarna hijau putih kegemaranku. Aku terlalu obses dengan warana hijau dan putih sejak aku tahu itu waran kegemaran Nabiku. Dia menghulurkan kotak itu kepadaku.

"Apa ni?"

"Hadiah unntuk perubat rindu. Kalau rindu abang inilah ubatnya."

"Syukran, jazakallahu khoiron khathiron."

Pelukan terakhir menjadi satu ingatan yang paling berharga buatku. "Assalamualaikum w.b.t"

"Waalaikumussalam w.b.t." Lambaian terkahir menyapa mataku. Susuk tubuh Fairus sudah hilang.

Sikit demi setitik gugur. "Jangan nangis." Terngiang-ngiang suaranya.

Thursday, 14 March 2013

Masihkah Ada Sinar.


"Hana, benda ini haram. Nanti Allah murka." lembut suara itu menerjah masuk gegendang telingaku. Tapi sangat perit memanah hatiku. Najihah, Taqiah Najihah, yang sedang menegurku tentang hubungan cintaku dengan Farhan. Najihah sahabat baikku dari tingkatan satu lagi, tapi sejak dia tahu hubungan aku dengan Farhan, dia tak henti-henti menasihati dan menegurku. Hatiku terlalu keras untuk menerimanya.

"Najihah, kenapa halang hubungan Hana dengan Farhan, Hana yakin dengan hubungan ini akan berakhir dengan sebuah ikatan yang sah. Farhan cintakan Hana, Hana pun begitu." Sedikit keras nada suaraku. Memang pertama kali aku bersua dan berkenalan dengan Farhan, aku begitu tersentuh dengan kebaikannnya, mengambil berat tentangku, lagi-lagi aku tinggal dengan datuk dan nenek, aku kekurangan kasih sayang ibu dan ayah sejak kecil lagi.

"Hana dalam Al-Quran Allah telah berfirman." Najihah melantunkan ayat 32, surah Al-Isra' dengan baik sekali."Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" Najihah menarik nafas dalam-dalam sebelum mengembusnya pelahan.

"Ya. Hana tahu ayat itu. Tapi Hana tak pernah melakukan zina, kalau Hana jumpa dia pun dia akan bawa kawannya sebagai mahram. Kami pun bukan duduk di kawasan tertutup, tapi terbuka." Belaku dengan hujah yang aku fikir logik.

"Tahu. Tapi Hana setiap masa mengingatinya, merinduinya dan Hana selalu menelefonnya dan bergayut lama-lama sampai tengah malam. Tanpa sedar Hana telah melakukan zina hati dan zina telinga. Setiap masa Hana bergelumang dengan dosa. Hana tahu kan kalau kita dapat dosa balasannya neraka kan? Lagipun Najihah tak nak Hana kecewa suatu hari nanti." Pelahan Najihah menutur kata-katanya yang terakhir. Aku hairan dengan kata-katanya.

"Mengapa?" Soalku dengan kening terangkat.

"Hana kalau Hana nak tahu dia tu buaya darat. Najihah tak nak sahabat Najihah jadi mangsa dia keseterusnya.Najihah ada nampak dia berfoya-foya dengan seorang perempuan dekat belakang bangunan makmal hari itu." Ada nada risau dalam kalamnya. Hatiku membara mendengar kalamnya.

"Najihah, dia bukan lelaki jenis begitu, dia baik orangnya, dia setia. Kenapa Najihah nak mereka cerita begini? Najihah cemburukan?" Tengkingku sambil berdiri. Najihah cuba memegang tanganku untuk memujuk tapi segeraku tepis. Manik-manik jernih gugur menuruni pipi Najihah. Hatiku lagi rasa tidak keruan. Bercampur-aduk antara kisah Najihah ceritakan dengan air mata itu. Aku tidak pernah buat dia menangis, tapi mengapa kerana seorang lelaki yang baru dikenaliku, dia telah sanggup membuatkan sahabat sendiri menangis. Aku mahukan ketenangan. Segera aku ke masjid asrama yang terletak tidak jauh dari dormku. Hanya tempat itu sahaja aku dapat menenagkan diri. Teringat aku dengan pesanan nenek, kalau sedih ingatlah pada Al-Khaliq.

******

Seusai aku menunaikan solat sunat dua rakaat dan membaca ayat-ayat suci al-Furqan, jiwa sedikit tenang. Perbualanku dengan  Najihah seketika tadi bermain dalam mindaku, seperti tayangn vedio yang diulang-ulang. Hatiku meronta-ronta untuk mencari kebenarannya. Tak mungkin Najihah sanggup mengkhianati aku, tapi tak mungkin juga Farhan mengkhianati aku. Perasaan aku berbelah bahagi antara seorang sahabat dengan seorang 'pasangan'.

Semasa aku menuruni tangga aku ada terlihat satu susuk tubuh yang amat aku kenali, Farhan dengan seorang  perempuan duduk di bangku yang agak tersorok, tapi cukup buatku untuk melihat mereka. Mereka kelihatan seperti sedang bercanda, mesra sekali. Kakiku tergerak untuk mendekati mereka tanpa fikiranku menghadam situasi sekarang. Emosiku meninggi. Sedih, marah, geram, semuanya terkandung dalam hatiku. Sesampainya aku di situ, mereka terkejut besar dan kemudinannya berdiri tegak. Masing-masing menggelabah, mungkin sedar dengan apa yang mereka lakukan.

