Petang yang indah. Angin pantai lebut menyapa pipiku. Pukulan ombak sungguh mengasyikkan. Tanganku melukis sesuatu di atas pepasiran pantai. Fairus tekun membaca novelnya, entah keberapa kali novel itu diulangnya, apa yang menarik di dalamnya tak pernah aku kaji.
"Abang tetap nak pergi ke sana?" Soalku memecah kesunyian di antara kami. Fairus mengangkat muka, dia mengukir senyuman manis. Novelnya dikatup. Dia menggosok pelahan-pelahan kepalaku, memang sudah jadi tabiatnya.
"Ya, Watif. abang akan tetap ke sana. Abang rasa dekat sana, Abang boleh bawa balik ilmu yang berguna untuk beri kepada Watif dan ummah." Lembut dia membalas.
"Tapi, nanti abang akan tinggal Watif dekat sini sorang-sorang." Kepalaku menunduk sedikit. Tanganku berhenti berkeja.
"Mana ada. Umi, walid dan sahabat-sahabat kita dekat sini kan ada. Boleh temankan Watif." Dia memujuk lembut. Kami sebenarnya anak yatim piatu dan dipelihara oleh Pusat Kebajikan Muhibbah, dibawah jagaan Umi dan Walid. Orang tua kami sudah lama meninggal dan kami tiada saudara mara yang terdekat, mereka meninggal dalam sebuah kemalangan yang amat teragis. Aku dan Fairus juga terlibat dalam kemalangan itu tapi dengan izin-Nya kami terselamat. Apabila teringat peristiwa itu pasti aku mahu menangis. Peristiwa hitam itu sangat sukar untuk aku padam dalam kotak memoriku walaupun masa itu aku baru berusia sembilan tahun. Oleh sebab itu, aku tidak mahu Fairus pergi ke sana. Fairus adalah sebahagian daripadaku. Kami saling memerlukan, tetapi amanat orang tua kami sebelum mereka meninggal untuk Fairus belajar di sana.
"Tapi abang jangan lupakan Watif dekat sini." Fairus cuma menggelengakan kepala dan senyum mendegar kata-kataku. 'Takut sungguh dia,' gerutu hati Fairus
"In sha Allah, selagi kita dibawah lindungan rahmat dan keiman yang teguh. Kalau abang lupakan Watif pun, Allah kan tak pernah lupakan hambanya." Fairus mengusik. Aku mencebik, kemudian tersenyum kembali.
"Danh-dah, jom balik, dah dekat Maghrib ni. Nanti Umi cari." Fairus menarik tanganku, lalu digenggam erat. Aku cuma tersenyum, bersyukur ada abang yang sungguh penyayang.
"Abang, Watif sayang sangat abang." Kataku sambil tersenyum manis.
Fairus tersenyum,"Abang juga. Abang sayang Watif kerana Allah."
Sikit demi setitik gugur. "Jangan nangis." Terngiang-ngiang suaranya.

******
Aku berada di KLIA untuk menghantar Fairus ke Mesir dalam bidang perubatan. Fairus sudah selesai check in segala bagai, sekarang tengah berbual dengan sahabat seangkatannya. Aku lihat persahabatan mereka sungguh rapat. Apabila mereka bersama, seperti ada aura yang sungguh pelik tapi menyamankan. Bersalaman, berpelukan dan mencium pipi seperti buadaya yang tidak perlu malu walaupun di halayak ramai. Sunnguh Islam itu indah, Islam itu cahaya.
"Watif!" Panggil Fairus. Dia melangkah mendekati aku. "Abang dah nak pergi ni. Watif jaga diri tau. Jaga solat, jaga aurat, jaga akhlak. Ni abang tak ada ni jangan nakal-nakal, kahsian dekat Umi." Sempat Fairus berseloreh untuk menenagkan jiwaku. Dia tahu bahawa aku tidak redho dengan kepergiannya. "Watif jaga tali dengan Allah, in sha Allah, abang akan selalu merindui Watif." Itulah pesanan yang selalu diulangnya supaya aku sentiasa ingat pada Al-Khalik.
"In sha Allah, abang. Abang pun doakan Watif dekat sini. Belajar rajin-rajin supaya dapat jadi hero dan ikon Watif nanti" Tenang aku menjawab, aku tidak mahu dia kerisauan dengan keadaanku di sini, takut mengganggu pembelajarannya di sana.
"Abang kan selalu jadi hero dan ikon Watif." Fairus tersenyum mngusik. Dia mengeluarkan sebuah kotak berwarna hijau putih kegemaranku. Aku terlalu obses dengan warana hijau dan putih sejak aku tahu itu waran kegemaran Nabiku. Dia menghulurkan kotak itu kepadaku.
"Apa ni?"
"Hadiah unntuk perubat rindu. Kalau rindu abang inilah ubatnya."
"Syukran, jazakallahu khoiron khathiron."
Pelukan terakhir menjadi satu ingatan yang paling berharga buatku. "Assalamualaikum w.b.t"
"Waalaikumussalam w.b.t." Lambaian terkahir menyapa mataku. Susuk tubuh Fairus sudah hilang.
No comments:
Post a Comment
Taip komen dengan iman, okay?