Pages

Saturday, 28 January 2017

Antara Dua Benua


fairuzhasnan



Biskut keju dipatah-patahkan kecil lantas dimasukkan ke dalam blender. Susu sejat dituang perlahan. Tangan mencapai penutup blender. Switch on. Pisau tajam menghancurkan biskut, lumat bercampur susu.


“Aleen!!!” Hanan entah dari mana-mana datang mendekati secara mengejut.


Aleen berpaling. “Kau ingat aku terkejut kau buat macam tu? Aku dah lali lah, Han.” Dia ketawa lepas. Tiap-tiap hari Hanan buat macam tu, mana tak biasa?


Hanan turut ketawa.


“Tu, tolong tengok agar-agar dalam periuk tu, hancur tak lagi.”


Hanan melihat isi periuk. “Dah okey dah ni, Aleen. Kau nak buat apa kali ni?”


Isi blender dituang ke dalam periuk. Tangan mencapai senduk dan mengacau adunan supaya sebati.


“Puding keju. Teringin sangat nak makan. Last buat masa SPM. Dalam empat tahun lepas.”


“Tak sabar aku nak rasa.” Mata Hanan bercahaya. Dia memang juara makan. Tapi badan maintain slim. Untunglah…


“Eh, aku buat bukan untuk kau. Aku buat untuk aku. Siapa entah nak bagi dia makan.”


“Alaaa… Nak rasa jugak. Kau ni, masak apa pun sedap. Kau belajar mana masak sedap-sedap ni? Untunglah siapa dapat kau.” Hanan senyum mengusik.


Aleen gelak. “Tak payah merepeklah, Han. Datang sini jauh-jauh nak belajar, bukan nak cari jodoh. Tolong ambil Tupperware biru tu, Han. Dah siap ni.” Api dapur ditutup.


Tupperware biru diletakkan atas meja. Aleen menuang adunan puding ke dalamnya. Kismis dalam bekas kaca dicapai untuk menghias puding agar lebih menarik.


“Alah kau ni, sambil menyelam minum air lah. Nanti dah grad, sibuk kerja pulak. Tak tercarilah kau.” Hanan membebel. Bar chair ditarik lantas diduduk.


Aleen juga turut duduk. “Hoip, hoip. Bersyarah pasal jodoh pulak dia.”


Hoip lah sangat. Tu kat jari tu apa? Bila tunang? Balik Malaysia baru ni eh? Dahlah balik sekali dengan Fakhrul dan Faiz.” Hanan senyum menyenget, mengusik.


“Haha. Dah lah, Han. Cakap dengan kau tak pernah habis.” Soalan menjerat Hanan ditepis bijak. Biar kawannya itu tertanya-tanya.


Helleh, malu lah tu.” Bahu Aleen dicuitnya perlahan.


Aleen buat tak layan.


“Eh, kau nak pergi Utah and Arizona minggu ni kan?” Hanan meminta kepastian. Tak salah dia, batch diorang kali ni nak pergi Grand Canyon. Hanya dia tak pergi sebab kena balik Malaysia, kakaknya kahwin.


Aleen angguk. “Yep, insya-Allah minggu ni. Kitorang cadang nak ke Grand Canyon, Antelope Canyon, Horseshoe Bend, Arches National Park, Monument Valley em…” Aleen berfikir sejenak. Banyak sangat tempat nak jejak, sampai tak ingat nama. “Oh ya, Bryce Canyon National Park and The Wave. Kalau sempat nak jejak Saguaro National Park sama. Lagipun, Faiz dah booked flight ticket siap.”


“Woah, bestnya pergi banyak tempat. Oh, naik flight kali ni? Kenapa tak drive?”


“Gila kau? Jauh la Washington ke Arizona-Utah. Mahu sakit belakang drive ke sana. Setakat nak ke California and Nevada macam tahun lepas boleh la, tak jauh sangat. Lagipun, harga tiket agak murah. Kau kenal kan Faiz tu, pakar mencari flight ticket murah-murah. Faiz kata, nak gerak, sewa kereta dari sana.”


