"Hey, mengelamun!" Tanganku panatas ke dada memeriksa sama ada masih ada tidak jantung aku. Dan ia masih ada.
"Terkejut aku. Lain kali bagilah salam bukan main terjah sebarangan begitu." Nasihatku dalam usaha untuk cover terkejut.
"Maaf tanpa niat."
"Aku rasa itu berserta niat. Ni abang kau bila nak datang dari tadi tak dapat batang hidung dia pun." Ujarku sambil membetulkan kedudukan ini gara-gara terkejut ala-ala kucing tadi.
"Tulah dah berpuluh kali missed call mesej semua dia tak angkat balas. Geram pulak aku. Nilah kalau bergantung pada abang kita yang jadi tukang tunggu dia jer." Bebel sahabatku, Tasnim(maaf lupa introduce awal-awal). Aku hanya ketawa melihat gelagatnya.
"At least dia akan datang ambik kau jugak kan?"
"Tunggu musang berjanggut pun tak selama inilah."
"Analogi apakah yang kau gunakan tuh? Tak masuk akal lah. Kau pernah tunggu ke?"
Ketawaku semakin galak. Dan pada masa yang sama fikiranku merewang ke lain.
*****
"Ek eleh banyak songeh pulak dia ni, takdih beria sangat nak datang ni banyak tanya pulak." Uajarnya sambil keluar dari kereta.
"Tadi dia juga yang ajak kita, kata kita beria pulak. Kita baru tanya satu soalan ape?." Gumamku rendah.
"Cepat Awatif nanti kedai tutup !" Abang Amir separa menjerit dari luar. Aku pantaskan langkah menghambatnya dari belakang.
List :
Tepung gandum
Minyak
Gula & garam
Softlaner
Sabun basuh
Bla
Bla
Ok done membeli belah untuk sebulan, umi tak leh keluar kerana tak berapa sihat. Sejak abah meninggal kerap pula umi sakit. Sakit rindu barangkali. Jadi Abang Amirlah yang menjadi ketua keluarga dan tanggungjawab itu telah menukarkan Abang Amir kepada seorang yang berbeza sebanyak 360 darjah tapi denganku tetap dingin semacam aja.
Kami beriringan seperti burung pulang petang kerana sudah senja. Tangan yang penuh dengan barang biarpun sudah banyak aku pass kepada Abang Amir tetap terasa banyak di tangan. Sampai di kereta , barang diletakkan di seat belakang.
Tetiba sekumpulan lelaki entah gangster mana yang datang, berkumpul di sekitar kereta. Jantung sudah mengepam darah lebih laju dari biasa. "Abang ni pehal pulak?"
"You should be sillence then." Ujarnya cuak. Kalau dia sekali cuak aku sepuluh kali cuak. Tanpa disedari tanganku sudah dipulas kebelakang. Abang Amir tampak terkejut.
"Kalau kau nak adik kau selamat berikan apa yang kau ada sekarang kalau tak adik kau jadi mangsa." Ujar salah seorang daripada gangster memberi amaran. Mana mungkin kitaorang ada wang semuanya sudah habis berbelanja. Tinggal lima ringgit jer, rasanya tidak cukup untuk mereka.
"Kami tidak ada wang, kami hanya ada lima ringgit saje, Jika mau ambillah." Abang Amir cuba untuk berkompromi dengan mereka.
"Ah! Tidak kira." Seorang daripada mereka bertindak agresif dengan menyerang Abang Amir, nasib baik Abang Amir dapat mengelak daripada pusat sasaran, Tangan lelaki itu dipulas dan satu tumbukan padu mengena tepat pada perut dan satu tendangan dilepaskan ketika lelaki itu mengguling di tanah. Satu sudah tumbang tinggal tiga lagi.
Satu persatu tumbang tinggal yang ada di belakang aku sahaja, baru sahaja dia mahu lari kerana lihat rakan mereka tumbang tapi sempat ditendang oleh Abang Amir. Yeah! Opps Alhamdulillah.
"Hebatlah abang!" Ujarku riang. Tanpa disedari yang belakang telah mengambil kayu lalu memukul belakang kepala Abang Amir. Terjerit aku. Abang Amir mengerang kesakitan.
