![]() |
| nabelzulkifli |
Alya dan Sya menyusul dari belakang. Harap-harap Teacher Zainara(TZ) tak marah. Hati mereka resah. Memang diakui TZ masih mengiau seperti kucing. Namun mereka runsing kalau tiba-tiba kucing bertukar menjadi cougar.
Mereka berjalan penuh debar. Tiba-tiba mereka ternampak TZ di Bilik Gerakan. Maiy, Sya dan Alya berpandangan. Wajah mereka bertukar riak.
Tak dapat tidak, mereka berpatah balik kembali ke kelas.
"Eh, kenapa patah balik?" Aisyah, raidah mereka yang terserempak dengan mereka dekat gazebo di hadapan kelas bertanya kehairanan.
Maiy, Sya dan Alya berpandangan lagi. Tak tahu nak jawab apa tentang TZ.
"Jom masuk kelas." Maiy beri kata putus.
Warga kelas 5 Khadijah 2 yang sibuk cari buku BI (sambil buat bising of course) terus senyap sebaik sahaja melihat Maiy, Sya dan Alya bersama-sama raidah mereka berpatah balik ke kelas.
"Eh, kenapa patah balik?" Ida seolah-olah mengulang soalan Aisyah yang tak berjawab sebentar tadi.
Aisyah, Alya dan Sya berpaling pada Maiy. "Biar Maiy yang jawab." Aisyah bersuara. Dia dah tak mampu berkata-kata tentang TZ.
Maiy tarik nafas dalam-dalam. "Sebenarnya, TZ marah kita sampai lambat. Dia cakap, dia tak nak mengajar sebab kita lambat sangat."
Muka Maiy sugul.
Dan semua warga kelas terkaku. Terpaku. Tergam. Dan juga terskru.
"Hah! Tulah korang, aku dah cakap, kena naik cepat, nanti TZ marah! Tengoklah! Dia dah merajuk!" Ida bersuara garang sambil pandang seisi kelas. Selaku PIC of English class, memang dia patut marah.
Asma' berdiri. "Macam ni nak dapat A+?! Bolehlah, boleh sangat! A+ dah macam ni! Memang layak!" Suara Asma' meninggi.
Kelas kembali berbunyi. Sok sek sok sek. Bercakap tentang TZ. Bersoal jawab tentang kesalahan diri masing-masing.
Najia yang berdiri berdekatan dengan Maiy berubah riak. "Weh, betul ke?" Riak mukanya naif betul.
Tanpa dapat ditahan melihat reaksi rakyat 5K2, Maiy gelak.
"Hahahaha... Aku tipu je weh! TZ ada meeting lah." Maiy dah seronok gelakkan mereka. Serius lawak gila muka mereka. Patut record reaksi masing-masing.
"What?!"
"Kau ingat lawak, Maiy?" Ida meletup, geram.
"Hah?!!"
"Apa dia?!!"
Aisyah, Sya dan Alya turut gelak ikut Maiy. Diorang memang serah benda ni dekat dia sebab diorang tak boleh tahan gelak.
"Pandai kau berlakon, Maiy! Muka real gila." Maiy terdengar satu suara. Dia geleng kepala. Tercuit hati dengan gelagat mereka.
Maiy, Sya dan Alya kembali ke tempat mereka. Gelak masih bersisa.
Dan macam biasa, kelas kembali bising. Macam tak sedar diri yang tahun ni nak SPM.
**********
Mereka berjalan penuh debar. Tiba-tiba mereka ternampak TZ di Bilik Gerakan. Maiy, Sya dan Alya berpandangan. Wajah mereka bertukar riak.
"Aik, TZ ada meeting ke?" Sya bertanya.
"Hmm, ada meeting la tu." Alya mengiakan.
"Ye kot." Maiy angguk. "Dah, jom masuk kelas."
Tak dapat tidak, mereka berpatah balik kembali ke kelas.
Alya sengih jahat. "Kita tipu budak-budak nak?"
"Hahaha. Nice idea. Nak tipu apa?" Maiy kelihatan berminat.
Sambil berjalan, mereka cari idea terbaik untuk prank warga kelas.
"Eh, kenapa patah balik?" Aisyah, raidah mereka yang terserempak dengan mereka dekat gazebo di hadapan kelas bertanya kehairanan.
Maiy, Sya dan Alya berpandangan lagi. Tak tahu nak jawab apa tentang TZ. Nak tipu, tapi tak dapat idea lagi. Arghhh! Datanglah wahai idea...
"TZ ada meeting." Maiy menjawab mudah. Tambah sorang lagi kroni penipu. Senang, tak payah fikir banyak. "Jom masuk kelas."
Maiy pandang Alya. "Nak tipu apa ni, Alya?"
"Ermm... Aaaa... Errr... Haa! Cakap TZ merajuk." Muka Alya bercahaya macam dapat pencahayaan agung.
Semua kroni penipu sengih jahat. Set! Get ready the citizen of 5K2!
Empat pasang kaki melangkah perlahan ke dalam kelas.
"Eh, kenapa patah balik?" Ida seolah-olah mengulang soalan Aisyah.
Aisyah, Alya dan Sya berpaling pada Maiy. "Biar Maiy yang jawab." Aisyah bersuara. Dia dah tak mampu berkata-kata tentang TZ.
Maiy tarik nafas dalam-dalam. Control muka, Maiy. Jangan bagi kantoi. Jangan gelak. Dia pandang Sya, Alya dan Aisyah. Semua tengah control bibir daripada mengoyak senyuman. Bimbang meletus ketawa tanpa dapat ditahan.
"Sebenarnya..."
**********
Maaf tipu korang. Tetapi terima kasih sebab percaya. Lain kali percaya lagi okay? ;)

No comments:
Post a Comment
Taip komen dengan iman, okay?