| talhahshafie |
Wahai rakyat jelata beta, banyak benda aku nak cerita tapi disebabkan aku adalah masalah ingatan maka aku akan cuba yang terbaik. Dan ketam tolong ye, jangan innocent sangat, buat terganggu. Tapi, kau comel.
Antara memori yang aku rasa gila aku buat dengan kelas as tahun kedua menjadi kempipinan kelas (ye, kelas je pun. Tapi aku percaya kalau institusi kelas fail, maka sekolah yang hebat tidak akan terjadi) adalah CAT KElAS. Walau bagi orang lain tiada yang gila untuk cat kelas tapi itu aku rasa paling gila pernah aku buat sepanjang riwayat hidup aku.
Sebab ini dah masuk kes langgar prinsip sendiri.
"Cat kelas adalah membazir." - Kata si Aisyah sewaktu tingkatan dua.
Tapi tak sangka dengan cat kelas, banyak benda indah yang berlaku. Gigihnya kita siapkan untuk cat kelas. Dan yang paling win, aku mintak tolong family aku untuk siapkan. Sebab kelas tinggi sangat. Kau apa tahu.
Melayan kerenah bayi-bayi yang tak boleh didukung sangat menguji keimanan seorang bonda kerana ketagaq sangat. Degil tahap gaban. Kalau aku duduk depan bagi taklimat ke apa mesti tak bagi prihatian. Rasa macam nak nangis jugak masa tu(baru korang tahu raidah-ketua kelas-korang berhati lembut dan tulus lagi mulus). Tapi disebabkan bonda selalu qowiy dan sado, air muka dan ketahanan senyuman tetap aku indahkan. Mana kau nak dapat dah? Hahaha
Kekadang ada juga terfikir,
"Kan senang kalau aku terima untuk jadi dhobitoh dulu, mesti aku tak letih dan penat macam ni."
Aku syak time ni setan tengah ganggu iman aku. Mungkin dia dengki sebab aku dapat sobat-sobat macam korang. Hahaha
Sebab, bayi-bayi ini buat benda yang orang lain tak boleh buat. KERJASAMA. Itu benda yang paling aku respect terhadap korang sampaikan aku boleh berdiri tegak dan tabik spring untuk korang. Ala bangga lah sikik.
Orang yang aku sangka kaki study, malas nak tolong, malas nak cakna tentang sekeliling pun turut turun sesama susah dengan sobat-sobat lain langsaikan tugas. Mana aku nak dapat kalau bukan korang, kan?
Itu tak masuk lagi bekerjasama menyahut antara satu sama lain time BA. Ustazah tulis kat depan, kita boleh buat ala-ala balas pantun antara kampung. Tak ke gila macam tu. Dan last sekali ustazah gelak saja.
Ingat lagi time aku send gamba time kita kelas tambahan ustazah ada cakap,
"Mesti saya akan rindu telatah awak-awak semua nanti."
Masa tu, tak tahu antara nak sedih atau nak melompat sehingga kelangit ketujuh. Ustazah, why you so sweet? Speechless
Dan kita jauh lebih kuat ikatan persahabatan dari segi aplikasi makan dalam talam masa tamrin. Satu bungkus nasi kita boleh kongsi sampai 6 orang. Tak kisah makanan apa mesti pergi serbu. Si pemilik makanan muka buat muka redha saja. Siap makan bersuap lagi. Dan aku rasa hampir semua bayi-bayi itu pernah rasa suapan ala-ala ibu penyayang garang-garang manja. Kau hade?
Persembahan itu salah satu langkah kita untuk sekali lagi bersama untuk berada di situ nanti. Aku sangat berharap untuk kita semua ada disitu tidak berkecuali. Aku sangat tidak tega untuk melihat seorang antara kita yang berada dibawah. Maka, tolong sahabat, tembak doa masing-masing untuk sobat-sobat. Tolong, aku merayu.
Sahabat aku kata,
"Doa sahabat yang sahabat kita tidak tahu kita doakan dia, insya Allah mustajab."
Disbebakan korang buat tahun akhir bermakna maka aku ada buat something untuk korang.
p/s : baca laju-laju macam rap, tak pandai buat-buat pandai. Bukan aku suruh buat show depan tangga pun.
Nikmatnya berada di maahad ini
Kerana kamu berada di sisi
Hati yang jauh kita rapatkan, satukan
Agar kita bersatu tidak berseketu
Hai sahabat,
moga 'perpisahan' ini ada hikmat
Dengan kamu aku banyak belajar
Bahawa cinta dan sahabat tidak perlu dikejar
Tapi, zahirkan dengan perbuatan
Lebih menjadi kenangan dan memori terindah dalam persahabatan
Maafkan aku atas khilafku, jangan berdendam
Aku tetap manusia bukan maksum
Terima kasih ajar aku tuk jadi insan
Yang bergantung harap terhadap Tuhan
Terima kasih ajar aku kerjasama
Yang buat aku takjub tak terkata
Terima kasih ajar aku perkongsian
Supaya aku tak bakhil di masa depan.
Kamu tak jadikan aku ketua
Yang gila akan kuasa
Tapi, kamu jadikan aku seorang menghargai
Kerana persahabatan bukan materiali
Akhir kata daripada bonda
Kamu buat bonda bangga
Aku tidak suka labelkan ini perpisahan kerana aku tetap yakin kita akan tetap berjumpa. Kita tetap bersama, sebab kita ada doa untuk sebut nama masing-masing supaya tak lupa dan tak rasa pisah itu.
'Perpisahan' adalah sudah sampai masa untuk gunakan pengalaman kita bersama untuk diadaptasi dalam cabaran yang lebih besar.
Bayi-bayi tidak boleh didukung tetap kena besar, sebab kita tiada mesin masa yang boleh mengulang masa.
# Simpan cerita kita dalam kenanagan, nanti berkumpul balik boleh gelak semula.
p/s : banyak betul inspirasi bila menulis sambil dengar perhimpunan UMNO
Aisyah. Aku rindu.
ReplyDelete