"Sekarang kau pula, adik manis!" Aku sudah takut menggigil seluruh badan cuba untuk berfikir untuk melepaskan diri. Lelaki itu mengeluarkan piasu pemotong sayur lalu dengan lajunya ingin menikam aku. Aku pejamkan mata.
Beginikah pengakhirannya, terasa darah pekat mengalir di perutku. Sakit. Aku pandang sisi lihat lelaki itu tumbang, aku sedikit menjauh. Aku pandang hadapan lihat Abang Amir melambai-lambaikan tangan. Dia pantas mencabut pisau itu dan saat itu aku rasakan sakit yang teramat sangat dan aku tak mammpu bertahan lagi. Pandangan menjadi kabur.
*****
"Umi baliklah dulu biar abang yang jaga Awatif." Hanya suara itu yang dapat aku tangkap setelah aku sedar kemudian aku tidur kembali.
Pandangan sekeliling nampaknya berbeza dari bilik di rumah. Mataku semakin cerah. Aku cuba bangun tetapi sakit yang aku tanggung menghalang. Aku toleh ke sisi kerana tanganku kebas. Mana mungkin tanganku tak kebas kalau tidak digenggam begini lama. Aku baru sahaja ingin mengejutkannya tapi dia yang tersedar dahulu.
"Kau okey?" Ujarnya dalam mamai. Aku hanya mengangguk.
"Mana umi?"
"Umi pulang bagi umi rehat kejap."
"Sakit." Aduku
"Sakit di mana? Masih sakit lagi? Maaf ya." Wajahnya cuak semcam ja. Maaf? Adakah aku salah dengar.
"Apahal kalut sangat ni? Maaf tak boleh di terima." Usikku
"Kenapa pulak? Bukan main aku mintak umi balik semata nak jaga kau."
"Mengungkit! Tegakkan kan Awatif dulu." Dia hanya menurut.
"Ada apa lagi budak?"
"Ada. Nak hug?" Aku buat muka comel.
Dia memandang aku pelik tapi dilayan sahaja.
"Ni pehal gaya manja semacam je? Baru kena tikam." Abang Amir tersenyum sendirian.
"Rindu abah lah. Kalau abah ada taklah Awatif nak abang hug." Aku dan abah sangat rapat. Tanpa sedar air mata berguguran.
"Janganlah buat gaya sedih ala-ala nangis nih. I'm sorry okey? I'm not protect you. I make you hurt, sorry." Ujarnya lembut. Macam bersalah sangat. Tulus ikhlas bunyinya. Aku eratkan lagi.
"Sejak bila gaya abang mithali ni?" Usikku lagi.
"Sakit-sakit pun tak ubah perangai." Dia menggeleng.
"Mana tau kita perangai macam mana, dia bukan lekat kat rumah pun dulu."
"Because you're my adik lah,budak!"
*****
"Jauh sangat kau mengelamun sampai aku panggil kau banyak kai kau buat dek jer." Aku tersengih sahaja.
"Aku ke demensi lain tadi. Sorry. " Ujarku tanpa rasa bersalah.
"Abang aku dah datang, aku pulang dulu." Selepas bersalaman, datang pula kereta umi, aku tersenyum. Tapi bila lihat orang yang keluar tu bukan umi terus aku berlari mendapatkannya.
"Abang! Bila sampai? Amboi tak cakap pun." Omelku.
"Lima minit selepas kau keluar. Suprise tak?" Keningnya diangkat sebelah. Pelukan tadi dilepaskan.
"Tak." Aku buat muka.
"Tak? Tegar awak yer? Tak rindu kita lagi?" Huh sungguh menggelikan!
Sejak peristiwa dua tahun lepas, sifat dinginnya bagaikan di tiup angin monsun. Terlebih prihatin pula. Selama aku sakit dulu dia yang jaga. Dan lima bulan selepas peristiwa itu dia terbang ke Jepun untuk sambung belajar.
Nota dari hati
Kekadang seorang abang takkan tunjukkan kasih sayang tapi hanya lakukan. Mungkin menjaga kemachoan mereka. Entahlah. Yang pasti mereka hero keluarga selepas ayah jadi hormat dan bersangka baiklah terhadap mereka.
No comments:
Post a Comment
Taip komen dengan iman, okay?