Duk baca entry dolu-dolu, terasa kagum dan bersemangat gitu. Tak sangka yang buat diri sendiri. *uhuks* . Sebab jarang untuk aku bangga dengan diri sendiri sebab selalunya malu dengan diri sendiri. Haha, boleh pulak camtu, kan? Ah, lantaklah boleh ke tak asal diri tau kat tahap mana berdiri.
Baiklah, exam nak dekat dah. Sebelum ni, selalu pikiaq yang kalau aku duk kasi cerita pasai,
"Esok exam!"
Atau seangkatannya dengan itu, bila datangnya hari tahu keputusan dan keputusan agak tak memuaskan macam malu gitu. Ape yang aku meraban nih?
Tapi bukan itu soalnya, cerita lain yang aku mahu sajikan. *ececeh*
Key, buatk aku khususnya dan kamu amnya mohon betulkan niat sebab belajar ini kerana Allah, nak bagi sumbangan kepada ummah bukan kepentingan diri semata-mata. Sebab niat kita kena lebih kedepan daripada pandangan orang lain. Kita harus fikir lebih kedepan.
Arghhh! Apa yang aku katakan, aku harap sampailah maksud aku. The point is niat lillahitaala. Lagi-lagi sebelum masuk dewan. Masa tu wajib niat bebetul, tau?
Seterusnya, bergantung hanya pada Allah, Tuhan kita. Bukan hafalan, bukan kepandaian, bukan segalanya. Ade faham? Kalau Allah nak uji masa tu kita tak ingat, blank, blur, baru nanya kita tau.
Lepas tu, mohon minta maaf dengan mak especially. Aku tau kita ni memang banyak sangat salah ngan mak. So, kuatkan usaha, turunkan ego dan minta maaf. Semoga itu sebagai tanda kita jawab exam dengan barakah bukan laknat mereka. Harap boleh buat, key? Kalau kita dapat buat, reward Allah bagi special punya.
Aku harap korang boleh menahan muka manis dan tenang. Senyum. Klik! Haha
Last sekali aku kira tolong,tolong,tolong dan tolong jangan stress, jangan tertekan dan sebagainya. It's not good for student yang nak masuk exam. It's too dangerous. Haha. Caranya ada banyak. Bagi aku, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Just imagine yang korang lepaskan tu stress korang, tertekan korang.
Then, minum banyak air masak. Ianya baik untuk kesihatan dan sebagainya.
Ataupun korang boleh joging petang-petang, pi pantai tengok ombak, atau pi hutan tengok pokok-jangan hang kena ngap sudahlah-.
Kalau ada cara lain yang boleh overcome korang punya stress dan tertekan tu hang buatlah. Risau masuk dewan hang pengsan. Aku sayang hang kut. Haha *bajet sweet, ye tak?*
Setakat ini sahaja yang dapat aku meraban sebelum exam. Nak release stress yang aku tak tertekan. Tengok ayat pun berbelit. Memang time nih tulis je apa yang ada dalam otak.
Last sekali lagi, hehe
Saya Nik Aisyah Ilnani Nik Asbullah memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa, idea yang hambar, terasa seperti aku tak perlu pun buat entry sebab baca macam membaziaq masa, tersalah tulis dialek kedah dengan salah, tak guna dialek sendiri dan aku tak mampu lagi list kesalahan saya. Jadi, saya memohon kemaafan segalanya. *sebenarnya ni first time minta maaf kat mana-mana media social, sebelum ni tak penah, haha. Mood mai tetiba* Akhir sekali saya mohon dimaafkan.
K, tau hang dah bosan, nak pi lahni.
K, salam.
No comments:
Post a Comment
Taip komen dengan iman, okay?