“Ye tak ye jugak kan? Oh ya, Ida cakap kawan kau yang dari UK nak ikut sekali. Siapa nama dia? Shira? Syura?”


“Sara lah. Haah, memang dia nak ikut sekali. Esok dia sampai sini.” Aleen bangun mengambil gelas. Air masak dituang. Dahaga la pulak. “Yang kau tu, kenapa tak ikut kitorang? Rugi la weh. Bila lagi nak sampai Grand Canyon tu kalau bukan cuti macam ni.” Aleen duduk sebelum minum.


“Nak buat macam mana, aku kena balik lah. Kakak aku kahwin.” Sedih juga tak dapat ikut ke Grand Canyon. Tempat lawa tu. Siapa je yang tak kenal?


“Tak apalah, nak buat macam mana. Lagipun, kau kan dah pernah ikut trip ke Cali dan Nevada last year. Kira okeylah tu.” Aleen cuba memujuk.


Hanan mengangguk. “Hmm, tulah. So, tahun ni pun sama macam last year lah?


“Yep. Fakhrul ketua trip and imam. Faiz photographer, videographer, drone-grapher, editor etc. Aku, Ida dan Sara bahagian makanan. Insya-Allah lusa kitorang ke Walmart cari barang. Taqim, Adi dan Lia bahagian survey tempat dan beli tiket. Yang lain kerjanya mengikut dan menurut dengan taat.”


Sejak sampai Seattle, Washington tahun pertama lagi, memang dah tubuhkan organisasi untuk trip. Senang nak uruskan trip. Mula-mula masuk University of Washington semua duk malu-malu, lama-lama rapat macam family.


“Dija, Jiaa, Ishak and Faris dari Auburn pun ikut sekali.” Aleen menambah lagi. Empat orang tu kawan Fakhrul. Students dari Green River College. Fakhrul tu memang jenis peramah. Kebanyakan Malaysian kat Washington kenal dia.


I see…” Hanan mengangguk-angguk. “ Aleen, dah lama aku nak tanya. Apa rahsia friendship kau dengan Sara? Dahlah dia tu kawan kau sejak sekolah rendah. Biasanya memang ramai orang yang lost contact dengan kawan sekolah rendah. Macam aku.”


Senyum tersungging manis di bibir Aleen.


“Kau nak tahu satu benda tak? Sebenarnya Faiz tu pun kawan sekolah rendah aku.”


Hanan melopong. “Seriously?! Kau tak pernah cakap pun. Patutlah kamceng semacam je kau dengan dia. Ingatkan ada apa-apa. Boleh pulak jumpa sekali kat US balik.” Dia tak pernah tahu pun perkara ini. Aleen tak pernah buka cerita.


“Haha. Mengarut aje kau ni. Aku dengan dia kawan jelah. He was friend-zoned by me for eleven years. Sebab boleh jumpa tu, aku lah yang suruh dia isi borang ke sini sekali. Tak sangkalah pula Faiz tu ikut cadangan aku. Sara pun sama, aku pun suggest jugak kat dia minta Washington. Tapi dia dari dulu lagi nak ke UK.”


Hanan tumbuk bahu Aleen perlahan. “Oh, pandai simpan rahsia ye? Okey, sambung cerita kau pasal Sara. Aku nak dengar.”


“Eh kejap. Mana yang lain?” Kepala Aleen terjenguk ke ruang tamu.


“Asma’ tengah packing. Syahnani dengan Maryam layan Kuch Kuch Hotai. Rindu katanya. Ida tengah skype dengan family dia masa aku lalu bilik tadi. Lia tengah kuak lentang. Dah, dah. Sambung la cepat.” Hanan menggesa Aleen. Lambat betul nak cerita!


Aleen periksa tekstur puding. Dah sejuk. Lantas Tupperware ditutup dan dimasukkan ke dalam peti. “Lia tu selalu je tidur. Tapi result exam selalu gempak. Tak faham aku.”


