***
Ketika itu adik jatuh pengsan ketika bermain. Umi dan Abi cemas dan membawa adik ke hospital. Adik terpaksa ditahn di hospital kerana doktor perlu membuat pemeriksaan rapi sebelum melepaskan adik pulang. Adik seorang hyperaktif. Tak boleh duduk diam. Ada sahaja yang mahu dilakukan walaupun sakit.
Suatu hari, adik masih di hospital dan giliranku menjaganya, selepas aku dan adik melihat video mengisahkan kanak-kanak Palestin yang sungguh daif kehidupan mereka. Adik menangis bersungguh-sungguh. Aku membiarkan adik menenagkan diri dan aku melangkah ke suatu sudut untuk membaca buku.
"Akak!" Panggil adikku. Aku pantas menutup buku. Melihatnya yang datang ke arahku. Eh? Sudah berhenti menangis? Aku tersenyum.
"Akak!" Sekali lagi suaranya memecah suasana di dalam wad. Aku cuma tersenyum sahaja.
"Akak, I wanna be a billionaire!" Jeritnya. Tangannya disatukan, kakinya dijinjingkan dan kepalanya didongakkan ke atas. Comel!
"Kenapa adik nak jadi billionaire?"
"Adik nak tolong kawan-kawan adik kat Palestine sana. Nak buat hospital kat diorang, nak beli makanan banyak-banyak kat diorang." Ujarnya bersungguh.
"Baiknya adik. Ni yang adik sayang."
"Akak pun kena tolong adik nanti. Adik tak larat nak buat sorang-sorang." Ujarnya dengan muka serius.
"Kalau macam tu, adik kena tolong akak sekarang."
"Tolong apa?"
"Tolong makan ubat nih. Baru adik boleh tolong orang-orang Palestin. Ok?" Dia diam sekita. Kemudian, mengambil ubat yang berada di tanganku dan meneguknya rakus. Kalut dia mencari air.
"Sekarang adik dah boleh pergi?"
***
Ah, adik! Adik, akak minta maaf tak boleh bawa adik ke sini. Adik telah pergi, pergi ke syurga. Adik pergi sebulan selepas perbualan kita tu. Adik disahkan menghidap penyakit pneumonia. Adik tunggu akak di sana tau.
Adik, walaupun akak tak boleh jadi kaya-raya macam yang adik nak. Akak sudah ada ke sini untuk membatu seluruh rakyat negara kita untuk sampaikan sumbangan kepada orang Palestin.
"Summayyah, kita sudah sampai." Aku tersedar dari lamunan yang panjang.
"Oh, baiklah."
Misi bermula!
No comments:
Post a Comment
Taip komen dengan iman, okay?