Pages

Friday, 11 March 2016

Aku Sibuk

Selama empat tahun aku berkelana di bumi thaqofah(ilmu), aku menghadapnnya dengan penuh riang ria. Hadap dengan damai dan tenteram. Buat perkara yang tak masuk akal. Sehingga mahu diingat kembali pun aku tak tega.

Tak pernah tahu apa makna tanggungjawab, apa makna kesibukan, apa makna 'kau diperlukan'.

Tapi tahun ini aku belajar apa makna kehidupan , apa yang dimaksudkan dengan realiti dan aku tak bisa beriak seperti anak kecil yang tahu merungut di kaki ibu, yang berguling di lantai kerana apa yang diingini tak dipenuh.

Aku belajar apa itu melayan kerena orang merungut. aku belajar gaimana memenuhi keinginan orang. Belajar dewasa itu bagaimana. Dan dewasa itu bukan sentiasa harinya dihiasi pelangi di kala siang hari dan bintang bergelipan di kala malam.

Dulu, aku membaca tulisan ulama-ulama hebat. Antaranya, Al-Imam Hassan Al-Banna, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan ramai lagi. Dan apa yang aku bingung dan tak faham adalah kenapa mereka katakan bahawa masa 24 jam tak cukup untuk buat segala benda yang diperlukan.

Kini, aku mengerti. Benar, masa tak cukup untuk melaksanakan tanggungjawab dipikul. Masa terasa sentiasa menceburui. Masa selalu iri hati dengan bebanan tugas aku. 

Dan aku tergelak sendiri dengan apa yang aku hadap kini.

"Kau tak punya banyak masa untuk lakukan segala benda."

Amat bernarlah.

Hidup aku di tahun baru, yang sebelum melangkah ke tahun baru mengikut perkiraan matahari ini aku sudah menyusun azam dan strategi akan tetapi terbengkalai di tengah kepesatan kesibukan tanggungjawab dan amanah. Banyak perancangan yang aku bina dan cipta terpaksa aku holdkan dahulu kerana memberi laluan kepada perkara yang lebih aulia-diutamakan-.

Dan dengan kesibukan ini juga, aku sentiasa berfantasi. Meminta yang bukan-bukan. Menagih simpati daripada yang berkuasa yang karut-marut. Kerana tujuannya untuk lari dari kesibukan.

Lucu bukan? Punya rasa untuk escape. Sedangkan semakin banyak kau lari, semakin banyak masalah yang bakal kau hadap. Masakan mahu lari lagi.

Eskapisme
Perkara yang buat aku nak tergelak dengan diri aku sendiri, bila sahabat aku tanya tips belajar. Soalan yang aku kira tak masuk akal dan tak pernah ada dalam kamus hidup aku sebagai pelajar. Otak aku mencerna bagaimana aku mahu memberi tips sedangkan aku sendiri keliru dan cuba menghadam tips pelajar cemerlang lain dalam hidup aku. *ambil batuk hantuk kat kepala*

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ; "Kami beriman." sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

No comments:

Post a Comment

Taip komen dengan iman, okay?