Pages

Saturday, 4 June 2016

Dari Abang

Medan media perlu luas

Beberapa hari lepas, selepas waktu kelas tambahan di sekolah. Keluarga aku menjemput dan terus ke pusat beli belah terkemuka. Pehh, terkemukalah saat ini. Baiklah abaikan saja.

Dengan bangga aku melangkah kerana aku seorang sahaja manusia yang berbaju sekolah di musim cuti penggal ini. Haihh, memang bangga bukan kepalang kerana berkelana sampai malam. Memang benda yang lejen yang aku pernah buat dalam hidup aku.

Biarpun bagi orang itu benda biasa. Tapi bagi aku luar biasa, apa ad kisah.

Walaupun poin utama bukan itu tapi aku nak cerita jugak. Huarghhh.

Dalam masa balik, abang becok bercerita angan dan perancangannya kalau boleh bertukar ke semenanjung.

Semua angan-angannya actually telah inspired aku sebenarnya. Membuka minda dan dari realiti yang aku hadapi.

Bahawa kehidupan ini sebenarnya bagaimana kita menggunakan akal yang dianugerah Tuhan dan bukan berdasarkan gempaknya sijil yang kau dapat.

Abang ialah guru. Dan agak tidak terlampau aku kategorikan abang sebagai guru yang hakiki. Dari sudut pandang budak hingusan ini aku melihat abang sebagai guru yang mendidik bukan untuk pelajarnya mendapat sijil semata akan tetapi membuka minda manusia supaya menggunakan kebolehan dan kekurangan yang digarapkan dan digabungngkan sekali supaya mencipta sesuatu yang hebat.

 Bukan bermakna menyuruh until bermalasan belajar akan tetapi sijil yang gempak merupakan bonus supaya bicara dan perilaku kamu didengar Dan dipandang.

Penuhnya ilmu dan banyaknya penggunaan akal pabila disinergikan pastinya sesuatu yang luar biasa bakal terhasil.

Dari abang untuk kalian.

Ksalam 👋

No comments:

Post a Comment

Taip komen dengan iman, okay?