 “Aleen…! Cepatlah cerita…!” Hanan naik geram.


“Woi relax, Han. Hmm nak start dari mana ye? Aku cerita tentang apa yang kitorang buat untuk kekalkan friendship lah. Boleh?” Aleen masih tarik tali. Suka tengok Hanan naik angin.


“Iye iye. Cepatlah.”


Aleen kembali duduk di bar chair. “Sara, sahabat yang baik. Selalu dahulukan aku daripada diri dia sendiri. Tak pernah ada orang buat macam tu selain family aku kecuali dia. Pernah sekali tu, dia beli buku. Dia suruh aku balut dan baca dulu, lepas tu baru dia baca. Then dia suruh aku simpan buku tu, untuk aku katanya.” Kenangan lama cuba diimbas kembali ke dalam kotak memori. Aleen tersenyum sendiri.


“Dia juga selalu ingat dekat aku. Kalau dia nak pergi mana-mana, mesti ajak aku. Walaupun kemungkinan besar aku tolak invitation dia. Tapi dia tak pernah kisah, asalkan dia nak aku tahu yang dia takkan lupakan aku. Kau tahu, every year dia ajak aku beraya rumah dia masa hari raya kedua walaupun dia tahu aku takkan pergi, sebab balik kampung. Tapi dia still ajak, dengan harapan aku dapat datang. Mana lagi aku nak cari orang macam tu?” Aleen menongkat dagu. Cuba mengupas memori lama yang tak pernah padam.


Hanan diam. Selesa mendengar tanpa mahu mencelah.


“Hmm… Lepas tu, dia ni tak pernah berkira dengan aku. Dulu, selalu je kitorang on-the-phone dekat sejam. Dia pula tu yang call. Sebab kalau aku call, dia payah nak angkat, aku tak tahu dia free masa bila. Ye lah, dia kan boarding school, aku pula duduk rumah.”


“Habis, duit kredit phone dia cair macam tu jelah?” Hanan mula bertanya.


Aleen angguk. “Yes. Aku pernah tanya dia, tak apa ke cakap lama-lama macam ni? Habis lah kredit dia. Nak call family lagi. Kau tahu dia jawab apa?”


Hanan angguk tanpa berkelip. Khusyuk benar.


Tiba-tiba Aleen tergelak. “Woitt kau ni! Khusyuk betul dengar cerita ye?”


Pap! Bahu Aleen dipukul perlahan. “Cepatlah!”


“Hish, tak sabar langsung. Lepas tu, Sara jawab, untuk kau, aku tak pernah kisah pun, Ama.”


“Eh, Ama? Oh, dia panggil kau Ama eh? Macam Faiz panggil kau.” Hanan musykil lagi. Memang patut pun dia ingat Faiz dengan Aleen ada apa-apa. Panggilan pun berbeza.


“Kawan-kawan sekolah rendah semua panggil aku Ama. Nama aku kan Amalina. Naik sekolah menengah dah jadi Aleen.” Aleen tekun menerangkan kisah sebenar. Cuma seorang makhluk je panggil dia In, iaitu Atikah. Sekarang tengah study kat UIA, jurusan undang-undang.


“Okey, lagi lagi?”


“Lagi… Sara ni jenis yang menghargai apa je yang aku buat. Contohnya bab makan. Aku kan suka masak. Masa result SMU keluar, aku buat agar-agar untuk dia, sebab sudi teman aku ambil result. Dia punya melantak tak ingat dunia. Sampai terpejam mata makan agar-agar tu. Padahal bukan menjadi sangat pun aku buat hari tu. Sampai dia suruh aku buat lagi. Senyum je aku tengok dia makan. Sebab dulu, ramai je tak berminat aku punya masakan. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata tak sedap, boleh tahan sedap jugak rasa dia.”


“Tapi kitorang suka sangat kau punya masakan. Kau goreng keropok pun sedap. Eh, salad buah hari tu kau buat macam mana eh? Rasa sedap dia lain lah.” Teringat minggu lepas masa Aleen buat salad buah. Rasa dia unik semacam.