"Hana, saya boleh bagi penjelasan tentang ini." Ujar Farhan gelabah. Permpuan di sebelahnya hanya kaku seperti tunggul kayu.

"Tidak ada lagi penjelasan untuk diberikan, Farhan. Setakat ini sahajalah. Tak sangka awak ni buaya darat rupanya, selama ini awak hanya alim-alim kucing sahajalah." Suaru ditekan dan nada sedikit keras. Aku tak suka menjerit tak tahu fasal. Segera aku meninggalkan mereka ber'asmara' di situ. Terlintas satu nama dalam fikiranku, Najihah. Rasa sesal dalam hatiku sungguh berat. Langkahku dilajukan. Kelibat Najihah aku cari, tapi tiada. Aku tanya Amalia di sebelah katil Najihah, katanya Najihah balik tadi. Mungkin ada hal penting kut. Tapi hatiku rasa tak sedap. Pantas aku usir perasaan itu. Dua hari lagi dia datang balik asrama, aku mahu mohon maaf atas kekasaranku yang di luar kawalanku petang tadi.

******

Sudah empat hari kelibat Najihah tidak dilihatku. Hari persekolahan dan mula. Risau aku. Tak ada apa-apa kut. Aku cuba menenangkan hatiku. Tiba-tiba satu pengumuman dibuat. Pengumuman yang tidak disangka-sangka. Mahu pengsan aku dibuatnya. Tak percaya langsung. Tak mungkin secepat ini.

"Assalamualaikum w.b.t. Salah seorang pelajar sekolah kita, Taqiah Najihah bt. Muhammad Sobri, telah meninggal dunia dua hari yang lepas kerana menghidapi penyakit paru-paru berair. Sama-samalah kita mengsedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah"

Sungguh, hancur berkecai hatiku. Pelahan-pelahan air mataku turun membasahi pipiku. Pilu. Seperti di robek hatiku. Sedih yang teramat. Rasa bersalah menyelebungi diriku. Siapa sangka gadis yang ceria dan aktif itu menderita penyakit paru-paru berair. Aku kagum seketika, tabahnya dia. Najihah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit. 

Petang itu, aku duduk di bangku. Mataku merenung padang yang kehijauan. Nyaman, tapi tidak bagi hatiku. Fikiranku memutar memori aku dengan Najihah. Lama aku 'hidup' dalam duniaku sendiri. Terasa ada sesuatu menepuk lembut bahuku. Aku mngesat mataku sebelum berpaling. "Kak Hana?" Tanya gadis itu. "Ya saya. Ada apa?" Tanyaku hairan. "Saya adik kak Najihah. Ini surat arwah untuk kak Hana." Ujanya sambil menghulurkan aku sepucuk surat. "Terima kasih, dik." "Sama-sama, kak."

Tanganku perlahan-lahan membuka surat itu. Aku menari nafas dalam-dalam sebelumku hembus semula.

Assalamualaikum w.b.t.

Sahabatku, Hana Maisarah bt. Zulkifli.

Mungkin semasa Hana mendapat warkah ini, Najihah dah tidak ada di dunia ini lagi. Entah kenapa hati ini tergerak hati mahu menulis warkah untuk Hana. Mungkin ini warkah terakhir buat Hana daripada Najihah.

Hana, sebab apa Najihah halang Hana bercinta dengan Farhan kerana Najihah takut daripada sekecil-kecil dosa akan menjadi sebesar-besar dosa. Najihah terlalu sayangkan Hana. Kalau Hana cakap bercinta kerana mahu ada yang mengasihanikan Hana, sebernarnya Allah, Rasulullah, datuk dan nenek lagi banyak mencintai dan mengasihani Hana. Mereka mesti sedih kalau Hana selesa dilambung angan-angan daripada lelaki durjana.

Hana, buat yang terbaik dalam SPM nanti. Tolong tunaikan impian Najihah. Tolong sambung misi Najihah. Tolong sambung perjuangan Rasulullah. Jadikanlah Kitab Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan Hana dalam mengahadapi liku-liku kehidupan.

Najihah tidak bagitau penyakit Najihah sebab Najihah takut Hana risaukan Najihah. Najhah minta maaf. Mohon Hana maafkan segala dosa dan kekhilafan Najihah. Kesalahan Hana sudah lama Najihah maafkan. Najihah mendoakan Han menjadi seorang perempuan solehah, mukminah dan mujahidah. Semoga kita berjumpa di syurga.

Uhibbukifillah wa ukhuwahfillah abadan abadan..

Sahabatmu,
Taqiah Najihah

Laju air mataku membasahi pipiku. Aku menangis sepuas-puasnya seperti anak kecil. In sha Allah, Najihah, Hana akan tunaikan permintaan Najihah. Uhibbukifillah abadan abadan...