Penolak troli.
Inspirasi darinya.
Semalam keluar berbelanja dengan umi dan kakak. Selalu jadi girl's outing. Haha. Ok, biasalah perempuan banyak tempat yang jadi persinggahan sebelum ke tujuan asal. Jadi masa singgah kat bank tuh adalah peminta sedekah. Aku perhati saja dia. Sementara kakak tengah bank in duit sebab ramai orang jadi lama lah aku duk perhatinya.
Kesian. Ya kesian. Tapi alangkah bagusnya dia bekerja dari hanya meminta. Kesian pada dua hal ke atasnya. Satu pada nasibnya, kedua pada tidak mahu berusaha.
*sambung story
Masa habis berbelanja siap masukkan barang dalam kereta. Aku mahu meletakkan troli ke tempat asal. Kebetulan ada orang yang kutip troli. Kesian aku tengok masyarakat sesuka hati main letak aje troli luar kawasannya. Ubahlah.
Aku duk perhati je dia. Bagusnya dia biarpun kerja hanya itu tapi tetap beruasaha untuk mendapatkan wang.
Apa yang aku dapat biarpun hanya penolak troli tapi memberi impak yang besar kepada orang sekeliling. Banyangkan jika dia tiada siapa yang nak kumpul troli yang diletakkan bersepah. Tak membelilah kita. Dan memberi kesusahan pula until kita .
Aku belajar buatlah kerja apa-apa pun beribu lagi bail daripada meminta. Nabi sendiri bersabda
"Tangan diatas lagi baik dari tangan dibawah."
Bukan gituh?
Dan ingatlah kalau tiada orang dibawah tidak akan kita di atas. Jadi banyakkan syukur dan ingat nikmatnya.
Inspirasi itu boleh datang dari sesiapun asalkan kita perhati dan berfikir.
No comments:
Post a Comment
Taip komen dengan iman, okay?