Pages

Tuesday, 14 July 2015

Ilusi Tentang Kaca Mata

Okey, actually ini merupakan sambungan tetang 'Ilusi Tentang Kasut' yang dulu. *tu pun kalau tengok lah*

Baiklah aku teruskan tugasku sebagai penglipur lara.



Kisahnya bermula apabila ...

Saat itu aku melangkah ke tempat menanda kehadiran kerana aku sudah membuat kesilapan menanda bilangan yang hadir. Oleh sebab tugas diamanahkan, ikrar yang telah aku lafazkan aku halakan kakiku ke sana.

Dalam perjalanan aku, someone tegur aku. Err sebenarnya cikgu. Hee.

Beliau meminta aku untuk menghantar sesuatu ke seorang guru. Aku turut katanya, tapi selepas aku selesai menanda. Haa.

Kemudian aku tunaikan perintah yang aku terima. Bungkusan itu aku genggam erat. Sesampai aku ke tempat dituju, aku serahkan bungkusan tersebut. Guru tersebut meminta aku memberi duit bayaran bagi bungkusan itu. Aku suakan senyuman dan mengangguk.

'Bulan puasa elok buat amal.' Hati memujuk. *patutkah pujuk benda yang tak merajuk? Haduu*

Kemudian tangan memegang erat wang yang diamanahkan dan aku serahkan kepada guru.

Dalam aku turun dari tingkat satu untuk ke kelas, aku menarik kaca mata dari muka dan aku sangkut kemas di baju. Tangkanku menyapu muka sedikit kasar. Bagi segar sikit.

Kemudian aku melangkah di tangga, dengan gaya yang selamba cool kerana aku jarang tiada kaca mata di muka. Sebab, aku tak leh hidup tanpa kaca mata, even nampak nerd *yeke?* aku abaikan demi sebuah penglihatan. Semasa melangkah aku tersadung kaki dan seperti bertebangan. 

Dalam hati, ' Rosak gaya aku, cis!' 

Aku reda untuk mecium tanah, akan tetapi aku tak merasa baju aku kotor. Aku kemudiannya mengangkat muka. Wow! Pemuda syurgakah ini? Mataku tak beralih dari mukanya yang bersih dan suci itu.

Dia berdehem kecil, mungkin segan dengan pengamatan yang membunuh itu. Aku tersedar dan membetulkan kedudukanku.

Baru aku perasan, aku landing baik punya kat bahu dia. Rapat betul pulak tu. Minyak atar apakah yang dia guna? Wanginya bukan kepalang. Pipiku mula memerah. *even aku tak cerah pun, haa*

"Nanti hati-hati jalan, tengok kiri kanan, ya." Pergh, suara! Tergugat imanku. 

"Err, baiklah." Ujarku gagap.

Dia mula melangkah, tetapi aku teringatkan sesuatu.

"Anda siapa?" Yelah, sekolah ni perempuan sepenuhnya, tang mana datangnya lelaki. Pelawatkah?

"Err, saya putera wilayah Senggerik datang ke sini untuk melihat suasana di sini. Adik saya terlampau menginginkan kemari bagi melanjutkan pelajarannya, jadi saya wajib membuat pantauan terlebih dahulu bagi memastikan sekolah ini yang terbaikkk." Panjang pulak dia cakap tambah pulak gaya pemalu gitu. 

Hati kembali berbunga. Femes jugak sekolah aku sampai ke wilayah Senggerik tambah lagi diketahui pembesarnya. Tuah apakah aku hari ini?

"Ouh. Begitu. Terima kasih soal tadi." Ujarku seperti malu-malu kucing gitu.

"Sama-sama bidadari syurga!" Heh? Dia sempat mengenyitkan matanya. Terpukau lagi.

"Woi, kau termenung apa tuh?" Berkecai lamunankan mendengar suara lantang sahabatku.

'Hish, potong lainlah.' 

"Kenapa?" 

"Apa yang kenapa? Kau duk tercengat kat situ sejak takdih buat apa? Dahlah gaya tersadung, freez tetiba. Pehal?" Panjang omelan dia.

Eh?

Kemudian aku tarik senyum.

"Kau tersengih ni pehal?" Pantas aku menggeleng.

Putera Senggerik. In memorial. Haa.

No comments:

Post a Comment

Taip komen dengan iman, okay?