Dalam perjalanan panjang daku untuk pulang ke rumah dari sekolah , daku terbayang ...
Di saat panas terik menyengat kepala aku, tetiba berhenti sebuah kereta mewah di sisiku.
"Cik, nak kemana?"
Aku menoleh ke arah suara itu, wah ! Wajahnya persis putera kayangan, terjeda aku seketika sebelum otak mula mentafsir kata-katanya.
"Saya nak balik rumahlah." Loyar burukku bagi mengujinya. Hati ini melonjak-lonjak ingin menanyakan soal dirinya tapi mampu di tahan lagi.
"Taulah nak balik rumah, tapi dimana letaknya rumah cik ini?" Ujarnya lembut dalam menahan geram. Aku tersenyum menutup malu, macam terkena kepada aku balik aje.
"Rumah saya selepas simpang kedua nanti." Jujurku tanpa ragu. Ditahan untuk menyoal perihal dirinya.
"Kalau begitu, naiklah! Kita satu jalan. Kasihan kepada cik berjalan di tengah panas ini." Lembut sekali katanya.
"Boleh saya tahu encik ni siapa?" Yang ditahan tadi memuntahkan soalan.
"Saya putera raja dari kerajaan sebelah."
Terpempan aku dibuatnya. Oleh kerana otak terkawal lagi aku terus masuk ke dalam keretanya tanpa sedar sebalah kasut saya terlucut dari kaki.
Malam itu pintu rumah kami diketuk dengan ganas sekali, saya yang buat-buat berani membukakan pintu bila sudah selamat menutup aurat.
"Apa yang anda mahu?"
"Kami dari perutusan putera raja Jelasin." Ujarnya formal. Takut pulak kite.
Dilihat dibelakang lelaki yang siap dengan sut hitam beberapa lelaki yang serupa. Aku makin terdiam kemudian turun seorang yang sangat kacak lebih kacak daripada yang petang tadi. Terkunci terus mulutku.
"Adakah ini kasut cik?" Ujarnya. Aku semakin tak tahu nak buat apa, secara refleksnya kaki ini terus dihulurkan dan putera tersebut sarungkan ala-ala Cinderella dan ...
"Oi, tak nak masuk dalam rumah ka?!" Umi menjerit mematikan segalanya.
Oh aku sudah di depan pintu rumah rupanya. ^^
Ilusi sentiasa aku rasakan apabila perlu balik dengan bas dan perlu berjalan kaki daripada tempat aku berhenti. Sangatlah jauh! Walaupun dalam perjalanan aku , aku sentiasa memikirkan perkara supaya ada yang berhenti untuk menumpangkan aku, aku tetap waras untuk tidak mengikut stranger.
Tak tipu aku katakan bahawa memang jauh sangat! Bulih kurus aku.
No comments:
Post a Comment
Taip komen dengan iman, okay?