“Aku campak-campak je lah. Haha bukannya susah pun. Alah, Ida pun pandai masak apa.”


Hanan mencebik. “Campak-campak pun sedap. Haish, tak faham aku korang ni.” Semua benda Aleen cakap dia main campak je dalam masakan dia. Tapi sedap dia tu kemain terangkat. Ida pun sama. Kalau dia buat kek, memang tak boleh nak kata apa. Sedap gila. “Okey, sila sambung Cik Amalina.”


“Tak percaya sudah. Janji makan apa yang aku masak. Hmm, Sara ni juga tak pernah nak menangkan ego dia bila dengan aku. Kalau dia ada buat salah, terus je minta maaf dengan aku. Kalau dia tak perasan dia salah, aku cakap dengan dia yang aku terasa hati dengan dia. Then, terus dia mintak maaf. Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan dia. Ye lah, aku ni jenis agak tinggi egonya, selalu je nak menang. Tapi dia mudah je rendahkan ego bila dengan aku.”


“Ego ye? Hmm, benda yang boleh rosakkan sesuatu hubungan sebenarnya.” Hanan menambah.


Aleen angguk setuju. “Yep, sebab tu, cubalah rendahkan ego so that tak berlaku keretakan dalam mana-mana hubungan. Lepas pada tu, aku pun cuba rendahkan ego aku bila dengan dia. Takkan dia je yang selalu kena mengalah bila dengan aku, kan?”


“Betul jugak. Lagi, apa yang korang buat?”


Aleen membetulkan duduk di atas bar chair. Lenguh. “Sara selalu ada dengan aku masa aku susah. Aku pun sama, selalu ada untuk dia waktu dia susah. Kira macam orang first yang tahu lah. Dan memang kitorang share problem sama-sama. Kalau tak share pun, always there beside her. She might not show how weak she is but I know deep inside, she needs someone to always be by her side. Itu pun dah cukup menguatkan sebenarnya. Kalau aku down, and aku minta nasihat dari dia, terus dia bagi. Takdelah dia tolak lepas tu kata, dia budak biasa tak cukup ilmu agama untuk nasihatkan aku. Kadang-kadang, nasihat dia lagi baik daripada nasihat aku yang graduate dari sekolah agama ni. Kesimpulannya, kalau ada yang minta nasihat dari kita, kita bagi je. Sebab hati dia tengah dahaga dengan kata-kata tarbiah.”


“Apa lagi eh yang kitorang buat?” Aleen berfikir sejenak. Jari-jemari mula menggendang meja.


Aleen tepuk meja, perlahan. “Oh ya! Paling penting, hormat privasi dia. Even nak pinjam barang dia pun, minta izin dari dia. Contoh nak pinjam phone or laptop dia, sebab benda tu semua privasi. Lainlah kalau kau setakat nak pinjam alat tulis dia. Yang tu, aku pun main ambik je. Asalkan hantar balik.”


Hanan terangguk-angguk faham. “Ohh… Family kau macam mana? Dia kenal tak?”


“Eh lupa. Nasib baik kau tanya. Family aku dah macam family dia, dan aku pun sama. Rasa macam parents dia macam mak bapak aku sendiri dah. Asal pandai jaga batas. Sebab penting tau kenal background sahabat kita ni. Kalau boleh, kawan-kawan dia yang lain pun kita kena kenal sikit sebanyak.” Panjang ulasan Aleen.


“Dan, paling utama tau, kena selalu doakan dia. Minta Allah jaga dia untuk kita. Minta Allah kekalkan hubungan kita sampai Syurga. Sebab dia anugerah Allah untuk kita, so kita kena jaga dia baik-baik. Protect dia betul-betul walaupun benda tu boleh korbankan nyawa sendiri. Seriously, kalau kau try buat apa yang aku dengan Sara buat selama 11 tahun ni, kau rasa bahagia sangat. Sebab kau kawan dengan dia 100 peratus ikhlas kerana Allah. And kau takkan ada rasa dengki pun dengan dia.”


