Pages

Sunday, 21 June 2015

Bercinta ? Ya, saya sedang becinta. Ehem


"Kau pernah bercinta?"

"Ya." Yakin.

"Serius?" Yelah,budak stok tudung labuh, jubah segala bagai mana pernah bercinta masuk kamus hidup.

"Mesti kata becinta dengan Allah dan Rasul, kan kan?"

"Uh, awat klise sangat. Tu ofkos lah tapi memang aku bercinta sekarang." Senyum sampai ke telinga+nak ketawa bagai nak pecah perut. Hehe.

"Biaq betui hang nih?" Riak tak caya yang akan menang award lah punya. Huh

"Betui lah." Senyum makin hambar sebab bosan layan dia punya soalan yang sangat 'mencabar' minda. *uhuk*

Bercinta?

Ya, saya sedang bercinta. Atau lebih tepat belajar bercinta. Ya, saya baru setahun jagung dalam bidang ini. *ecech*

Tajuk jer gempak. Haha.


Everything


Aku belajar bercinta dengan buku-buku ilmiah yang dulunya bagai musuh dan kawan baik bila exam menjelma. Hehe. Aku bukan pelajar baik sebenarnya.

Tapi sekarang aku berusaha macam mana rasa bercinta dengan buku-buku atau lebih tepat dengan ilmu.

Lagipun subjek tahun ni payah tahap tera kut. Tak tega aku kecundang. Huhu

Tidak dapat tidak, ilmu penerang hidup, pembetul ibadat dan yang boleh menaikkan darjat.

Betul tak?

Jadi ilmu sangat-sangat-sangat penting. Kan?

Dulu tengok buku pun penat, malas, tak bermaya, lemah gemalai.
Tapi tengok phone bertenaga, mata cerah, tak mengantuk.

Haha, teruk bena.

Tapi itu realiti.

Tapi bila pikir-pikir balik, sampai bila? Nak memilih untuk sengaja jahil daripada kesedaran ilmu, kan?

Mungkin aura SPM tahun depan, dan SMU just beberapa bulan meresap masuk ke jiwa.



Nak kata aku takut pada exam. Tak rasanya. Kan takut kepada Tuhan.
Nak kata aku harap exam boleh bagi kejayaan. Tak rasanya. Kan harap kepada Allah.

Rezeki datang dari Allah.

Sebab boleh jadi kita dah baca sungguh-sungguh tapi Allah tak benar otak keluarkan apa-apa, fail jugak examnya. Ye tok?

Tapi jika aku khususnya dan sahabat sana amnya tak rebut peluang untuk belajar dan mengaji, kerugian menanti. Susah jadi orang jahil. Tapi lagi susah jadi orang cemerlang peperiksaan tapi jahil aspek kehidupan. Dua-dua rugi.

Jadi sebagai pelajar(aku) wajar belajar sungguh dalam kelas bukan sahaja niat nak pass exam semata, tapi bersungguh dalam mengurus kehidupan.

Betapa ramai orang bijak dalam pelajaran tapi kecundang dalam soal sosial.

Jadi seimbang. Itu yang terbaik.

Kita tak boleh terbang daripada sistem kita, Pelajar stress *yeke?* dengan exam bukan pelajarannya. *harap menteri pendidikan tak baca entry ini, nati macam-macam sistem baru yang pelik-pelik muncul, hehe*

Niatnya belajar untuk memberi sumbangan pada ummah bukan sahaja mahu pandai sendiri. Okeyh?




Actually entry ini lebih untuk sendiri sebenarnya. Haha. Entah macam rasa nak sesi luahkan hati. Hehe. Cam bicara dari hati ke hati gituh.

Stoplah, bosan dah rasanya. *ketuk kepala aisyah*

K, kita stop.

K,salam

No comments:

Post a Comment

Taip komen dengan iman, okay?