Tanpa sedar Hanan senyum nipis. “Rasa terharu lah pulak dengar cerita korang. Haha…”


Bibir Aleen mengupas senyuman.


“Bolehlah kau praktikkan nanti. Okey, sekian sahaja cerita pada hari ini. Dahlah, aku nak ke depan tengok Syahnani dengan Maryam. Rasa nak layan Hindustan jugaklah.” Aleen bangun dari duduk. Bar chair ditolak bawah meja.


Hanan turut bangun. Tiba-tiba, smartphone Aleen di atas meja berbunyi. Hanan mengintai sang pemanggil.


‘Fakhrul?’ Hati Hanan tertanya-tanya. Fakhrul jarang call kalau nak berurusan dengan perempuan. Selalunya hantar mesej melalui WhatsApp je.


Aleen menjawab panggilan Fakhrul. Hampir dua minit.


“Kenapa Fakhrul call kau? Dia tu kan jenis warak sikit. Payah nak call perempuan. Selalunya WhatsApp je.” Hanan cuba cungkil rahsia.


Aleen pandang Hanan. Dah masanya Aleen. Dia berfikir sendiri.


“Tanya tentang trip. Hal penting. Lagipun, em sebenarnya…dialah yang hantar cincin ni, Han.” Aleen tunjuk cincin di jari manisnya.


What?! Come again, Aleen…” Sah-sah Hanan terkejut.


Aleen gelak. “You heard me.”





TAMAT





nota tangan: washington dan washington dc ialah dua tempat yang berbeza. boleh tengok di map. dan jangan lupa google tempat-tempat menarik (atau lebih tepat ialah national park) yang aku senaraikan tu. 



nota kaki: semua nama watak tu wujud, dan mereka dekat di hati aku. tapi tak semua yang dekat di hati aku dapat coretkan dalam cerpen ni. insya-Allah mungkin di lain waktu(?)




*****




- aleen; study di us. instagram user yang perangainya gila-gila. instastory dia yang paling best adalah tentang parodi yusuf iskandar menangis sebab kena marah dengan hairul. klik sini kalau hang nak tengok.


- fakhrul; student us yang pertama followback aku. bermula dari dia and izzul fiqhri lah aku kenal habis student us yang lain. 


- hanan; orang pertama yang tegur tentang karya aku dalam majalah annur edisi 46. yang paling best sebab dia kawan baru aku (kami tak kenal lagi masa tu).


- ida; classmate of 5k2. lawa, baik, tak hipokrit, boleh masuk dengan semua orang, kelakar.


- dija, asma' dan jiaa; classmates of 5k2. manusia-manusia yang selalu buat aku terhibur.


-syahnani dan maryam; raidah dan naibah of 5k2. aku letak nama mereka sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka menjaga bayi-bayi of 5k2 (termasuk aku)


- sara; sahabat aku yang nama sebenarnya ialah sahira


- atikah; kawan masa sekolah rendah jugak. manusia yang sangatlah kelakar. tambah pulak kalau noob-nya datang. 


- faiz; kawan yang banyak tolong aku


taqim, adi, ishak dan faris; classmates of 6B when we were in primary school


- lia; classmate masa sekolah rendah. manusia yang pemalu. gelak je kerja dia. jarang menyampuk masa orang tengah bercakap. malu nak berinteraksi dengan lelaki. 




*****




“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: PertamaPemimpin yang adil. KeduaPemuda yang menyibukkan dirinya dengan beribadah kepada Rabbnya. KetigaLelaki yang hatinya terpaut dengan masjid. KeempatDua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. KelimaLelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang kaya dan cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’. KeenamOrang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya. KetujuhOrang yang berdzikir kepada Allah di kala sendiri hingga kedua matanya basah kerana menangis.” 

(HR. Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)




No comments:

Post a Comment

Taip komen dengan iman, okay?